Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli perlu membawa semua bukti rasuah dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor termasuk habuan wanita dan wang yang ada padanya terus ke pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pada masa yang sama, biro politik juga akan meneliti dakwaan tersebut dan sekiranya ia melibatkan anggota parti, anggota tersebut akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin parti.
"Mesyuarat Biro Politik Keadilan pada malam ini telah membincangkan isu berkait perkara yang dibangkit Rafizi dalam satu mesej WhatsApp beberapa hari lalu.
"Biro politik telah membuat ketetapan bahawa Rafizi perlu membuat laporan terus kepada SPRM mengenai bukti-bukti yang ada didakwa padanya," katanya semasa sidang media selepas mesyuarat Biro Politik PKR di Ibu Pejabat PKR di sini pada Selasa malam.
Sebelum ini, Rafizi dilaporkan akan mengemukakan semua bukti rasuah dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor termasuk habuan wanita dan wang kepada Wan Azizah.
BACA: Rafizi jumpa Wan Azizah kemuka dokumen dakwaan salah laku rasuah
VIDEO: Dokumen salah laku rasuah kerajaan negeri Selangor
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, dia akan membuat laporan kepada SPRM selepas membuat perbincangan dengan Wan Azizah.
Dalam pada itu kata Wan Azizah, isu jawatan Rafizi tidak dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.
Pada 20 Mei lalu, Rafizi mengaku menulis mesej dalam aplikasi WhatsApp mengenai habuan wanita dan wang jika mahu berurusan dengan kerajaan negeri Selangor yang menjadi viral.
Ahli Parlimen Pandan itu turut mengakui ‘Kak Zu’ yang disebut dalam perbualan kumpulan WhatsApp Solidarity For Anwar adalah merujuk kepada Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Ampang.
Walau bagaimanapun, selepas dakwaan tersebut menjadi viral, Rafizi menafikan tuduhan itu ditujukan kepada mana-mana wakil rakyat pembangkang di Selangor, sebaliknya mendakwa perbualannya merujuk kepada individu tertentu yang tidak dinamakan.
Wan Syamsul Amly
Tue May 24 2016
![Rafizi perlu bawa bukti rasuah ke SPRM - Wan Azizah Rafizi perlu bawa bukti rasuah ke SPRM - Wan Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/71464105518_WanAzizah.jpg)
Wan Azizah menjawab soalan media selepas mesyuarat Biro Politik PKR di Ibu Pejabat PKR di sini pada Selasa malam. - Foto Astro AWANI
AWANI Borneo [16/07/2024] – SUKMA 2024 | Sentiasa berwaspada | Pintu sempadan
AWANI Borneo Selasa, 16 Julai 2024 bersama Fauzi Zin.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Rafizi perlu bawa bukti rasuah ke SPRM - Wan Azizah Rafizi perlu bawa bukti rasuah ke SPRM - Wan Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/71464105518_WanAzizah.jpg)
Rafizi perlu bawa bukti rasuah ke SPRM - Wan Azizah
Biro politik PKR akan meneliti dakwaan dan sekiranya ia melibatkan anggota parti, anggota tersebut akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin.