KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan cadangan Rang Undang-Undang (RUU) antilompat parti datangnya dari kerajaan sendiri dan bukannya usul peribadi.
Jelas beliau, sebelum ini pihaknya hanya mencadangkan kepada kerajaan supaya tampil dengan mekanisme yang boleh bergerak seiiring dengan pelaksanaannya nanti.
Malah katanya, RUU antilompat parti itu perlu dibawa bersama usul lain seperti RUU pemecatan Ahli Parlimen.
"Cadangan (RUU) antilompat parti ini datangnya daripada kerajaan dan bukan saya.
"Apabila kerajaan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerajaan-Pakatan Harapan, Perdana Menteri ke-9 ada tertulis (menyatakan) dalam MoU berkenaan ingin mewujudkan Akta Lompatparti.
"Semasa Perdana Menteri ke-8, menawarkan penyelesaian kepada rakyat dihadapan televisyen, bukankah beliau menimbulkan Akta Antilompat parti? Datang daripada mulut kerajaan, bukan saya sebagai Ahli Parlimen Pengerang," katanya dalam temu bual Dialog Tiga Penjuru Astro AWANI pada Khamis.
Ujar beliau lagi, sekiranya pelaksanaan RUU berkenaan diteruskan, beliau khuatir akan timbulnya ketidakadilan buat wakil rakyat yang berbuat demikian (melompat parti).
"Sebabnya, kita lihat satu senario iaitu lompat, dua senario kena pecat, senario ketiga gabungan kerajaan. Kalau dia bergabung, jadi tidak adil.
"Sebab kalau menang atas kerusi A, dia nak bentuk kerajaan, dia gabung, dia keluar lima orang, 10 orang. Itu boleh didefinisikan sebagai 'lompat'.
"Jadi apa yang saya cadang hanya pemecatan Ahli Parlimen dalam senario tertentu. Saya cadang kerajaan referendum supaya tidak membazir duit melalui pilihan raya, itu sahaja.
"Kita menawarkan kepada kerajaan kalau buat Akta Antilompat parti, kerajaan perlu ikatkan dengan satu sistem mekanisme sebagai pemecatan Ahli Parlimen dalam senario tertentu. Termasuk wakil rakyat yang tidak hadir ke Parlimen," ujar beliau.
Nickyson Nyambar
Thu Sep 23 2021
Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan perlu tampil dengan satu mekanisme yang digerakkan seiiring dengan pelaksanaan RUU antilompat parti agar tidak timbul sebarang ketidakadilan. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (26 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Gempur Teknikal | Sebat di Khalayak Awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight 26 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Thousands mark 20 years since deadly tsunami
Survivors and families of victims across countries gathered on Thursday to mark the 20th anniversary of the deadly tsunami that killed over 230,000 people.
AWANI Tonight: Driving growth with tax education, compliance
AWANI 7:45 [26/12/2024] - 20 tahun tragedi tsunami | Siap siaga banjir di Kelantan Ahad ini | Hukuman sebat di masjid | Seleweng bahan kawalan
- Mengenang 20 tahun tragedi tsunami, siren dibunyikan di Banda Aceh
- Kelantan siap siaga, ramalan banjir sembilan jajahan Ahad ini
- Hukuman sebat pesalah khalwat dilaksana di masjid esok
- Kapal angkasa Nasa cipta sejarah, terbang hampiri matahari
- Kelantan siap siaga, ramalan banjir sembilan jajahan Ahad ini
- Hukuman sebat pesalah khalwat dilaksana di masjid esok
- Kapal angkasa Nasa cipta sejarah, terbang hampiri matahari
Lima wartawan terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza
Tentera rejim mengebom sebuah kenderaan penyiaran televisyen di hadapan Hospital Al-Awda di kem Al-Nuseirat.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 Disember 2024
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
Kimchi, yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal
Setakat ini, seramai 35 ibu tunggal diberi tunjuk ajar cara menghasilkan dua produk makanan berasal dari luar negara itu.
Majlis Peguam gesa Terengganu, Kerajaan Pusat pertimbang semula sebatan di khalayak ramai
Presiden Majlis Peguam Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai melebihi had bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Jangan ada pihak berlagak suci, harap sokong RUU Antilompat Parti - Armizan
Armizan turut menafikan dakwaan bahawa Kerajaan Negeri sengaja melengahkan pembentangan RUU Antilompat Parti.
RUU Antilompat Parti tiada dalam agenda sidang DUN Sabah - Speaker
Kadzim M Yahya berkata pihaknya setakat ini masih belum dimaklumkan oleh kerajaan negeri sama ada RUU itu akan dibentangkan atau tidak pada sidang kali ini.
RUU Antilompat Parti: Pahang sedia bentang jika pembangkang sokong
Kerajaan negeri Pahang sedia membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Mei ini jika mendapat persetujuan dua pertiga wakil rakyat, kata M
Bentang Rang Undang-Undang Antilompat Parti di DUN Sabah Mac ini - Ewon
ADUN Kadamaian itu berkata, cadangan itu penting bagi mewujudkan kestabilan politik di Sabah.
DUN Perak lulus RUU larang ADUN lompat parti
Usul pindaan itu dibawa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan ia disokong sebulat suara oleh semua ADUN yang hadir pada persidangan DUN Perak.
RUU Antilompat Parti dibentang di DUN Sabah selepas PRU15 - Hajiji
Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti akan di bawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri yang diadakan pada bulan depan, kata Datuk Seri Hajiji Noor.
DAP adakan Kongres Khas 25 Sept, pinda perlembagaan
DAP akan mengadakan Kongres Khas pada 25 Sept ini dengan matlamat utama untuk meminda dan menyelaraskan perlembagaan parti itu seiring Rang Undang-Undang Antilompat Parti yang diluluskan di Parlimen.
RUU Antilompat Parti: N. Sembilan adakan sidang khas DUN pada Oktober
Kerajaan Negeri Sembilan dijadual mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentangkan pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti pada Oktober ini.
RUU larangan lompat parti dijangka dikuat kuasa sebelum pertengahan September
Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti dijangka dapat dikuatkuasakan tidak lewat daripada pertengahan September ini.
RUU Antilompat Parti: Sarawak kaji, sedia pinda Artikel 17 Perlembagaan Negeri
Jelas Abang JohariSarawak sudah ada peruntukan dalam perlembagaan mengenai tindakan lompat parti namun tidak dapat dilaksanakan kerana bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan.