Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri menggesa pihak berkuasa menyiasat dengan teliti dan telus tentang gerakan yang didakwa cuba menggulingkan kerajaan.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata jika benar dakwaan itu, perbuatan mereka yang terlibat dengan gerakan itu bukan sahaja mengancam UMNO malah keselamatan negara.
"Kalau apa yang disebut (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) itu benar, saya kira orang yang terlibat ini (iaitu anggota) dalam parti yang bersekongkol dengan pembangkang, ia perkara yang tidak boleh dimaafkan oleh parti.
"Apa yang dilakukan itu akan mengorbankan parti yang telah pun dipilih secara demokratik oleh rakyat pada pilihan raya. Ini suatu pengkhianatan kepada parti," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jelutong di sini pada Sabtu.
Beliau mengulas pendedahan Ahmad Zahid mengenai gerakan menggulingkan kerajaan yang didalangi pembangkang serta pemimpin Barisan Nasional (BN) dan UMNO.
Semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ampang semalam, Ahmad Zahid berkata rancangan itu dijalankan dengan cara mendapatkan akuan bersumpah daripada Anggota Parlimen pembangkang serta cuba menarik Anggota Parlimen BN menyokong mereka bagi menumbangkan kerajaan sedia ada melalui 'jalan belakang'.
Ismail Sabri berkata sebagai anggota UMNO yang berikrar mempertahankan parti, mereka tidak seharusnya bersekongkol dengan pembangkang untuk menumbangkan parti secara tidak demokratik.
Terdahulu, dalam ucapannya Ismail Sabri meminta semua anggota UMNO supaya bersatu menghadapi serangan media sosial dan mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan parti.
Di Pasir Salak, Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman meminta pemimpin dan anggota UMNO supaya tidak terpengaruh atau dieksploitasi oleh pihak tertentu yang cuba menumbangkan parti dan kerajaan.
Beliau berkata cubaan itu akan gagal jika pemimpin dan anggota UMNO bersatu mengukuhkan kembali perpaduan dan kekuatan parti.
"Cubaan untuk menjatuhkan seseorang pemimpin adalah cara yang sangat tidak demokratik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pasir Salak di kediamannya di sini, Sabtu.
Tajuddin yang juga Anggota Parlimen Pasir Salak berkata anggota UMNO perlu sentiasa mengutamakan kepentingan parti dan negara.
Bernama
Sat Aug 15 2015
ISMAIL SABRI: Sebagai anggota UMNO yang berikrar mempertahankan parti, mereka tidak seharusnya bersekongkol dengan pembangkang untuk menumbangkan parti secara tidak demokratik.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Akta Parlimen Berpenggal Tetap: Kerajaan perlu mulakan segera rundingan
Dengan Akta Parlimen Berpenggal Tetap, kerajaan tidak akan terganggu oleh gerakan politik dan boleh merancang kerja dan rencana mereka untuk empat tahun akan datang.
Fokus Kerajaan Perpaduan pulih ekonomi negara, jaga kebajikan rakyat - Saifuddin Nasution
Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah kerajaan yang stabil, utuh dan berfungsi untuk terus mentadbir negara ini.
Dakwaan MCA cuba guling kerajaan mengarut, tidak berasas - Wee Ka Siong
Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, dakwaan itu adalah tidak benar dan pihaknya tidak terlibat dengan gerakan tersebut.
Montenegro: Kerajaan pimpinan Abazovic ditumbangkan hanya selepas tiga bulan berkuasa
Parlimen Montenegro yang mempunyai 81 kerusi mengadakan undi tidak percaya pada Jumaat dan 50 Ahli Parlimen menyokong usul itu.
Lebih 120,900 penduduk Myanmar jadi pelarian domestik sejak Februari - PBB
Pertempuran di Kachin, Kayin, utara Shan, Chin dan Kayah, menyebabkan penduduk terpaksa melarikan diri selepas tentera menggulingkan kerajaan.
Bekas pemimpin Sudan, Omar Bashir didakwa lagi
Omar digulingkan tentera pada April 2019 selepas bantahan rakyat terhadap pentadbirannya.
Syarikat sokong perhimpunan haram disenarai hitam serta-merta
Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) diarah untuk menyemak latar belakang syarikat yang memohon kontrak kerajaan melalui mereka.
Tun Mahathir kecewa kerana gagal gulingkan kerajaan - Rahman Dahlan
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional itu berkata, kekecewaan itu ditambah dengan keputusan Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang sekaligus menidakkan ramalan Dr Mahathir.
"Tuduh-menuduh isu guling kerajaan tidak untungkan UMNO" - Syed Ali
Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berpendapat, pendedahan kononnya ada komplot atau gerakan untuk menjatuhkan kerajaan membabitkan pemimpin UMNO tidak akan menguntungkan parti.
Memang ada perbezaan pendapat, tapi tak semestinya ada komplot - Shahrir
Dakwaan 20 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) terlibat dalam komplot menggulingkan kerajaan adalah tidak benar sama sekali, kata Pengerusi BNBBC Tan Sri Shahrir Samad.