KUCHING: Sentimen daripada pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang menerajui Kerajaan Persekutuan selama 22 bulan memberi kesan kepada prestasi DAP pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) Sarawak baru-baru ini, kata Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen.
Beliau berkata semasa menerajui pentadbiran Kerajaan Persekutuan sebelum ini, PH dilihat tidak berupaya memenuhi jangkaan orang ramai yang mengundi mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.
Menurutnya walaupun PH telah membawa pelbagai pembaharuan dalam sistem kerajaan di samping memperkenalkan langkah-langkah tadbir urus yang baik, pakatan itu tetap tidak dapat memenuhi segala kehendak yang diharapkan orang ramai daripada mereka.
"Kita juga faham bahawa peratus keluar mengundi yang rendah dan pecah undi pembangkang pada PRN12 adalah disebabkan sentimen umum dalam kalangan pengundi di kebanyakan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak.
"Bagi mereka yang mengundi DAP pada PRU 2018 namun memutuskan untuk tidak lagi memberi sokongan pada PRN12 kerana melihat kami tidak dapat memenuhi harapan anda, kami ingin memohon maaf terhadap segala kekurangan," katanya pada persidangan media hari ini.
Chong berkata DAP akan terus memainkan peranannya sebagai pembangkang yang bertanggungjawab di Sarawak, di samping menyokong kebenaran dan menentang apa sahaja yang dilihat 'tidak betul' dalam kerajaan semasa.
PRN12 pada 18 Dis lepas menyaksikan DAP hanya mampu memenangi dua kerusi DUN, yakni DUN Padungan yang dimenangi Chong, dan DUN Pending yang dimenangi oleh Violet Yong.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 29 2021

Beliau berkata semasa menerajui pentadbiran Kerajaan Persekutuan sebelum ini, PH dilihat tidak berupaya memenuhi jangkaan orang ramai yang mengundi mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

DAP Sarawak bertanding pilihan raya negeri akan datang - Chong
DAP Sarawak mengesahkan akan bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang, kata Pengerusinya Chong Chieng Jen.

DAP Sarawak beri jaminan main peranan 'backbenchers' Kerajaan Perpaduan
Kesemua Ahli Parlimen DAP Sarawak memberi jaminan akan memainkan peranan sebagai ahli 'backbenchers' (penyokong) Kerajaan Perpaduan yang ditunjangi Pakatan Harapan (PH) di Dewan Rakyat.

PRU15: PH perlu 12 kerusi Sabah, Sarawak untuk bentuk kerajaan
Chong Chieng Jen berkata, keputusan itu adalah hasil tinjauan yang dilakukan pelbagai institusi penyelidikan jam 6 pagi kelmarin.

Logo roket lebih dekat di hati pengundi DAP Sarawak - Kelvin Yii
Keputusan DAP Sarawak menggunakan lambang DAP atau roket untuk PRU15 adalah di atas dasar autonomi yang diberikan PH.

PRU15: DAP Sarawak muktamadkan senarai lapan calon
DAP Sarawak akhirnya melengkapkan senarai lapan calonnya yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

PRU15: DAP Sarawak akan guna logo roketnya
DAP Sarawak akan terus menggunakan logo roketnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) walaupun parti Pakatan Harapan yang lain menggunakan logo perikatan itu.

PRU15: DAP Sarawak setuju tubuh jawatankuasa rundingan bincang penyatuan pembangkang
Jawatankuasa tersebut akan mengetuai proses penyatuan parti pembangkang bersama DAP Sarawak dengan agenda untuk menumbangkan PN, BN dan GPS.

DAP Sarawak bermesyuarat bentuk kerjasama dengan parti pembangkang untuk PRU15
Chong Chieng Jen berkata, pertemuan pada Selasa depan itu berdasarkan autonomi penuh parti berkenaan untuk membentuk kerjasama dengan mana-mana parti politik di negeri ini.

Sentimen Kerajaan PH beri kesan kepada prestasi DAP pada PRN Sarawak - Chong
Sentimen daripada pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang menerajui kerajaan persekutuan selama 22 bulan memberi kesan kepada prestasi DAP pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) Sarawak.

PRN Sarawak: Kesepakatan dengan PSB gagal, DAP umum dua lagi calon
Chong Chieng Jen sehingga ke saat ini, tiada kata putus daripada PSB untuk bekerjasama dalam agihan kerusi pada PRN12 Sarawak.