KUALA LUMPUR: Selepas lebih 30 tahun, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini meluahkan rasa yang terbuku di hatinya berhubung pengharaman UMNO pada 1988.
Ahli Parlimen Gua Musang itu dalam sidang media di Parlimen hari ini mendakwa pengharaman UMNO oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Pendaftar Pertubuhan Malaysia ketika itu adalah tidak sah.
Sebaliknya, dakwa Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li, pembatalan UMNO dibuat berlandaskan politik demi menyokong kepimpinan semasa.
Jelas beliau lagi, susulan pengharaman UMNO ketika itu, sebuah parti baharu atas nama sama telah dibentuk oleh mereka yang bertanggungjawab terhadap pembatalan parti Melayu itu.
"Ini telah menimbulkan banyak masalah bukan sahaja kepada mereka yang tidak dapat menyertai UMNO baru sesudah UMNO asal diharamkan.
"Oleh kerana kita pada ketika itu adalah ahli-ahli yang aktif yang memegang jawatan dan menjadi ahli-ahli Parlimen, dan ramai antara kita yang dalam kerajaan, saya nampak pembatalan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan adalah tidak mengikut Akta Pertubuhan 65, yang diberi kuasa di bawah akta tersebut.
"Juga kita berfikir, penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi mengharamkan UMNO juga di luar bidang jurisdiction dan sepatutnya peguam yang mewakili UMNO melarang hakim daripada membuat keputusan sedemikian rupa.
"Tetapi sebaliknya peguam itu pun kalah, UMNO diharamkan walhal ia mewakili UMNO itu sendiri," katanya pada sidang media di Bilik Media di Parlimen, pada Selasa.
UMNO diisyhtiharkan sebagai sebuah pertubuhan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari, 1988.
‘Pengharaman’ itu berpunca daripada tindakan sekumpulan ahli-ahli UMNO yang dikenali Kumpulan 11 yang memihak kepada Tengku Razaleigh mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan pemilihan parti yang telah berlangsung pada 24 April 1987.
Mengulas mengenai tempoh masa 30 tahun, Ku Li berkata pakar-pakar perundangan dan peguam telah melakukan kajian terperinci berhubung pengharaman UMNO itu.
Justeru tegasnya, mengikut prinsip nullity, UMNO tidak seharusnya diharamkan.
"Sekarang timbul masalah, jika UMNO asal tidak haram dan tak sepatutnya penghakiman dilakukan sebagaimana dilakukan tempoh hari, maka apa jadi kepada UMNO sekarang?
"Jadi saya tak mahu menjawab bagi pihak UMNO sekarang, itu terserah kepada mereka yang ada tetapi saya hanya mementingkan kedudukan UMNO yang disalah hukum oleh mahkamah.
"Ia tidak pernah melanggar mana-mana satu undang-undang negara, tidak pun melakukan sesuatu yang salah dari segi pentadbiran. Maka, tidak ada sebab mengapa pendaftaran badan ini dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan," katanya lagi.
Dalam masa sama, Ku Li berkata beliau hanya bersendirian menggerakkan perkara tersebut, selain berharap Dewan Rakyat boleh membahaskan mengenainya.
Untuk rekod, dua minggu selepas keputusan mahkamah, Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri ketika itu mengumumkan pendaftaran UMNO Baru.
Tengku Razaleigh kemudian memutuskan untuk membentuk parti baharu yang menumpukan kepada "semangat 1946".
Hasimi Muhamad
Tue Sep 21 2021

Ahli Parlimen Gua Musang itu dalam sidang media di Parlimen mendakwa pengharaman UMNO oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Pendaftar Pertubuhan Malaysia ketika itu adalah tidak sah - Gambar BERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

PRK Nenggiri: Ku Li janji Awie akan jadi wakil rakyat terbaik
Calon BN bagi PRK Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mempunyai pengalaman luas dalam hal ehwal menjaga kebajikan penduduk.

BN akan terus perjuang isu hak milik tanah rakyat Kelantan Selatan - Ku Li
BN akan terus memperjuangkan isu hak milik tanah rakyat Kelantan Selatan yang telah berlarutan puluhan tahun.

BN fokus isu tempatan di PRK Nenggiri - Ahmad Zahid
BN akan memberi fokus kepada isu masyarakat setempat di Nenggiri dengan bantuan jentera Pakatan Harapan (PH), sepanjang kempen PRK.

DAP tak perlu turun kempen PRK Nenggiri hanya pandangan peribadi Ku Li
Gesaan Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah agar DAP tidak turun berkempen di PRK Nenggiri dianggap sebagai pandangan peribadi.

PRK Nenggiri: UMNO Gua Musang kemuka nama tiga calon muda
Tengku Razaleigh berkata keputusan itu dilakukan berdasarkan kriteria yang diinginkan parti, selain mengambil kira faktor pengundi daripada golongan muda di DUN Nenggiri sebanyak 62.5 peratus.

‘Mereka sudah pindah kiblat, wajar kosongkan kerusi’ - Ku Li
Ahli Parlimen atau ADUN yang menyatakan sokongan kepada parti lain disifatkan sudah berpindah pendirian dalam perjuangan politik.

PRK Nenggiri: UMNO akan letak calon - Ahmad Zahid
UMNO akan meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, Kelantan susulan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan.

Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.

Kerajaan disaran beri bantuan tunai bulanan
Bantuan berkenaan berperanan membiayai kehidupan rakyat dan sekali gus dapat menggunakan wang tersebut membeli barang keperluan.

Mahkamah Persekutuan tolak rayuan BN untuk kembalikan petisyen pilihan raya Gua Musang
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim menolak rayuan Mohd Azmi dan memerintahkan beliau membayar kos RM30,000.