Dakwaan 20 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) terlibat dalam komplot menggulingkan kerajaan adalah tidak benar sama sekali, kata Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Malaysia (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad.

"Kami rasa kecewa terhadap penyebaran fitnah ini.

"Memang ada perbezaan pendapat tetapi tidak semestinya wujud komplot untuk jatuhkan kerajaan," kata Shahrir.

Ditanya mengenai keperluan timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mendedahkan dalang komplot, Shahrir berkata itu merupakan isu yang berbeza.

"Kenapa perlu ada-adakan cerita? 20 ahli Parlimen BN ini langsung tidak terlibat," kata Shahrir.


LAPORAN LANJUT MENYUSUL