KUCHING: Pelaksanaan cukai jualan oleh kerajaan negeri Sarawak adalah satu daripada kaedah penstrukturan semula hasil yang membolehkan negeri ini menjana pendapatan tambahan untuk membantu rakyat khususnya yang terkesan oleh pandemik COVID-19.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata sejak cukai jualan dikenakan terhadap produk petroleum pada 2019, negeri telah memperoleh hasil tambahan kira-kira RM6.8 bilion yang seterusnya disalurkan kembali untuk manfaat rakyat.
"(Bantuan) ini akan diberikan kepada rakyat bukan sahaja kepada kumpulan 50 peratus terbawah (B50) malah, turut disalurkan kepada kumpulan M40 yang terjejas akibat pandemik COVID-19," katanya dalam temu bual khas bersama Bernama baru-baru ini.
Awang Tengah berkata beberapa projek strategik khususnya untuk membantu komuniti perniagaan turut dilaksanakan memandangkan mereka terjejas ekoran pandemik ini sehingga ada antara mereka terpaksa 'gulung tikar' dan pekerja mereka hilang mata pencarian.
"Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan negeri turut membantu mereka menjalankan perniagaan dalam talian," katanya.
Awang Tengah, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Industri dan Pembangunan Usahawan Sarawak berkata hasil cukai itu turut digunakan untuk meneruskan semua program pembangunan dan projek utama yang telah dan akan dirancang.
"Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam tempoh getir dan mencabar ini, memberi penekanan mengenai kepentingan untuk membantu rakyat yang terjejas," katanya.
Perhatian dan penekanan juga diberikan kepada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang sememangnya terkesan untuk menambah pendapatan mereka semasa pandemik.
Katanya antara usaha itu ialah memperkenalkan bazar Ramadan dalam talian iaitu Bazar Ramadan Online Sarawakku Sayang (BROSS) di Facebook untuk menjana pendapatan peniaga semasa bulan puasa berikutan bazar tidak dibuka susulan PKP.
Justeru itu, tiada berita yang lebih menggembirakan penduduk Sarawak apabila bantuan demi bantuan dihulurkan oleh kerajaan negeri termasuk pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) yang pertama sehingga pakej ketujuh.
Pakej yang melibatkan peruntukan kerajaan negeri Sarawak berjumlah lebih RM5.3 bilion itu bertujuan membantu rakyat menghadapi tempoh kritikal akibat pandemik yang melanda negara sejak awal 2020.
"Insya-Allah, menerusi Bajet 2022, Ketua Menteri Sarawak telah menyatakan bahawa pelancaran BKSS 8.0 ini antara tujuannya untuk membantu memulihkan sektor PKS dan perniagaan, selain bantuan tunai secara bayaran sekali bayar untuk golongan bujang, anak yang baru lahir atau ibu yang melahirkan anak," katanya.
Dalam pada itu, Awang Tengah berkata kerajaan negeri turut menyalurkan bantuan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak untuk tujuan pengurusan pandemik COVID-19 berjumlah RM97 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 24 2021

AWANG TENGAH: (Bantuan) ini akan diberikan kepada rakyat bukan sahaja kepada kumpulan 50 peratus terbawah (B50) malah, turut disalurkan kepada kumpulan M40 yang terjejas akibat pandemik COVID-19. -Gambar fail/Astro AWANI
Kerjasama Indonesia-WWF jamin kelestarian industri marin
Pendekatan ini berupaya mengekalkan kelestarian industri perikanan di masa depan dengan memastikan pasaran mematuhi piawaian penangkapan hidupan laut.
BNPB tingkatkan pembenihan awan di kawasan terjejas banjir
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia meningkatkan usaha pembenihan awan bagi menangani bencana berkaitan hujan di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh.
Automotif Thailand terhimpit akibat polisi Trump
Industri automotif Thailand berdepan rintangan jika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meneruskan rancangan untuk mengenakan tarif ke atas import kereta.
![[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan [KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735690196_TBmediasosial.jpg)
[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan
Ketagihan media sosial berkait dengan mekanisme ganjaran dopamine, menyebabkan pengguna menghabiskan masa berjam-jam dalam dunia maya.
KKM sambut baik larangan jual gula-gula bentuk vape di sekolah
Menteri Kesihatan menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi larangan penjualan rokok gula-gula berbentuk peranti vape dan rokok di dalam kawasan sekolah.
[TERKINI] KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
KPDN akan menggunakan kepakaran teknologi Pencapjarian DNA beras oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk analisis sampel beras beras putih import (BPI) dengan beras putih tempatan (BPT).
Insiden di Golok bimbangkan rakyat Malaysia
Orang ramai masih takut memasuki Thailad menjejaskan peniaga Malaysia.
AWANI Ringkas: Kutipan cukai meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis siasat video tular individu pandu kereta secara berbahaya di Genting Highlands
Polis akan menjalankan operasi bersepadu di lokasi tersebut pada hujung minggu dan cuti umum.

Wear OS 5.1 dilancarkan untuk Pixel Watch
Wear OS 5.1 Dilancarkan Untuk Pixel Watch

PRK Jepak: GPS yakin tapi tidak ambil mudah cabaran - Awang Tengah
Gabungan Parti Sarawak (GPS) yakin mampu meraih kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, namun tidak mengambil mudah cabaran parti lawan.

Sarawak rekod 264 kes pembalakan haram - Awang Tengah
Sebanyak 264 kes pembalakan haram telah direkodkan di Sarawak bagi tempoh di antara 2020 dan 2022, kata Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua negeri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Sarawak sasar pertumbuhan ekonomi enam peratus bagi tahun 2022 - Awang Tengah
Sarawak menyasarkan pertumbuhan ekonomi sekitar lima ke enam peratus bagi tahun ini selepas mencatatkan pertumbuhan sekitar tiga ke empat peratus pada 2021 di sebalik kelembapan ekonomi global.

Sarawak guna cukai jualan produk petroleum bantu rakyat - Awang Tengah
Pelaksanaan cukai jualan oleh kerajaan negeri Sarawak adalah satu daripada kaedah penstrukturan semula hasil yang membolehkan negeri ini menjana pendapatan tambahan untuk membantu rakyat khususnya yan

Hanya GPS mampu perjuang hak Sarawak - Awang Tengah
Awang Tengah menyifatkan hanya GPS yang mempu memperjuangkan hak negeri Sarawak yang terhakis.

Konvensyen Khas PBB: Suntikan semangat menjelang Sarawak Memilih
Konvensyen Khas PBB dikaitkan tidak dapat lari daripada spekulasi ia diadakan sebagai persiapan menuju PRN-12.

Konvensyen Khas PBB petanda Sarawak Memilih makin hampir?
Konvensyen khas PBB dilihat sebagai petanda Pilihan Raya Negeri ke-12 akan diadakan pada bila-bila masa.

KPDNHEP Sarawak diminta pastikan bekalan makanan mencukupi
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata stok barangan penting seperti beras, gula, minyak masak dan tepung perlu cukup bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan.

Kilang dibenar operasi wajib serah nama pekerja - Awang Tengah
Semua kilang yang dibenar beroperasi di Sarawak ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksana perlu serah butiran pekerja kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Sarawak 2016: Barisan Nasional menang dua kerusi tanpa bertanding
Awang Tengah merupakan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan ini merupakan kali kedua beliau menang tanpa bertanding selepas PRN 1996.