JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N53 Benut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan majoriti 5,859 undi.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor itu yang berdepan saingan empat penjuru menewaskan tiga lagi calon dengan 10,896 undi, berbanding calon Perikatan Nasional (PN), Senator Datuk Isa Ab Hamid sebanyak 5,037.

Sementara, dua lagi calon iaitu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Iskandar Noor Ibrahim dan Calon PKR, Haniff@Ghazali Hosman hilang deposit selepas masing-masing memperoleh 139 dan 1,200 undi.


Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, kerusi DUN itu dimenangi Hasni dengan 9,480 undi, berbanding calon Zulkifly Tasrep (PKR) meraih 5,033 undi, manakala Mohd Firdaus Jaafar (Pas) mendapat 2,590 undi.

Hasni menang dengan majoriti 4,447 undi.

KEPUTUSAN PRN JOHOR DI SINI

SEMUA BERHUBUNG PRN JOHOR DI SINI