SHAH ALAM: Kerajaan Selangor telah mengarahkan Bahagian Audit kerajaan negeri untuk membuat kajian semula berhubung pelaksanaan Program Skim Insurans Am Selangor (INSAN), iaitu perlindungan insurans kemalangan diri berkumpulan percuma kepada rakyat negeri itu.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata pihaknya juga mengambil kira kepada semua perkara berbangkit terhadap skim tersebut, agar tidak timbul perkara yang dibangkit misalnya melibatkan proses prapendaftaran serta pelanggaran Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA), yang ditimbulkan dalam pelaksanaan skim itu.
"Kerajaan negeri mengarahkan audit kerajaan negeri dengan proses yang lebih menyeluruh. Niat (kerajaan negeri memberi) perlindungan kepada rakyat.
"Ia (perlindungan) itu telah dibuat cuma tidak mencapai jumlah sebenar, kerana (mungkin) tawaran tidak jelas, promosi kurang baik dan (meneliti) kaedah digital sama ada ia sampai kepada rakyat (seperti mana) yang kita diharapkan," katanya.
Amirudin berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Mohd Razali Saari (PN-Sungai Panjang) dan Dr Afif Bahardin (PN-Taman Medan), berhubung perkembangan pelaksanaan Program INSAN di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
Dalam pada itu, Amirudin berkata seramai 5,879,600 orang rakyat Selangor terlibat dalam prapendaftaran setakat September dan sebanyak RM12 juta telah dibayar oleh kerajaan negeri menerusi Skim INSAN Konvensional (disediakan oleh AmGeneral Insurance Berhad), manakala RM9 juta untuk Skim INSAN Takaful (oleh Takaful Ikhlas General Berhad).
Program INSAN ialah inisiatif kerajaan Selangor yang bermula 1 Okt 2022, bertujuan memberi perlindungan insurans kemalangan diri berkumpulan percuma kepada enam juta rakyat di Selangor yang layak berumur dari 30 hari sehingga 80 tahun, menerusi Skim INSAN Konvensional dan Skim Insan Takaful.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 21 2023
![Selangor arah audit kerajaan negeri buat kajian semula program INSAN Selangor arah audit kerajaan negeri buat kajian semula program INSAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699939432_AmirudinShari.jpg)
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata pihaknya mengambil kira kepada semua perkara berbangkit terhadap skim tersebut, agar tidak timbul perkara yang dibangkitkan.- Gambar fail/Bernama
![Sarat tradisi, warkah persilaan undangan ke pertabalan Agong ke-17 Sarat tradisi, warkah persilaan undangan ke pertabalan Agong ke-17](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720574331_tbAdatWarkahpersi.jpg)
Sarat tradisi, warkah persilaan undangan ke pertabalan Agong ke-17
Warkah persilaan menggunakan tulisan jawi yang ditulis tangan itu, diletakkan di dalam kapsul khas untuk dipersembahkan kepada Raja-Raja Melayu dan Tuan Yang Terutama.
![Trump cabar Biden sertai debat tanpa moderator Trump cabar Biden sertai debat tanpa moderator](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720573574_tbDonaldTrump.jpg)
Trump cabar Biden sertai debat tanpa moderator
Donald Trump dakwa, Demokrat sedang mengalami "keruntuhan besar-besaran" dan cabar Joe Biden untuk tampil dalam satu lagi sesi debat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [10ulai 2024]
Fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Bnuh diri: Lebih 48,000 panggilan diterima Talian 15555 - Ahmad Zahid
- PM perincikan cadangan sediakan elaun kos sara hidup tingkatan enam
- itipu penjual durian, pengguna disaran lapor KPDN
- Bnuh diri: Lebih 48,000 panggilan diterima Talian 15555 - Ahmad Zahid
- PM perincikan cadangan sediakan elaun kos sara hidup tingkatan enam
- itipu penjual durian, pengguna disaran lapor KPDN
![EURO 2024: Lamine Yamal penuhi impian diri sendiri, ibu EURO 2024: Lamine Yamal penuhi impian diri sendiri, ibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720572108_tbLamineYamal.jpg)
EURO 2024: Lamine Yamal penuhi impian diri sendiri, ibu
"Saya tidak tahu sama ada saya ikon atau tidak. Itu tidak benar-benar membantu apa-apa di atas padang. Saya perlu membantu pasukan saya."
![Kulit lembu jadi punca rezeki Zulkifli Kulit lembu jadi punca rezeki Zulkifli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720521266_Pengusahakulitlemb.jpg)
Kulit lembu jadi punca rezeki Zulkifli
Menu Sambal Taun Belulang daripada kulit lembu yang sering dimakan sejak kecil mencetuskan idea buat Zulkifli Akhiar untuk mengkomersialkan kulit berkenaan sehingga mampu menjana pendapatan.
![EURO 2024: Belanda ditimpa musibah, kecewa dengan keadaan huru-hara EURO 2024: Belanda ditimpa musibah, kecewa dengan keadaan huru-hara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720569696_EUROBelanda.jpg)
EURO 2024: Belanda ditimpa musibah, kecewa dengan keadaan huru-hara
Belanda terkandas di platform stesen kereta api dan perlu melakukan penerbangan kecemasan untuk sampai ke venue pertandingan.
![Pejuang Houthi umum serang kapal Maersk Sentosa di Laut Arab Pejuang Houthi umum serang kapal Maersk Sentosa di Laut Arab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720563410_tbHouthis.jpg)
Pejuang Houthi umum serang kapal Maersk Sentosa di Laut Arab
Pejuang Houthi umum serang kapal Maersk Sentosa di Laut Arab dengan beberapa peluru berpandu pada Selasa.
Hadi Awang enggan ulas kenyataan Zahid
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang enggan mengulas kenyataan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memberi bayangan tidak akan ada kerjasama kedua-dua parti itu selagi Abdul Hadi memegang jawatan.
Institusi pendidikan MARA menerima 100 peratus permohonan
Semua institusi pendidikan di bawah kendalian Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menerima lebih 100 peratus permohonan pada tahun ini.
Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, orang ramai yang telah membuat permohonan diharapkan tidak menolak sebarang tawaran pengajian daripada pihak MARA.
Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, orang ramai yang telah membuat permohonan diharapkan tidak menolak sebarang tawaran pengajian daripada pihak MARA.
Isu HRD Corp hangatkan sesi perbahasan Dewan Rakyat
Isu tadbir urus Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) seperti didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 minggu lepas menghangatkan sesi perbahasan usul laporan itu pada persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.
![Selangor arah audit kerajaan negeri buat kajian semula program INSAN Selangor arah audit kerajaan negeri buat kajian semula program INSAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699939432_AmirudinShari.jpg)
Selangor arah audit kerajaan negeri buat kajian semula program INSAN
Kerajaan Selangor telah mengarahkan Bahagian Audit kerajaan negeri untuk membuat kajian semula berhubung pelaksanaan Program Skim Insurans Am Selangor (Insan).