JITRA: Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sepatutnya berasa malu dengan kegiatan kecurian unsur nadir bumi (REE) yang didakwa berlaku di Kedah.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, disebabkan itu Sanusi seharusnya memberikan penjelasan tentang dakwaan tersebut.
"Dia kata Perdana Menteri ini, Perdana Menteri jamban sebab dia pergi periksa jamban. Saya tidak rasa hina. (Itu) sekolah anak kita, sekolah cucu kita.
“Apa salah, apa malu. Hangpa patut malu, ada kuasa duduk curi balak, nadir bumi kemudian duduk maki orang. Hang jawab masa ini juga," katanya ketika berucap pada Taarif Perpaduan di pekarangan Bilik Gerakan Utama Harapan-BN di Jitra di sini semalam.
Hadir sama, calon Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra Datin Sabrina Ahmad dari Pakatan Harapan (PH) dan calon DUN Bukit Kayu Hitam Zainol Abidin Mohamad dari Barisan Nasional (BN).
Dalam perkembangan lain, beliau menyeru pemimpin negeri untuk memberi contoh terbaik kepada golongan muda melalui dakwah secara hikmah dan ke arah kebaikan.
Anwar berkata, pemimpin negeri tidak seharusnya mengeluarkan perkataan mencerca orang lain.
"Ini saya nak sebut, saya pergi Jeneri (hari ini) dan orang Jeneri itu pun (Muhammad Sanusi Md Nor) hari-hari maki saya 'bodo', 'tak dak moral', 'penipu', 'kepala bapak' memang jadi satu amalan dah," katanya.
Selain itu, beliau memaklumkan, pemimpin negeri perlu memberi penerangan tentang usaha telah dan ingin dilakukan untuk membantu rakyat di Kedah.
Tambah Anwar, pemimpin negeri juga perlu mampu bekerja dan mempunyai hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan untuk kebaikan negeri terlibat. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Aug 05 2023
Anwar berucap ketika menghadiri Jelajah Perpaduan Madani Alor Setar sempena kempen Pilihan Raya DUN Kedah di Alor Mengkudu, Alor Setar, malam tadi. --fotoBERNAMA
Kerajaan Jepun lulus draf Belanjawan 2025 dengan peruntukan pertahanan tertinggi
Kerajaan Jepun pada Jumaat meluluskan draf belanjawan untuk tahun kewangan 2025, dengan peruntukan tertinggi sebanyak 8.7 trilion yen (US$55.4 bilion) bagi perbelanjaan pertahanan.
100 penggiat industri disasar terima sumbangan Ziarah MADANI@Finas
Sehingga kini, 48 penggiat industri menerima bantuan Ziarah Seni MADANI@Finas yang bertujuan meringankan beban warga seni yang memerlukan.
Polis tahan lelaki rosak cermin kereta guna rantai besi
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai melakukan khianat dengan mengayun rantai besi ke cermin hadapan sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Penang pada Rabu.
[TERKINI] Kenaikan tarif elektrik tidak bebankan rakyat
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan, kenaikan tarif elektrik tahun depan tidak akan membebankan rakyat majoriti, sebaliknya ia hanya melibatkan golongan atasan.
Sebatan di khalayak: Hukuman 6 sebatan selesai dalam tempoh 2 minit
Pesalah khalwat berulang selasai menjalani hukuman enam sebatan di khalayak ramai yang dilaksanakan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, pada Jumaat.
[TERKINI] PM Anwar bertemu Thaksin, bincang pelbagai isu kritikal serantau
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dan membincangkan pelbagai isu kritikal serantau.
Kerja pembersihan tumpahan minyak sawit di Lebuhraya Karak selesai - LUAS
Kerja pembersihan tumpahan minyak susulan insiden kemalangan lori di Lebuhraya Karak arah Kuala Lumpur selesai dilaksanakan malam tadi.
Saham TNB: Melonjak pada sesi awal susulan cadangan tarif baharu
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).
Perdana Menteri Singapura Wong bentang Belanjawan 2025 pada 18 Feb
Belanjawan itu akan disiarkan secara langsung di televisyen dan radio.
JPJ sita lori tercabut tayar, dipercayai punca kemalangan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyita lori yang mengalami tayar tercabut dan dipercayai mengakibatkan kemalangan lima kenderaan di Kilometer 204.0 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
Sanusi perlu malu kes kecurian REE di Kedah - Anwar
Disebabkan itu, kata Perdana Menteri, Sanusi seharusnya memberikan penjelasan tentang dakwaan tersebut.