PUTRAJAYA: Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Gua Musang yang dimenangi oleh Mohd Azizi Abu Naim daripada Perikatan Nasional kekal selepas Mohd Azmi Mahmood wakil calon Barisan Nasional (BN) Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, gagal mengembalikan petisyen pilihan raya yang difailkannya untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan itu.
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim menolak rayuan Mohd Azmi dan memerintahkan beliau membayar kos RM30,000.
Dua lagi hakim panel itu ialah hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Abu Bakar Jais.
Semasa menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah, Hakim Abang Iskandar berkata terdapat merit dalam bantahan awal yang dibangkitkan oleh peguam Yusfarizal Yussoff yang mewakili Mohd Azizi.
Mohd Azmi merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 5 Sept lepas yang membatalkan petisyen pilihan raya yang difailkannya selepas beliau (Mohd Azmi) memecat pasukan peguamnya.
Mohd Azmi memfailkan petisyen itu bagi pihak Tengku Razaleigh untuk membatalkan keputusan pilihan raya bagi kerusi Parlimen Gua Musang antara lain atas dakwaan rasuah.
Tengku Razaleigh tewas kepada Mohd Azizi dengan hanya 163 undi. Mohd Azizi memperoleh 21,826 undi, manakala Tengku Razaleigh mendapat 21,663 undi.
Yusfarizal mengemukakan bantahan awal dengan mengatakan bahawa rayuan Mohd Azmi adalah tidak kompeten kerana beliau (Mohd Azmi) telah menggunakan prosedur yang salah dalam percubaannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.
Beliau berkata Mohd Azmi perlu kembali ke Mahkamah Tinggi untuk memfailkan permohonan mengembalikan semula petisyen pilihan rayanya dan tidak memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.
Peguam Datuk Mohamad Zubairy Hussain yang mewakili Mohd Azmi berkata anak guamnya perlu dibenarkan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.
Beliau mendakwa anak guamnya merayu berhubung ketidakpatuhan prosedur oleh hakim Mahkamah Tinggi dalam membatalkan petisyen pilihan raya itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 05 2023

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim menolak rayuan Mohd Azmi dan memerintahkan beliau membayar kos RM30,000. - Gambar hiasan/BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Mahkamah Persekutuan tolak rayuan BN untuk kembalikan petisyen pilihan raya Gua Musang
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim menolak rayuan Mohd Azmi dan memerintahkan beliau membayar kos RM30,000.

Keputusan PRN: Hanya petisyen DUN Gombak Setia dikemukakan - Amirudin
Hanya satu petisyen pilihan raya dikemukakan bagi membatalkan keputusan kerusi yang dimenangi PN pada Pilihan Raya Negeri Selangor, Ogos lepas.

Mahkamah batal petisyen pilihan raya Suka Menanti, kemenangan PN kekal
Mahkamah Tinggi membatalkan petisyen pilihan raya yang dikemukakan Ketua Penerangan PKR Kedah Datuk Zamri Yusuf untuk mencabar keputusan PRN DUN Suka Menanti.

Mahkamah tetapkan 27 Okt tarikh keputusan petisyen Parlimen Masjid Tanah
Mahkamah Pilihan Raya Melaka menetapkan 27 Okt depan sebagai tarikh keputusan petisyen pilihan raya untuk kerusi Parlimen Masjid Tanah.

Mahkamah batal petisyen pilihan raya Gua Musang, Pas terkejut pempetisyen pecat peguam
Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini membatalkan petisyen pilihan raya dikemukakan Barisan Nasional (BN) berhubung keputusan kerusi Parlimen Gua Musang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.

PRN: Tewas 58 undi, Megat Zulkarnain timbang kemuka petisyen pilihan raya
Megat Zulkarnain Omardin mempertimbangkan untuk mengemukakan petisyen bantahan terhadap keputusan PRN berikutan kekalahan tipis 58 undi ketika bertanding kerusi DUN Gombak Setia.

Pas tidak buat rayuan keputusan petisyen pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu
Keputusan itu disahkan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat Pas Pusat yang sedang berlangsung ketika ini.

PRU15: Mahkamah batal kemenangan Pas di Kuala Terengganu
Mahkamah Pilihan Raya Terengganu hari ini, membatalkan kemenangan calon Pas, Datuk Ahmad Amzad Hashim di kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Abdul Hadi kekal Ahli Parlimen Marang, mahkamah tolak petisyen
Tan Sri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Ahli Parlimen Marang selepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu menolak petisyen yang difailkan calon Barisan Nasional (BN).