Ramai telah memberi komen dan teguran terhadap pendirian saya dan beberapa pimpinan PAS dalam persoalaan fatwa yang mengharamkan Sisters in Islam (SIS) dan menuduh mereka pelopor fahaman Liberalisme dan Pluralisme. Sebahagian menyokong dan sebahagian lain menolak. Dari golongan yang menolak tindakan saya, ramai yang tidak faham mengapa saya dan beberapa rakan bersuara berhubung isu ini. Saya jelaskan sebabnya di sini.
KENAPA TIDAK BERDIAM SAHAJA?
Saya merupakan salah seorang pemimpin pada sebuah parti Islam yang ingin mentadbir Negara ini berdasarkan ajaran Islam. Bagi mencapai cita-cita ini, saya dan parti saya perlu meyakinkan masyarakat, Islam dan bukan Islam, bahawa pentadbiran Islam adalah adil dan tiada penindasan mahupun kezaliman dibenarkan berlaku terhadap individu atau kumpulan. Oleh itu setiap yang dilakukan di atas nama Islam perlu diambil perhatian demi menjamin keyakinan terhadap keadilan Islam tidak terjejas. Dan di sini terdapat masalahannya.
Bagaimana kami boleh yakinkan masyarakat akan keadilan pentadbiran Islam sekiranya seseorang boleh dijatuhkan hukuman tanpa diberi peluang membela diri? Sedangkan hak membela diri adalah salah satu prinsip utama demi menjamin keadilan.
Cuba gambarkan sebuah mahkamah yang menjatuhkan hukuman ‘bersalah’ terhadap seseorang tanpa dikemukakan sebarang bukti atau penjelasan dari mahkamah tersebut. Tidak juga dipanggil yang tertuduh membela diri. Namun, tiba-tiba tertuduh bangun satu pagi dan membaca dalam akhbar bahawa dirinya didapati bersalah! Apa anda akan katakan terhadap mahkamah tersebut?
Walaupun saya memahami, ini bukanlah mahkamah, namun prinsip yang digunakan oleh mahkamah adalah juga releven kerana di sini, hukuman dijatuhkan terhadap sebuah kumpulan tanpa sebarang bukti atau penjelasan.
Hujjah dan bukti mesti dikemukakan bersama semasa menjatuhkan hukuman. Ini adalah satu-satunya cara untuk menyakinkan masyarakat bahawa keadilan telah terlaksana. Prinsip “keadilan bukan sekadar mesti terlaksana tetapi juga dilihat terlaksana” adalah prinsip yang amat selari dengan tuntutan Islam. Oleh itu ketelusan mesti diamalkan apabila ingin mentsabitkan kesalahan terhadap seseorang.
MENSABITKAN KESALAHAN
Semua tahu membunuh itu salah. Tetapi untuk mensabitkan kesalahan membunuh terhadap seseorang mesti ada buktinya. Mahkamah mesti jelaskan secara terperinci tertuduh disabitkan atas bukti yang tertentu. Bukan sekadar “didapati bersalah”, nokhta.
Begitu juga berhubung tersesatnya fahaman Liberalisme dan Pluralisme. Semua yang membaca berhubung fahaman ini maklum bahawa mereka adalah fahaman yang terkeluar dari Islam, tetapi untuk mensabitkan seseorang atau sesuatu kumpulan atas kesalahan berpegang kepada fahaman Liberalisme atau Pluralisme perlu dikemukakan bukti. Bukan sekadar “berpegang kepada fahaman Liberalisme dan Pluralisme”, nokhta.
Bukti ini termasuklah petikan dari tulisan atau ucapan mereka serta kalau lebih baik, penjelasan dari pertemuan dan perbincangan dengan mereka. Ini adalah kerana kadang-kadang yang ditulis oleh penulis tidak bermaksud sepertimana yang difahami oleh pembaca. Atau yang dicakap oleh penceramah tidak bermaksud sepertimana yang difahami oleh pendengar. Itulah sebabnya perlu berjumpa dan diadakan muzakarah dan temu bual. Bukan dihukum dari jauh, nokhta.
LIBERALISME DAN PLURALISME
Saya ada minta supaya takrif yang jelas berhubung Liberalisme dan Pluralisme yang terkeluar dari Islam dinyatakan oleh pihak Majlis Fatwa. Ini adalah kerana bukan setiap yang menggunakan perkataan ‘Liberal’ adalah membawa erti ‘Liberalisme’ dan bukan setiap yang menggunakan perkataan ‘plural’ adalah ‘Pluralisme’. Sebagai contoh, apabila seseorang menyatakan “polisi ekonomi Negara seharusnya mengambil kira masyarakat Malaysia yang bersifet plural”, maka tidak bererti dia menganjurkan pendekatan ‘Pluralisme’. Atau apabila dikatakan “kita seharusnya melaksanakan dasar import yang lebih liberal terhadap barangan elektronik” tidak juga dimaksudkan seseorang mendokong ‘Liberalisme’.
Takrif ini penting untuk mengelak kekeliruan dan berlakunya tuduh menuduh sehingga ke tahap kafir-mengkafir yang semua ingin elakkan. Untuk memudahkan, saya cadangkan di sini takrif yang termudah sebegini.
LIBERALISME
Liberalisme adalah satu fahaman/kepercayaan/falsafah yang menganggap manusia, berbekalkan akal, perasaan hati kecil (conscience) dan pengalaman, mampu mencapai kehidupan yang adil dan bermakna di atas dunia ini. Oleh itu manusia perlu diberikan kebebasan dan tidak terikat dengan sebarang halangan yang diada-adakan, kecuali untuk mengelak kecederaan kepada yang lain, di dalam sebarang urusan mereka untuk mencapai kebahagian dan kejayaan di dunia ini. Agama adalah hanya berhubung persoalan alam ghaib seperti syurga dan neraka dan bukan untuk urusan dunia. John Locke dianggap bapa fahaman Liberalisme dan ianya dipaksikan kepada tanggapan manusia sebagai makhluk bersifat ‘prudent’.
PLURALISME
Pluralisme adalah satu fahaman/kepercayaan/falsafah yang menganggap semua agama adalah sama dan walau apa agama sekalipun yang dianuti, ianya mengajar untuk menyembah Tuhan yang sama. Tiada agama yang benar kerana semua agama adalah benar. Tuhan akan menerima ibadah yang dilakukan selagimana ianya ikhlas dan jujur dalam urusan terhadapNya dan terhadap manusia sekeliling walau apa pun agama yang dianuti.
Maka, jelas kedua-dua fahaman adalah terkeluar dari Islam mengikut takrif sepertimana yang saya berikan di atas.
SIS, LIBERALISME DAN PLURALISME
Dari apa yang telah saya jelaskan di atas, kedua-duanya ‘isme’ merupakan sistem kepercayaan atau falsafah. Persoalannya ialah adakah benar SIS berpegang kepada kepercayaan dan falsafah ini? Sekiranya benar, maka dikemukakan buktinya.
Ianya isu kepercayaan dan bukan amalan atau tindakan. Tidak memakai tudung dan menutup aurat adalah berdosa, tetapi ianya tidak semestinya sabit bahawa yang tidak menutup aurat adalah berpegang kepada fahaman Liberalisme dan oleh itu terkeluar dari Islam. Mungkin ianya atas kejahilan sehingga beranggapan ianya sesuatu yang tidak wajib atau tidak penting. Maka adalah menjadi tugas SEMUA, terutamanya pihak yang berkuasa untuk mendidik dan mengusahakan kesedaran bukan mengkafirkan orang atas apa jua alasan.
PERANAN SISTERS IN ISLAM
Setahu saya, Sisters in Islam membuat usaha pembelaan terhadap wanita Islam yang dilihat dinafikan hak mereka. Ini termasuk yang diceraikan tetapi tidak menerima nafkah untuk anak-anak yang dibawah tanggungan dari bekas suami. Atau wanita yang didera suami tetapi tidak diberi pembelaan dan ditolak permohonan cerai. Setahu saya mereka tidak terlibat dalam penyebaran fahaman atau falsafah dalam kerja mereka. Biasanya perbalahan mereka dengan pihak berkuasa adalah lebih dalam persoalan perlaksanaan, bukan kepercayaan.
Dalam menjalankan usaha kebajikan mereka, termasuk khidmat undang-undang, mereka terpaksa berhujjah untuk memenangkan anak guam mereka. Hujjah mereka sering berlandaskan ayat Al-Quran dan Hadith Rasulullah (SAW) tetapi dengan tafsiran yang diambil dari sumber-sumber yang tidak semesti kesemuanya muktabar. Saya sendiri sering berhujjah dengan mereka atas tafsiran mereka yang dilihat berbeza dari kebiasaan. Sebahagian hujjah saya mereka terima dan ada juga yang mereka tolak. Dalam soal ini sudah ada perubahan dalam sikap mereka berbanding dengan awal tahun 2000.
Hakikat bahawa mereka tetap bersandarkan hujjah mereka kepada ayat Al-Quran dan Hadith bererti mereka tidak mudah disabitkan dengan tuduhan Liberalisme mahu pun Pluralisme. Hanya mereka tersilap oleh kerana tidak merujuk kepada rujukan yang lebih muktabar. Mungkin mereka terpengaruh dengan tulisan ‘Islam Liberal’ atau sebagainya. Sekiranya begitu maka cabarannya adalah untuk memperbetulkan kefahaman mereka sambil membantu mereka dalam usaha membantu wanita Islam yang teraniaya.
KESIMPULAN
Oleh itu saya cadangkan supaya fatwa terhadap SIS dikaji kembali dengan lebih teliti mengikut lunas keadilan. Panggil mereka, bincang dan berikan penerangan serta teguran di mana silap mereka. Kalau sekiranya hasil dari pertemuan dan perbincangan itu memang sah mereka berpegang kepada fahaman yang terkeluar dari Islam maka hukum mereka berdasarkan bukti dan hujjah dan nyatakan kepada umum bukti dan hujjahnya. Ini adalah seperti yang telah dilakukan dalam fatwa berhubung Al-Arqam.
Saya tidak bertujuan mencabar mana-mana pihak atau menyanggah fatwa tersebut. Apa yang saya nyatakan adalah sekadar cadangan untuk pembaikan dan bukan untuk menghasilkan kerosakan.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
* Kahlid Samad merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Ahli Parlimen Shah Alam.
* Ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Astro AWANI.
Astro Awani
Sat Nov 08 2014
Saya dan Sisters In Islam - Khalid Samad
Kuala Lumpur di tangga kelapan terbaik untuk ekspatriat mendiami
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Expat City Ranking, Kuala Lumpur menduduki di tangga kelapan negara yang terbaik untuk ekspatriat mendiami.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Social Housing in Cambodia Addresses Climate Change
We spoke with His Excellency Mao Vibol, Under Secretary of State for Cambodia’s Ministry of Land Management, Urban Planning, and Construction, about the country’s efforts to integrate climate resilience into social housing. He shared insights on sustainable urban planning and the role of affordable housing in addressing the challenges of climate change.
36,479 penjawat awam tandatangani perjanjian jual beli PPAM
Jelas Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah, daripada jumlah tersebut 87 peratus atau 31,942 penjawat awam berpendaptan bawah RM5,000 sebulan.
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Bukan untuk djual, KL Rovers hanya sedia runding jual pegangan saham
Kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad, mengenai penjualan kelab Kuala Lumpur (KL) Rovers, semata-mata demi menampung masalah kewangan adalah tidak tepat.
Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.
Isu pengampunan Najib: Amanah mohon maaf kepada UMNO
Amanah menzahirkan permohonan maaf susulan kenyataan Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad, mengenai isu pengampunan diraja terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Isu Kg Sungai Baru: Layan sebagai pemilik sah bukan setinggan
Khalid Abdul Samad dalam satu kenyataan berharap agar ada penyelesaian seadilnya untuk pemilik tanah dan pembangunan Kampung Sungai Baru.
PRU15: Khalid Samad nafi beralih ke Titiwangsa kerana sudah basi di Shah Alam
Beliau membawa tiket bekas Menteri Wilayah Persekutuan untuk merampas kerusi Titiwangsa daripada Rina Harun.
PRU15: 'Dia datang atau tak, saya tetap akan muncul' - Khalid Samad
Pentas debat Wilayah anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Rakan Siswa, Arus Anak Muda dan disokong oleh Undi 18 dijadualkan berlangsung pada jam 8.30 malam esok di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Bharu.
PRU15: 'Saya dihantar ke Titiwangsa bukan untuk disembelih'
Amanah berpandangan Khalid merupakan calon yang paling berpotensi untuk menang di Titiwangsa.
PRU15: Khalid 'berkorban' tinggalkan Shah Alam, bakal bertanding di Titiwangsa
Pencalonan itu satu pengorbanan luar biasa, kerana Khalid akan meninggalkan Shah Alam, yang disandangnya sejak tiga penggal lepas.
Habuan lumayan menanti KL City
Ia bagi menyuntik motivasi pemain The City Boys menjelang perlawanan akhir Piala AFC menentang kelab Oman, Al Seeb Sabtu ini.
Saman fitnah: Khalid Samad gagal dapat kebenaran merayu
Mahkamah mendapati permohonan Khalid tidak memenuhi syarat untuk diberikan kebenaran meneruskan rayuan.