IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengakui beliau tidak gemar meletakkan sasaran ‘100 hari’ bagi dijadikan kayu ukur kejayaan pentadbiran sesebuah kerajaan negeri.
Malah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan itu menyifatkan pentadbiran kerajaan negeri tidak boleh disamakan seperti dengan ‘acara larian 100 meter’.
“Saya tak berapa gemar (dengan ukuran) ‘100 hari’ itu sebab mentadbir negeri dia bukan macam ‘larian 100 meter’. Dia seolah-olah seperti larian maraton yang beribu-ribu kilometer secara berterusan pula.
“Sebab (dalam) 100 hari ni apa yang kita boleh buat sebenarnya? Akan tetapi saya boleh katakan dalam tempoh terdekat ini mesyuarat Exco dijalankan seperti biasa, saban minggu.
“Malahan ada waktu-waktunya kertas Exco begitu banyak yang kita luluskan. Jadi, lagi banyak kertas Exco kita luluskan, lagi baik dan banyak perkara boleh kita selesaikan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Sistem Amaran Awal Kepala Air (EWS) Dan Kick-off Program Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman 100 juta pokok 2023 di Taman Eko Rimba Kledang Saiong, di sini pada Isnin.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, barisan Exco, serta Pengarah Jabatan Perhutanan Perak, Datuk Mohamed Zin Yusop.
Saarani berkata demikian selepas diminta mengulas berkenaan pentadbirannya di Perak yang menjengah hampir 100 hari sejak mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar pada November tahun lalu.
Dalam pada itu beliau berkata kerajaan negeri sentiasa membuat penilaian dari semasa ke semasa bagi menambah baik prestasi pentadbiran negeri.
Selain itu tambah Saarani, prestasi barisan Exco yang dilantik juga berada pada tahap baik selain sentiasa membuat keputusan secara bersama walaupun ada kalanya berbeza pandangan.
“(Berkaitan prestasi Exco) tak ada masalah pada saya. Sebab kita tak akan cari kekurangan orang, kita cari kelebihan. Kita tak cari perbezaan, kita cari persamaan.
“Walaupun kadang-kadang ada perbezaan pendapat, itu biasa. Tapi akhirnya kita buat keputusan secara bersama, iaitu tanggungjawab bersama,” katanya lagi.
Saarani mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim pada 21 November tahun lalu.
Pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Kerajaan Perak berjaya dibentuk hasil kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang masing-masing memperoleh 24 dan sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Amirrul Rabbani
Mon Feb 27 2023

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan itu menyifatkan pentadbiran kerajaan negeri tidak boleh disamakan seperti dengan acara larian 100 meter.- Foto Astro AWANI
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

'Saya tak gemar ukuran 100 hari' - Saarani
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengakui beliau tidak gemar meletakkan sasaran 100 hari bagi dijadikan kayu ukur kejayaan pentadbiran sesebuah kerajaan negeri.

Sasaran aspirasi 100 hari Keluarga Malaysia KPDNHEP berjaya dicapai - Nanta
Ia bertindak sebagai 'push factor' dalam memperkasa ekonomi secara berperingkat, memberi kesan positif pada sosioekonomi dan rakyat.