KLANG: Calon Perikatan Nasional (PN), Hilman Idham berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.17 Gombak Setia menewaskan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan calon bebas, Mohamed Salim Mohamed Ali.

Hilman yang juga penyandang kerusi DUN itu hanya meraih 58 undi majoriti dengan 30,299 undi meninggalkan Megat Zulkarnain yang mendapat 30,241 undi.

Manakala calon bebas, Mohamed Salim hilang deposit yang hanya meraih 1,076 undi.


Seramai 88,480 pengundi berdaftar di N.17 Gombak Setia pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor kali ini.