KOTA BHARU: Pas masih belum membuat keputusan untuk memberikan tempat kepada bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang kini menjadi ahli parti itu.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, bagaimanapun, menegaskan, mana-mana ahli Pas berhak untuk menjadi calon asalkan memberi kemenangan buat parti.
“Kerusi (untuk Annuar) belum putuskan lagi, tapi mana-mana ahli Pas berhak jadi calon yang sesuai dan dapat memberikan kemenangan, semua orang boleh jadi calon, kita tak putuskan lagi,” ujar beliau.
Takiyuddin berkata demikian selepas ceramah mega Perikatan Nasional (PN) Pertahankan Kelantan, di sini, malam tadi.
Mengulas lanjut, beliau, mengakui, penyertaan Annuar ke dalam Pas memberikan kelebihan buat parti itu kerana bekas menteri itu jaguh berpidato.
“Saya tak menafikan perkara itu dan Tan Sri (Annuar) sendiri semalam di Negeri Sembilan menawarkan khidmatnya menjelajah ke negeri-negeri yang ada pilihan raya negeri (PRN), kami akan atur untuk berikan semangat kepada rakyat,” kata beliau.
Sebelum ini, Annuar secara rasmi diterima sebagai ahli Pas selepas dipecat dari UMNO.
Sementara itu, pentas ceramah PN malam tadi digunakan Annuar untuk menjelaskan penyertaannya ke dalam Pas kepada sebahagian rakyat Kelantan serta kepincangan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang telah membohongi pengundi dan penyokong parti berkenaan.
Muhafandi Muhamad
Mon Jun 12 2023
![Sesiapa saja dalam Pas berhak jadi calon, termasuk Annuar Musa - Takiyuddin Sesiapa saja dalam Pas berhak jadi calon, termasuk Annuar Musa - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71669886329_Takiyuddin.jpg)
Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan, mana-mana ahli Pas berhak untuk menjadi calon asalkan memberi kemenangan buat parti. - Gambar fail
Cubaan bunuh : FBI dapat akses telefon suspek tembak Trump
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) telah mendapat akses kepada telefon Thomas Matthew Crooks, suspek dalam cubaan bunuh bekas Presiden Donald Trump, pada Isnin.
Motif cubaan bunuh trump belum diketahui, semakan bebas akan dimulakan
White House memaklumkan bahawa pihaknya belum mengetahui motif cubaan membunuh Donald Trump yang dilakukan oleh seorang lelaki bersenjata dan kaitan penembak dengan sebarang gabungan atau mana-mana bantuan pihak lain.
Pemilihan A.S : Trump rasmi dicalon presiden, J.D Vance Naib Presiden
Donald Trump memilih Senator Ohio Amerika Syarikat, J.D. Vance untuk menjadi pasangan Naib Presidennya kelak, pada Isnin.
![Malaysia raih lebih RM230 juta dalam perjanjian perdagangan minyak sawit dengan China Malaysia raih lebih RM230 juta dalam perjanjian perdagangan minyak sawit dengan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81680602791_TBsawit.jpg)
Malaysia raih lebih RM230 juta dalam perjanjian perdagangan minyak sawit dengan China
Malaysia berjaya meraih lebih RM230 juta dalam perjanjian perdagangan minyak sawit semasa lawatan kerja Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin ke China baru-baru ini.
![Lesen cetak al-Quran batal jika langgar APTQ Lesen cetak al-Quran batal jika langgar APTQ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721037284_WargaEmas.jpg)
Lesen cetak al-Quran batal jika langgar APTQ
LPPPQ memutuskan pemegang Lesen Mesin Cetak al-Quran (LMCQ) akan dikenakan tindakan pembatalan lesen mesin cetak al-Quran sekiranya melanggar mana-mana syarat lesen.
![Angkatan Tentera Indonesia, Malaysia lakukan rondaan sempadan bersama Angkatan Tentera Indonesia, Malaysia lakukan rondaan sempadan bersama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721048079_tbTenteraMalaysia.jpg)
Angkatan Tentera Indonesia, Malaysia lakukan rondaan sempadan bersama
TNI dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang menjalankan rondaan bersama yang diselaraskan untuk memeriksa penanda sempadan di sepanjang sempadan Kalimantan Barat-Sarawak.
![Malaysia dalam kedudukan terbaik sebagai hab serantau CCUS - MIDF Amanah Malaysia dalam kedudukan terbaik sebagai hab serantau CCUS - MIDF Amanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81658464666_MIDF.jpg)
Malaysia dalam kedudukan terbaik sebagai hab serantau CCUS - MIDF Amanah
Malaysia berada pada kedudukan terbaik sebagai hab serantau CCUS, menyumbang kepada amalan mampan dalam sektor minyak dan gas seperti yang ditekankan dalam NETR.
![Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721080824_chargingdocument.jpg)
Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump
Permohonan Trump untuk menolak pertuduhan berdasarkan pelantikan dan pembiayaan tidak sah 'Special Counsel' Jack Smith diluluskan.
![Istiadat Barisan Kehormatan mulai sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Brunei Istiadat Barisan Kehormatan mulai sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Brunei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721079540_KEBAWAHDYMM.jpg)
Istiadat Barisan Kehormatan mulai sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Brunei
Istiadat berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, sebuah taman terkenal di Bandar Seri Begawan.
![Zelensky ingin lihat Rusia hadir ke persidangan keamanan Ukraine seterusnya Zelensky ingin lihat Rusia hadir ke persidangan keamanan Ukraine seterusnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721080146_VolodymyrZelenskiy.jpg)
Zelensky ingin lihat Rusia hadir ke persidangan keamanan Ukraine seterusnya
Zelensky berkata beliau telah menugaskan Kerajaan Ukraine untuk menganjurkan acara itu menjelang November tahun ini.
![Sesiapa saja dalam Pas berhak jadi calon, termasuk Annuar Musa - Takiyuddin Sesiapa saja dalam Pas berhak jadi calon, termasuk Annuar Musa - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71669886329_Takiyuddin.jpg)
"Sesiapa saja dalam Pas berhak jadi calon, termasuk Annuar Musa" - Takiyuddin
Mana-mana ahli Pas berhak untuk menjadi calon asalkan memberi kemenangan buat parti, kata Setiausaha Agungnya.