KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar optimis Jawatankuasa Pilihan Khas berhubung pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti dapat menyediakan penyata mengandungi cadangan rang undang-undang itu dalam tempoh sebulan.
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas itu berkata ini kerana ia dianggotai pakar undang-undang yang berpengalaman namun beliau enggan mendedahkan sebarang perbincangan jawatankuasa berkenaan.
"Ini kerana tidak dibolehkan oleh Peraturan Dewan Rakyat itu sendiri melainkan laporan itu telah dibentangkan dalam Dewan Rakyat, baru ia menjadi dokumen awam... barulah saya sebagai Pengerusi boleh mendedahkannya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menghadiri Program Pemukiman Agensi di bawah Kluster Parlimen dan Undang-Undang bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun dan Peguam Cara Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.
Wan Junaidi berkata mesyuarat pertama jawatankuasa itu, yang dianggotai 11 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, berlangsung pada 15 April lepas dan beberapa siri mesyuarat lagi akan diadakan bermula esok.
Mengenai cadangan bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof supaya jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Ahli Parlimen pembangkang agar bersifat berkecuali, beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkannya untuk menjadi Pengerusi.
Beliau berkata keputusan itu dibuat hasil perbincangan Perdana Menteri bersama pemimpin Pakatan Harapan dan wakil Ahli Parlimen kerajaan di Dewan Rakyat pada 11 April lepas.
Ditanya sama ada sidang khas Parlimen akan diadakan pada Jun, Wan Junaidi berkata kuasa memanggil sidang khas itu terletak pada Perdana Menteri.
Beliau turut menyasarkan rang undang-undang mengenai cadangan pindaan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 (Akta 347) serta Skim Perkhidmatan Parlimen dan Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen berhubung cadangan mewujudkan perkhidmatan sendiri bagi Parlimen Malaysia dapat dibahas pada sesi sidang Parlimen Julai ini.
"Selaras dengan Memorandum Transformasi dan Kestabilan Politik, Transformasi Parlimen menjadi agenda utama saya," katanya sambil menambah beliau telah membentangkan perkembangan mengenai cadangan pindaan undang-undang itu kepada Jemaah Menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 20 2022
![RUU Antilompat Parti: Wan Junaidi optimis laporan Jawatankuasa Khas siap dalam masa sebulan RUU Antilompat Parti: Wan Junaidi optimis laporan Jawatankuasa Khas siap dalam masa sebulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81650468430_MenteridiJabatanP.jpg)
Wan Junaidi berkata mesyuarat pertama jawatankuasa itu, yang dianggotai 11 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, berlangsung pada 15 April lepas dan beberapa siri mesyuarat lagi akan diadakan bermula esok. - Gambar/ Bernama
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
![Jangan ada pihak berlagak suci, harap sokong RUU Antilompat Parti - Armizan Jangan ada pihak berlagak suci, harap sokong RUU Antilompat Parti - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684848654_ArmizanSabah.jpg)
Jangan ada pihak berlagak suci, harap sokong RUU Antilompat Parti - Armizan
Armizan turut menafikan dakwaan bahawa Kerajaan Negeri sengaja melengahkan pembentangan RUU Antilompat Parti.
![RUU Antilompat Parti tiada dalam agenda sidang DUN Sabah - Speaker RUU Antilompat Parti tiada dalam agenda sidang DUN Sabah - Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61627993562_TBSPEAKERDUNSABAH.jpg)
RUU Antilompat Parti tiada dalam agenda sidang DUN Sabah - Speaker
Kadzim M Yahya berkata pihaknya setakat ini masih belum dimaklumkan oleh kerajaan negeri sama ada RUU itu akan dibentangkan atau tidak pada sidang kali ini.
![RUU Antilompat Parti: Pahang sedia bentang jika pembangkang sokong RUU Antilompat Parti: Pahang sedia bentang jika pembangkang sokong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71677249754_TBMBMUSANGKING.jpg)
RUU Antilompat Parti: Pahang sedia bentang jika pembangkang sokong
Kerajaan negeri Pahang sedia membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Mei ini jika mendapat persetujuan dua pertiga wakil rakyat, kata M
![Bentang Rang Undang-Undang Antilompat Parti di DUN Sabah Mac ini - Ewon Bentang Rang Undang-Undang Antilompat Parti di DUN Sabah Mac ini - Ewon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673730915_UPKO.jpg)
Bentang Rang Undang-Undang Antilompat Parti di DUN Sabah Mac ini - Ewon
ADUN Kadamaian itu berkata, cadangan itu penting bagi mewujudkan kestabilan politik di Sabah.
![DUN Perak lulus RUU larang ADUN lompat parti DUN Perak lulus RUU larang ADUN lompat parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81672225672_TBdunperak.jpg)
DUN Perak lulus RUU larang ADUN lompat parti
Usul pindaan itu dibawa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan ia disokong sebulat suara oleh semua ADUN yang hadir pada persidangan DUN Perak.
![RUU Antilompat Parti dibentang di DUN Sabah selepas PRU15 - Hajiji RUU Antilompat Parti dibentang di DUN Sabah selepas PRU15 - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666070802_ANTILOMPAT.jpg)
RUU Antilompat Parti dibentang di DUN Sabah selepas PRU15 - Hajiji
Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti akan di bawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri yang diadakan pada bulan depan, kata Datuk Seri Hajiji Noor.
![DAP adakan Kongres Khas 25 Sept, pinda perlembagaan DAP adakan Kongres Khas 25 Sept, pinda perlembagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41636101638_DAPFlag.jpg)
DAP adakan Kongres Khas 25 Sept, pinda perlembagaan
DAP akan mengadakan Kongres Khas pada 25 Sept ini dengan matlamat utama untuk meminda dan menyelaraskan perlembagaan parti itu seiring Rang Undang-Undang Antilompat Parti yang diluluskan di Parlimen.
![RUU Antilompat Parti: N. Sembilan adakan sidang khas DUN pada Oktober RUU Antilompat Parti: N. Sembilan adakan sidang khas DUN pada Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51655312418_enteriBesarNegeri.jpg)
RUU Antilompat Parti: N. Sembilan adakan sidang khas DUN pada Oktober
Kerajaan Negeri Sembilan dijadual mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentangkan pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti pada Oktober ini.
![RUU larangan lompat parti dijangka dikuat kuasa sebelum pertengahan September RUU larangan lompat parti dijangka dikuat kuasa sebelum pertengahan September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660051630_TBWANJUNAIDI.jpg)
RUU larangan lompat parti dijangka dikuat kuasa sebelum pertengahan September
Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti dijangka dapat dikuatkuasakan tidak lewat daripada pertengahan September ini.
![RUU Antilompat Parti: Sarawak kaji, sedia pinda Artikel 17 Perlembagaan Negeri RUU Antilompat Parti: Sarawak kaji, sedia pinda Artikel 17 Perlembagaan Negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655820216_TBabgjo.jpg)
RUU Antilompat Parti: Sarawak kaji, sedia pinda Artikel 17 Perlembagaan Negeri
Jelas Abang JohariSarawak sudah ada peruntukan dalam perlembagaan mengenai tindakan lompat parti namun tidak dapat dilaksanakan kerana bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan.