Penyandang kerusi Parlimen dan calon Warisan Kota Belud menewaskan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang hanya memperoleh 20,566 undi.
Dalam saingan tiga penjuru itu, calon Pakatan Harapan Madeli Bangali pula hanya menang 8,323 undi.
Kemas kini setakat pukul 11.16 malam itu merekodkan 67.64 peratus pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab pada PRU15.
Pada PRU15, 79,885 pengundi berdaftar layak mengundi untuk Parlimen Kota Belud.