KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed masih berada dalam keadaan kecewa ekoran kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Mohamed Nazri menegaskan apa yang dinyatakan oleh Nur Jazlan dalam satu kenyataan baru-baru ini membuktikan beliau sedar rakyat tidak menyukainya.
Malah Mohamed Nazri menjangkakan sekiranya Nur Jazlan terus bertanding di Parlimen Pulai, besar kemungkinan akan mengalami kekalahan lebih teruk berbanding sebelum ini.
"Saya puji dia sebab dia sedar diri, dia sedar rakyat terutama pengundi di Pulai tidak suka dia.
"Bila dia umum tidak mahu bertanding lagi maknanya dia tahu, dia akan kalah lebih teruk berbanding PRU14.
"Kalau PRU14 dia kalah dengan Salahuddin Ayub 28,000 majoriti, kali ini kalau dia bertanding lagi mungkin boleh kalah 50,000 undi.
"Baguslah kalau dia tidak mahu bertanding sebab saya rasa kalau dia masih nak jadi calon, silap-silap jentera UMNO dan Barisan Nasional Pulai pun akan sabotaj dia," katanya kepada Astro AWANI.
Mengulas pelawaan Nur Jazlan agar beliau bertanding di parlimen Pulai, Mohamed Nazri menegaskan beliau yakin boleh mencapai kemenangan di kerusi tersebut.
Katanya, keyakinan itu bersandarkan ada sikap beliau yang bercakap benar dan perkara itu diterima baik pengundi semua kaum.
"Saya bukan seorang yang menyombong tetapi selalu bercakap benar berdasarkan fakta.
"Jika bertanding di Parlimen Pulai, saya boleh menang di situ kerana rakyat suka saya bercakap benar dan tidak menyombong.
"Di Padang Rengas itu memang kerusi UMNO yang tidak pernah kalah sejak dulu lagi.
"Ada tsunami pun tetap UMNO menang dengan selesa dan saya sudah maklumkan saya akan serah kepada pengganti saya," katanya lagi.
Dua hari lalu, Nur Jazlan mengulangi pendirian untuk melepas dan tidak bertanding di kerusi Parlimen Pulai pada PRU15.
Malah beliau yang pernah menjadi Ahli Parlimen di kawasan tersebut selama tiga penggal turut mempelawa beberapa ahli politik dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di kerusi tersebut.
Antara yang disebut Nur Jazlan adalah Mohamed Nazri, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.
Mengulas dakwaan Nur Jazlan bahawa kekalahan beliau disebabkan tidak mendapat sokongan pengundi bukan Melayu, Mohamed Nazri menasihatkan agar tidak bersifat perkauman.
"Sudah lah, jangan lah nak salahkan kaum lain bila kalah.
"Bila kalah nak salahkan pengundi Cina dan India yang tidak memberi sokongan.
"Jangan main isu kaum kerana nak mempertahankan kelemahan kamu," tegas beliau.
Mohamed Nazri juga menasihatkan pemimpin UMNO lain agar tidak mempedulikan Nur Jazlan yang cuba mendapatkan simpati akibat kalah teruk sebelum ini.
"Dia umpama Luncai yang terjuan dengan labu-labunya. Jadi tidak perlu peduli, biarkan... biarkan.
"Saya tidak mahu jadi Luncai macam Nur Jazlan," katanya.
Irwan Muhammad Zain
Sun Jun 26 2022
Mohamed Nazri menegaskan apa yang dinyatakan oleh Nur Jazlan dalam satu kenyataan baru-baru ini membuktikan beliau sedar rakyat tidak menyukainya. - Ganbar fail
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
"Muhyiddin tak faham kebebasan bersuara Ahli Parlimen" - Nazri
Keputusan yang dibuat Johari itu bertepatan dengan semangat Akta Anti Lompat Parti yang diluluskan di Dewan Rakyat sebelum ini, kata Nazri.
Kedutaan Malaysia di AS rai kesatuan, kepelbagaian budaya menerusi sambutan Tahun Baharu Cina
Mohamed Nazri berkata, penganjuran sambutan Tahun Baharu Cina itu berjaya mencipta pengalaman yang dinamik dan ceria untuk rakyat Malaysia dan tetamu.
Rombakan Kabinet: Bukti kesungguhan kerajaan berdepan cabaran baharu dunia - Nazri
Keputusan mewujudkan Kementerian Digital dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam menandakan kerajaan sedar cabaran-cabaran baharu yang dihadapi negara.
WAF, jangan bercakap kalau tak tahu - Nazri
Tegas Mohamed Nazri, Wan Ahmad Fayhsal perlu memahami sama ada demarche (tata tindak) itu satu ugutan atau tidak bergantung kepada isinya.
Suara dan jiwa Kelantan di Washington D.C
Kedutaan Malaysia di Washington D.C menggenggam erat keindahan seni dan budaya dari Kelantan dan memperkenalkannya kepada khalayak.
Tidak mungkin Malaysia simpati kepada Israel, kata Nazri kepada AS
Mohamed Nazri menegaskan simpati Malaysia adalah hanya untuk Palestin.
Anwar harumkan kembali nama Malaysia di mata dunia - Nazri
Ucapan Anwar yang mengutuk sikap hipokrit PBB terhadap Palestin juga mendapat pujian banyak pihak.
"An Evening with Friends of Malaysia" usaha tingkat hubungan dua hala dengan AS
Ia merupakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengukuhkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
PRN: Jangan terpengaruh hasutan pengkhianat parti - Nazri Aziz
Pemimpin yang sudah meninggalkan parti tidak lagi relevan untuk bercakap soal survival UMNO, tegas Nazri.
"Anwar jadi PM atas takdir Allah bukan iblis tolong" - Nazri Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan, Anwar dipilih sebagai perdana menteri kerana sudah ditakdirkan oleh Allah bukan pertolongan iblis.