Lembaga Disiplin UMNO menolak dakwaan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa Datuk Saifuddin Abdullah melakukan kesalahan serius apabila muncul di majlis pelancaran gabungan baharu parti pembangkang, Pakatan Harapan, minggu lalu.
Walaupun sebelum ini Tengku Adnan berpendapat tindakan Saifuddin mencemarkan imej parti, Pengerusi Lembaga Disiplin Parti, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas berpandangan Saifuddin tidak melakukan sebarang kesalahan dengan menghadiri program itu, sambil menambah, malah ia mungkin boleh memberi manfaat kepada UMNO.
"Kalau setakat nak hadir dalam acara pembangkang saya rasa tidak ada masalah. Biasalah itu. Tapi kalau dia hadir, kemudian aktif kutuk UMNO, itu lain cerita.
"Kalau hanya hadir, tidak ada apalah. Kita pun nak dengar juga apa fakta, peranan dan hujah pembangkang di sana," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu akan dipecat daripada UMNO kerana mengambil bahagian dalam perbincangan meja bulat dengan PKR, DAP, Parti Amanah Negara dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain, Selasa lalu.
Saifuddin ketika itu berkata beliau mengambil bahagian dalam rundingan itu atas kapasitinya sebagai pengerusi Akademi Belia.
Kehadirannya itu mendorong Tengku Adnan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Saifuddin pada 22 September, menuntut beliau menjelaskan tindakannya dalam tempoh 14 hari.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin juga sebelum ini berkata Saifuddin berkemungkinan telah melanggar Perlembagaan UMNO kerana menghadiri acara tersebut.
Beliau turut melihat wujud kewajaran kepada kepimpinan parti untuk mengarahkan Saifuddin mengemukakan surat tunjuk sebab atas kehadiran beliau pada Persidangan Meja Bulat Parti Pembangkang.
Pada Isnin, Saifuddin memberitahu pemberita, beliau masih belum menerima surat tunjuk sebab yang dikatakan itu daripada UMNO.
Astro Awani
Wed Sep 30 2015
!['Saifuddin tidak lakukan sebarang kesalahan' - Megat Najmuddin 'Saifuddin tidak lakukan sebarang kesalahan' - Megat Najmuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51442235022_SaifuddinAbdullah.jpg)
Saifuddin dikatakan telah melanggar Perlembagaan UMNO kerana menghadiri Persidangan Meja Bulat Parti Pembangkang.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![PAU2023: Lembaga Disiplin UMNO teliti rayuan ahli dikenakan tindakan disiplin PAU2023: Lembaga Disiplin UMNO teliti rayuan ahli dikenakan tindakan disiplin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686409353_TBZahidHamidi.jpg)
PAU2023: Lembaga Disiplin UMNO teliti rayuan ahli dikenakan tindakan disiplin
Lembaga Disiplin UMNO akan meneliti kesemua rayuan yang dikemukakan oleh ahli-ahli parti itu yang dikenakan tindakan disiplin.
![Khir Toyo terima amaran Lembaga Disiplin UMNO Khir Toyo terima amaran Lembaga Disiplin UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653915389_BekasMenteriBesar.jpg)
Khir Toyo terima amaran Lembaga Disiplin UMNO
Mohd Hafarizam berkata, Mohamad Khir didapati melemparkan tohmahan terhadap Jamal menerusi kenyataannya antara 1, 5 dan 8 Mac.
![Shahelmy serah kepada Lembaga Disiplin UMNO untuk buat keputusan Shahelmy serah kepada Lembaga Disiplin UMNO untuk buat keputusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673437918_CalonBarisanNasion.jpg)
Shahelmy serah kepada Lembaga Disiplin UMNO untuk buat keputusan
Shahelmey berkata, beliau sedia berdepan sebarang tindakan dan tidak mahu mendahului Lembaga Disiplin UMNO dengan melakukan perlakuan atau kenyataan yang kurang wajar.
![Pembersihan UMNO: Jangan salahkan Presiden, itu keputusan Lembaga Disiplin - Saarani Pembersihan UMNO: Jangan salahkan Presiden, itu keputusan Lembaga Disiplin - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674946810_PengerusiUMNOPerak.jpg)
Pembersihan UMNO: Jangan salahkan Presiden, itu keputusan Lembaga Disiplin - Saarani
Saarani berkata sebagai ahli perlu akur kepada perlembagaan dan peraturan parti bahawa mana-mana ahli yang membuat silap dan melanggar disiplin akan dikenakan tindakan.
![Pembersihan UMNO: Pecat, gantung pemimpin atas syor Lembaga Disiplin - Isham Pembersihan UMNO: Pecat, gantung pemimpin atas syor Lembaga Disiplin - Isham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674942959_IshamJalil.jpg)
Pembersihan UMNO: Pecat, gantung pemimpin atas syor Lembaga Disiplin - Isham
Isham menjelaskan, beliau tidak dapat mengulas lanjut tentang perincian pelanggaran disiplin yang dibuat pemimpin berkenaan kerana beliau bukan berada dalam Lembaga Disiplin.
![Suara anak muda dalam UMNO disekat? - Syed Mohd Suara anak muda dalam UMNO disekat? - Syed Mohd](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674388629_SyedMohdSyedNasir.jpg)
Suara anak muda dalam UMNO disekat? - Syed Mohd
Syed Mohd mendakwa dia diminta berhati-hati kerana ada pihak sedang giat melaporkan semua kritikannya kepada Lembaga Disiplin UMNO.
![Lembaga Disiplin UMNO perlu ambil tindakan terhadap Ku Li - Nazri Lembaga Disiplin UMNO perlu ambil tindakan terhadap Ku Li - Nazri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71651727407_nazriaziz.jpg)
Lembaga Disiplin UMNO perlu ambil tindakan terhadap Ku Li - Nazri
Mohamed Nazri menegaskan, Lembaga Disiplin UMNO perlu tegas dan mengambil tindakan terhadap apa yang dilakukan Tengku Razaleigh.
![Selesai bertemu Lembaga Disiplin UMNO, MKT akan tentukan nasib Tun Faisal Selesai bertemu Lembaga Disiplin UMNO, MKT akan tentukan nasib Tun Faisal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41641969649_TBF.jpg)
Selesai bertemu Lembaga Disiplin UMNO, MKT akan tentukan nasib Tun Faisal
Tiada keputusan baharu dibuat berhubung penggantungan itu dan pertemuan selama satu jam itu hanya melibatkan perbincangan dan hujah beliau untuk kes tersebut.
![Shahidan hadap Lembaga Disiplin UMNO selama satu jam Shahidan hadap Lembaga Disiplin UMNO selama satu jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51640294825_Shahidan.jpg)
Shahidan hadap Lembaga Disiplin UMNO selama satu jam
Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO bahagian Arau Syed Atif Syed Abu Bakar menggesa supaya Shahidan dirujuk kepada Lembaga Disiplin UMNO.
![Lembaga Disiplin UMNO kena siasat audio mirip Zahid-Anwar Lembaga Disiplin UMNO kena siasat audio mirip Zahid-Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81617157930_PAUWTCUMNO.jpg)
Lembaga Disiplin UMNO kena siasat audio mirip Zahid-Anwar
Zakaria mengakui sudah mendengar rakaman audio berkenaan dan tidak pasti sama ada ia tulen atau diada-adakan bagi tujuan tidak baik.