Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan PKR Sarawak bahawa beliau telah mengabaikan tugas sebagai Setiausaha Agung PKR susulan kegagalan parti meneliti bantahan terhadap senarai keanggotaan dalam Cabang Julau.
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata semua bantahan terhadap senarai keanggotaan baharu diteliti oleh sebuah jawatankuasa diketuai Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar.
"Sehingga tarikh tutup memuktamadkan keanggotaan baharu dan setelah mengambil kira bantahan, itulah senarai nama yang dikeluarkan.
"Soal PKR Sarawak kata telah menulis kepada saya, betul, semua (surat) sampai ke ibu pejabat, tetapi proses itu bukan di bawah Setiausaha Agung," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) kepenggunaan, di sini hari ini.
Saifuddin Nasution bagaimanapun berkata beliau tidak berkecil hati tehadap dakwaan PKR Sarawak itu memandangkan mereka mungkin tidak mendapat maklumat berkenaan proses tersebut.
PKR Sarawak dilaporkan kecewa dengan Saifuddin Nasution kerana didakwa gagal meneliti bantahan yang dikemukakan terhadap senarai keanggotaan parti bagi Cabang Julau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 24 2018
![Saifuddin Nasution nafi dakwaan abai tugas Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution nafi dakwaan abai tugas Setiausaha Agung PKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/81540383319_TBSAIFUDDINNASUTIO.jpg)
Saifuddin Nasution bagaimanapun berkata beliau tidak berkecil hati tehadap dakwaan PKR Sarawak itu memandangkan mereka mungkin tidak mendapat maklumat berkenaan proses tersebut. - Gambar fail/Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Biro Politik PKR terima keputusan JPP bagi tiga cabang bermasalah Biro Politik PKR terima keputusan JPP bagi tiga cabang bermasalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/71536232878_PKR.jpg)
Biro Politik PKR terima keputusan JPP bagi tiga cabang bermasalah
Biro Politik PKR menerima keputusan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) bagi cabang Julau di Sarawak, dan cabang Pensiangan serta Tawau di Sabah, kata Pengarah Komunikasinya Fahmi Fadzil.
![Pemilihan PKR: Lelaki dakwa diugut buat laporan polis Pemilihan PKR: Lelaki dakwa diugut buat laporan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/51538326316_PKR.jpg)
Pemilihan PKR: Lelaki dakwa diugut buat laporan polis
Lelaki berusia 61 tahun yang juga merupakan calon bertanding dalam pemilihan parti di cabang tersebut membuat laporan di Balai Polis Sarikei pada 11.22 pagi.
![Zuraida mahu JPP dedah Log File tablet e-undi Julau Zuraida mahu JPP dedah Log File tablet e-undi Julau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/41538285392_ZuraidaKamaruddin.jpg)
Zuraida mahu JPP dedah Log File tablet e-undi Julau
Ini katanya bagi menutup ruang spekulasi dan tuduhan berkaitan kemungkinan berlakunya serangan siber dan sistem pemilihan telah yang diceroboh.
![Kongres Nasional PKR di IDCC 16-18 November Kongres Nasional PKR di IDCC 16-18 November](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/41523173336_LogoPKR.jpg)
Kongres Nasional PKR di IDCC 16-18 November
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata 17 dan 18 Nov dijadual untuk kongres peringkat pusat manakala 16 Nov akan diadakan kongres bagi Sayap Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK).