Soal siapa calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar yang akan diumumkan pada 5 Jun depan tidak pernah difikirkan Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos.
Tegasnya, dia sendiri tidak berharap menjadi calon di PRK Sungai Besar selain menganggapnya isu yang tidak penting untuk difikirkan.
"Saya terlebih awal lagi sudah kata soal calon ini kita serahkan kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan parti. Ini tanggungjawab bersama dan ia bukan sahaja demi maruah Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak namun ini adalah maruah UMNO.
"Sungai Besar adalah hak pengundi sendiri untuk memilih Barisan Nasional (BN) sejak selama ini. Saya tidak ada langsung masalah dan tidak berharap untuk jadi calon, bagi saya calon itu tidak penting, yang paling mustahak kemenangan.
"Soal calon langsung tidak saya letak di hati. Saya berjuang untuk parti dan bukan kedudukan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia menetapkan tarikh PRK bagi Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor dijalankan serentak pada 18 Jun nanti.
Tarikh penamaan calon diadakan pada 5 Jun manakala pengundian awal ditetapkan pada 14 Jun.
Dua kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Wan Mohamad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon yang terlibat dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei.
Dalam pada itu kata Jamal, persediaan yang dilakukan di kawasan itu menjelang PRK sudah dimulakan dan akan bertambah menjelang hari penamaan calon serta minggu kempen.
"Bagi saya persediaan kami di bahagian cukup mantap ditambah dengan sokongan kuat serta kerjasama bahagian perhubungan dan pusat.
"Kita lihat gerak kerja yang kuat serta pelantikan Datuk Seri Noh Omar sebagai Pengarah PRK Sungai Besar yang berada di sini setiap hari untuk memantau gerak kerja yang sedang dilakukan.
"Kami di peringkat bahagian sentiasa mengatur program memperkukuhkan ahli di sini, paling mustahak di peringkat cawangan dan biro-biro dan selepas ini untuk merangka program yang terus sehingga hari pengundian," jelasnya.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Noriah mengalahkan Mohamed Salleh M Husin dari Pas dengan majoriti 399 undi.
Astro Awani
Sat May 14 2016
JAMAL: 'Saya tidak harap jadi calon PRK Sungai Besar' - Gambar fail
KDN pertahan guna SOSMA dalam siasatan kes GISB
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempertahan penggunaan SOSMA, dalam siasatan melibatkan GISB.
AWANI Ringkas: KDN pertahan penggunaan SOSMA dalam kes GISB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lapangan Terbang Changi naikkan caj penumpang dan syarikat penerbangan bagi 2025-2030
Menurut CAG, kenaikan ini juga akan membantu menampung kos operasi yang lebih tinggi, termasuk kos tenaga kerja dan tenaga.
Kes kehilangan beg berisi RM1 juta, polis tahan dua pengawal keselamatan
Polis berkata kedua-dua mereka dipercayai menaiki van keselamatan yang membawa beg berisi wang tunai berjumlah RM1,071,000 ketika hari kejadian.
Anggaran peruntukan penubuhan Majlis Media Malaysia diperinci masa terdekat - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memperincikan anggaran peruntukan bagi penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC) menerusi satu memorandum Jemaah Menteri dalam masa terdekat, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Veteran ATM bersara sebelum Januari 2013 terima pelarasan pencen 15 peratus
Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berpencen sebelum Januari 2013 akan turut menerima kenaikan pelarasan pencen sebanyak 15 peratus selepas Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dilaksanaka
AWANI Tonight: 7th Nov 2024
#AWANITonight 7 Nov 2024 with Farhana Sheikh
- Proposed House Arrest Bill only for remand detainees awaiting trial
- Australia to ban social media use for under 16
#AWANIEnglish #AWANINews
- Proposed House Arrest Bill only for remand detainees awaiting trial
- Australia to ban social media use for under 16
#AWANIEnglish #AWANINews
Bandar di dunia boleh kerugian USD1 trilion
Menjelang tahun 2050, bandar seluruh dunia boleh kerugian hampir USD1 trillion sekiranya tiada penyelesaian segera dilakukan bagi menyesuaikan perancangan dengan perubahan iklim.
BRICS: Kementerian Luar sentiasa pelihara kepentingan negara
Kementerian Luar akan memastikan kepentingan negara sentiasa terjaga dan terpelihara dalam semua organisasi antarabangsa disertainya termasuk BRICS.
[TERKINI] Empat anggota pengaman UNIFIL Malaysia cedera dalam serangan Israel di Lubnan
Serangan berkenaan menyasarkan sebuah kereta sewaktu ia mendekati pos pemeriksaan.
'UMNO perlu kaji semula maksud politik wang' - Ahmad Atory
UMNO perlu mengkaji semula terma politik wang berunsur pemberian ikhlas atau dibalas dengan sokongan semasa pemilihan parti kelak.
'Jamal sahkan UMNO amal politik wang' - Rais Yatim
Pembatalan janji Datuk Jamal Md. Yunos untuk membawa setiap ketua cawangannya bercuti dan ditukarkan dengan wang tunai berjumlah RM1,000 mengesahkan parti itu mengamalkan politik wang.
'Saya tidak harap jadi calon PRK Sungai Besar' - Jamal
Soal siapa calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar yang akan diumumkan pada 5 Jun depan tidak pernah difikirkan Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar Datuk Jamal Yunos.