Sasaran Pas bertanding di lebih 130 kerusi Parlimen, seterusnya memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi adalah realistik, bukan ramalan nujum pak belalang!
Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata, apa yang disasarkan itu berdasarkan kepada kekuatan yang ada pada parti itu.
“Pas bergerak atas kekuatan akidah perjuangan dan pengalaman. Hasrat Pas bertanding 130 kerusi menunjukkan kesungguhan parti mahu membentuk kerajaan dengan majoriti mudah atau menjadi kuasa penentu dalam pembentukan kerajaan,” katanya.
Menurutnya, dengan kekuatan 196 kawasan parlimen Pas daripada jumlah keseluruhan 222 parlimen seluruh Malaysia, selain keahlian mencecah sejuta orang, adalah logik Pas mengemukakan hasrat bertanding di 130 kerusi parlimen.
“Baki hanya 26 kawasan sahaja lagi belum ditubuhkan organisasi Pas. Pas kawasan Ranau ditubuhkan Oktober lalu merupakan kawasan ke 196,” katanya.
BACA: #MalaysiaMemilih: Pas sasar memerintah sendiri atau bentuk kerajaan campuran - Hadi Awang
BACA: #MalaysiaMemilih: Hasrat Pas bentuk sendiri kerajaan persekutuan 'angan-angan Mat Jenin' - Tun M
Ahmad Fakhruddin berkata, tambahan pula Pas bukannya bersendirian apabila wujudnya blok Gagasan Sejahtera, serta rakan bersekutu iaitu Parti Ikatan, Berjasa dan Parti Cinta Malaysia yang menerima corak politik Islam dipelopori Pas.
“Sasaran Pas menang sekurangnya 40 kerusi adalah realistik. Jika menang lebih, lagi baik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas ramalan Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi yang mendakwa Pas hanya mampu menang lima kerusi Parlimen pada PRU14 berdasarkan kepada senario politik semasa.
Timbalan Pengerusi Amanah Kedah itu juga berpendapat rekod pencapaian Pas agak teruk ketika bersendirian, namun prestasi parti itu meningkat ketika bersama BN atau Pakatan Rakyat sebelum ini.
Ahmad Fakhruddin berkata, Pas meletakkan hala tuju politik yang jelas antaranya konsep berpolitik ‘Budaya Politik Matang Sejahtera’, Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051 (WINS 51) yang ketengahkan konsep negara berteraskan prinsip keadilan dan kesejahteraan, serta penyelesaian masalah berlandaskan syariah menerusi ‘Dokumen Hijau’.
“Saya andaikan parti komponen Pakatan Harapan sangat resah dengan ketegasan Pas mempertahankan pendekatan kami berdepan BN pada PRU14, sehingga menghalakan serangan bertali arus kepada Pas, namun hala tuju politik mereka tidak diperjelas sehingga rakyat tertanya-tanya,” katanya.
BACA: Hadi Awang pengkhianat, kata Tun Mahathir
BACA: Saya maafkan Dr Mahathir - Hadi
BACA: Pas bertanding di lebih 100 kerusi pada PRU akan datang - Takiyuddin
Menurutnya, parti itu juga lebih fokus membawa isu rakyat, antaranya isu ancaman politik wang melalui cadangan pengenalan akta dana pilihan raya bersama Gagasan Sejahtera di peringkat Persekutuan.
“Manakala di peringkat negeri, kami bawa masalah rakyat seperti kawalan harga barangan harian, isu bekalan air yang tidak berkesudahan serta isu pembalakan dilakukan kerajaan negeri Kedah,” katanya.
Ahmad Fakhruddin berkata, kreativiti Pas mencipta daya tarikan rakyat berbilang kaum terhadap parti itu menerusi aktiviti kemasyarakatan dan majlis dialog, ziarah mahabbah dan sebagainya menampakkan hasil.
“Tidak mustahil rakyat Kedah beri mandat kepada Pas dan Gagasan Sejahtera berdasarkan ‘produk’ yang kami ketengahkan,” katanya.
Menurutnya, Pas juga tidak ketandusan calon selepas beberapa wakil rakyatnya ‘lompat parti’.
“Ramai individu berkaliber dan komited dengan perjuangan politik, bijak mencerap situasi politik sedia ada. Pas Kedah pertaruhkan calon pelbagai latar belakang pendidikan, ketokohan dan mesra rakyat,” katanya.
Ahmad Fakhruddin berkata, calon juga diyakini berkeupayaan mengurus tadbir negeri dengan baik sekiranya diberi mandat.
“Pas sedikit pun tak terkesan dengan tindakan mereka lompat parti, sebaliknya serlahkan sikap dan prinsip perjuangan mereka,” katanya.
Sinar Harian
Fri Jan 26 2018
![Sasaran Pas realistik, bukan nujum pak belalang! Sasaran Pas realistik, bukan nujum pak belalang!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/61500117446_AhmadFakhruddinSye.jpg)
AHMAD FAKHRUDDIN: 'Sasaran Pas menang sekurangnya 40 kerusi adalah realistik. Jika menang lebih, lagi baik.' - Gambar fail
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati ke atas bapa
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
Keluarga mohon henti keluar kenyataan guris hati
Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang Isnin memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
Enam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Disyaki terima rasuah melebihi RM300,000, ketua pegawai operasi ditahan
Seorang Ketua Pegawai Operasi syarikat konsesi lebuh raya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000.
Mahkamah tolak rayuan Jason Lo
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telekomunikasi tempatan, Jason Jonathan Lo hari ini gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berhubung dua artikel yang diterbitkan pada 2019 dan 2020.
![Semua parti ada hak kemukakan calon Speaker - Pas Semua parti ada hak kemukakan calon Speaker - Pas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/51529801527_PASTakiyuddin.jpg)
Semua parti ada hak kemukakan calon Speaker - Pas
Takiyuddin berkata, Pas Kedah berhak mengemukakan calon Speaker dan Timbalan Speaker, begitu juga dengan BN turut mempunyai hak berbuat berdasarkan jumlah kerusi dimenanginya pada PRU lalu.
![Pas Kedah sedia bentuk kerajaan campuran Pas Kedah sedia bentuk kerajaan campuran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/61500117446_AhmadFakhruddinSye.jpg)
Pas Kedah sedia bentuk kerajaan campuran
Bagaimanapun, semua itu bergantung kepada arahan daripada kepimpinan Pas Pusat, kata Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi.
![Sasaran Pas realistik, bukan nujum pak belalang! Sasaran Pas realistik, bukan nujum pak belalang!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/61500117446_AhmadFakhruddinSye.jpg)
Sasaran Pas realistik, bukan nujum pak belalang!
Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata, apa yang disasarkan itu berdasarkan kepada kekuatan yang ada pada parti itu.