IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria dipilih sebagai ketua pembangkang mewakili gabungan Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Razman yang juga Timbalan Pengerusi 1 PN Perak merangkap Pesuruhjaya Pas negeri berkata gabungan itu akan memainkan peranan penting sebagai semak dan imbang terhadap Kerajaan Perak.
“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pimpinan Perikatan Nasional dan Pas di peringkat pusat serta PN Perak yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk mengetuai barisan Ahli-Ahli DUN PN sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri.
“Insya-Allah, PN Perak akan memainkan peranan penting sebagai semak dan imbang kerajaan gabungan Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH),” katanya menerusi satu kenyataan pada laman Facebook beliau pada Jumaat.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Razman berjaya mempertahankan kerusi DUN Gunung Semanggol dengan meraih 12,825 undi dengan majoriti 7,446 dalam saingan tiga penjuru.
Komposisi DUN Perak mempunyai 59 kerusi dan daripada jumlah itu PH dan BN yang berada di blok kerajaan masing-masing memiliki 24 dan sembilan kerusi, sementara PN memenangi 26 kerusi.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 21 November.
Persidangan DUN Perak ke-15 dijadual akan berlangsung pada 19 Disember ini dengan pembentangan Bajet 2023 serta perbahasan berkenaan enakmen peruntukan larangan ahli Dewan melompat parti.
Amirrul Rabbani
Fri Dec 09 2022

Razman yang juga Timbalan Pengerusi 1 PN Perak merangkap Pesuruhjaya Pas negeri berkata gabungan itu akan memainkan peranan penting sebagai semak dan imbang terhadap Kerajaan Perak. - Fail/BERNAMA
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Razman ketua pembangkang DUN Perak
ADUN Gunung Semanggol, Razman Zakaria dipilih sebagai ketua pembangkang mewakili gabungan PN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Pulangkan gaji tidak akan hentikan kritikan terhadap Ahmad Faizal - Aziz Bari
Abdul Aziz Bari menyifatkan tindakan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memulangkan semula gaji sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri tidak akan menghentikan pelbagai kritikan terhadapnya.