KUALA LUMPUR: Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir membidas kenyataan Nik Nazmi Nik Ahmad yang mendakwa bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad boleh turut dipersalahkan atas pengkhianatan kerajaan Pakatan Harapan.
Mukhriz berkata, perjuangan politik bapanya itu adalah atas dasar pembangunan negara dan memerangi ketidakadilan.
“Saya menyanggah sekeras-kerasnya kenyataan beliau yang menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan penyertaan ahli-ahli Parlimen dari UMNO ke dalam Bersatu dan akibatnya, kerajaan Pakatan Harapan yang sah dan mendapat mandat rakyat telah dikhianati.
"Hakikat yang tidak boleh disangkal ialah di sebalik pelbagai rintangan, Pakatan Harapan yang diterajui Tun Mahathir menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Kepimpinan beliaulah yang menyatukan semua pengundi yang sudah jelak dengan kleptokrasi Najib Razak. Yang lebih ketara bila ramai pengundi Melayu yang lazimnya mengundi UMNO kali ini memilih pimpinan Tun Mahathir.
"Saya mengutuk segala anggapan atau tuduhan bahawa Mahathir pada bila-bila masa, melakukan kesalahan atau bertindak tidak beretika, termasuk ketika Ahli Parlimen Umno bergabung dengan PPBM dan Pakatan Harapan," katanya dalam catatan Facebook peribadinya hari ini.
Mukhriz juga mempersoalkan bagaimana Ahli Parlimen Setiawangsa itu bangga dalam mempromosikan kejayaan PH dan hanya meletakkan kegagalan kepada perdana menteri ketika itu.
“Tetapi pada masa yang sama, anda mengatakan PH mencapai banyak kejayaan pada waktu yang singkat, dalam tempoh 22 bulan, dengan berpandukan kepada aspirasi dan hala tuju yang terkandung dalam Buku Harapan. Yang mana satu (yang betul)?
“Adakah anda bermaksud bahawa walaupun kepimpinan Tun Mahathir dikatakan pincang, kerajaan sebelum ini berjaya melaksanakan tanggungjawabnya, dan kegagalan semuanya disebabkan oleh Mahathir seorang?” katanya.
Mukhriz yang merupakan Ahli Parlimen Jerlun merujuk kepada laporan The Malaysian Insight Sabtu lalu yang menyebut Nik Nazmi mendakwa PN dan PPBM belajar bagaimana untuk 'memikat' ahli politik selepas melihat bagaimana Tun Mahathir melakukan perkara yang sama ketika beliau memimpin PH.
Beliau merujuk kepada bagaimana beberapa Ahli Parlimen keluar dari Umno selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada Mei 2018, sebelum akhirnya bergabung dengan PPBM.
Madiha Abdullah
Wed Mar 24 2021

Mukhriz berkata, perjuangan politik bapanya itu adalah atas dasar pembangunan negara dan memerangi ketidakadilan. - fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Mukhriz dapat kebenaran cabar taksiran cukai tambahan LHDN lebih RM5 juta
Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Mukhriz untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi membatalkan tindakan LHDN mengeluarkan Notis Taksiran Tambahan kepadanya.

PRK DUN Mahkota: Pejuang tak letak calon - Mukhriz Mahathir
Parti Pejuang tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (Mahkota, kata Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

PRK Kemaman: Pejuang sahkan tidak bertanding - Mukhriz
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini mengesahkan tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu pada 2 Dis ini.

Pejuang tidak bertanding dalam PRN di enam negeri - Mukhriz
Mukhriz berkata parti itu sebaliknya akan menggunakan kesempatan yang ada untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

PRN: Pejuang masih harap dapat kerjasama dengan PN - Mukhriz
Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata parti itu tidak mahu dilihat sebagai pengacau yang memecah-belahkan undi Melayu dalam PRN.

PRN: Calon MB Kedah hanya boleh dicadangkan Setiausaha Agung Pas, PN- Sanusi
Sanusi berkata bahawa keputusan untuk menentukan calon bagi jawatan Menteri Besartidak boleh dilakukan oleh pemimpin-pemimpin parti berkenaan di peringkat negeri termasuk dirinya.

"Dalam keadaan semua calon hilang deposit, pemimpin mereka masih bodoh sombong"- Zahid
Ahmad Zahid menyatakan bahawa kepimpinan sebuah parti politik di negara ini masih tidak serik dan bersikap bodoh sombong meskipun kesemua calon parti berkenaan telah hilang deposit dalam PRU15.

PRN: "Di mana ada UMNO, di situ tiada Pejuang"- Mukhriz
UMNO yang terpalit dengan amalan kleptokrasi tidak selari dengan prinsip perjuangan parti Pejuang, kata Mukhriz.

'Mukhriz minta kerusi' - Sanusi sahkan Presiden Pejuang jumpa kepimpinan tertinggi Pas
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan pertemuan antara kepimpinan tertinggi Pas dengan Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir baru-baru ini.

'Tak patut salahkan saya letak jawatan PM' - Tun M
Tun Dr Mahathir menjelaskan beliau tidak sepatutnya dipersalahkan susulan tindakannya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2020 sehingga membawa kepada kemelut politik negara.