KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud menegaskan bahawa beliau tidak pernah bercita-cita untuk menjawat jawatan itu.
Bagaimanapun kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti itu, beliau menerima jawatan tersebut sebagai satu tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul.
“Saya tak pernah bercita-cita menjadi Menteri Besar dan saya sendiri pun mencadangkan nama orang lain yang lebih layak.
“Namun, ini semua amanah dan takdir daripada Allah SWT,” katanya ketika menyampaikan Kuliah Pagi Jumaat yang pertama sebagai Menteri Besar Kelantan di Medan Ilmu, di sini, pada Jumaat.
Mohd Nassuruddin juga meminta rakyat di negeri itu supaya bersama-sama untuk memperjuang dan menegakkan agama Islam seterusnya membangunkan Kelantan.
Kata beliau, rakyat hanya perlu taat kepada pemimpin yang beriman kepada Allah dan sentiasa memperbetulkan kesilapan sesama sendiri.
“Kalau saya buat silap, tolong perbetulkan dan beri nasihat serta pandangan yang membina.
“Saya juga minta dijauhi daripada sifat pembohong atau khianat sepanjang menggalas amanah ini,” ujarnya.
Pada Selasa lalu, Mohd Nassuruddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan ketiga selepas Pas mengambil alih Kelantan pada 1990.
Sebelum ini, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Ahmad Yakob.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu, Nassuruddin mempertahankan kerusi DUN Meranti selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Zahri Omar dengan majoriti 9,154 undi.
Bekas Exco Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri itu mempertahankan kerusi berkenaan sejak 1999.
Nassuruddin yang mendapat pendidikan di Universiti Al Azhar, Mesir ialah Ketua Penerangan Pas Kelantan dan turut digelar Panglima Perang Pas Kelantan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Aug 18 2023

Mohd Nassuruddin ketika menyampaikan Kuliah Pagi Jumaat yang pertama sebagai Menteri Besar Kelantan di Medan Ilmu, di Kota Bharu, pada Jumaat. - Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Anwar puji MB Kelantan berunding selesaikan isu mendesak
Perdana Menteri berkata, rundingan tersebut termasuk melibatkan isu-isu mendesak seperti banjir dan tebatan banjir.

Kelantan mohon RM1.7 bilion dari kerajaan pusat atasi masalah bekalan air terawat
Datuk Ahmad Yakob berkata, AKSB melalui kerajaan negeri merancang untuk tukar paip secara berperingkat.

MB Kelantan nasihat perantau pulang ke kampung kekal patuh SOP
Bimbang wabak COVID-19 kembali merebak di Kelantan kerana kepulangan perantau jika mereka tidak mengamalkan langkah sewajarnya.

Negara kehilangan pemimpin dan ilmuwan Islam dengan pemergian Nik Aziz - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata negara telah kehilangan seorang pemimpin dan ilmuwan Islam yang telah banyak berjasa dengan pemergian ke rahmatullah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi.