SIBU: Parti Sarawak Bersatu (PSB) dijangka dibubarkan sebelum sambutan Tahun Baharu Cina (CNY) tahun depan selepas parti tersebut menerima 'lampu hijau' untuk kira-kira 80,000 ahli menyertai Parti Demokratik Progresif (PDP) secara serentak.
Timbalan Presiden I PSB Dr Johnical Rayong Ngipa berkata perkara tersebut dimaklumkan Presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh kepada beliau pada Ahad dan mereka akan merujuk kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) terlebih dahulu bagi mengetahui prosedur pembubarannya.
Beliau berkata proses seterusnya diikuti mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk membubarkan PSB manakala PDP juga akan mengadakan EGM untuk menerima kemasukan bekas ahli-ahli parti tersebut.
"Kami rancang untuk bubar PSB, iaitu kami akan berada di bawah payung besar PDP dan sudah tentunya akan menjadi sebahagian daripada GPS (Gabungan Parti Sarawak)," katanya kepada media pada majlis sambutan Pra-Krismas dan Tahun Baharu 2024 PDP di sini, Ahad malam.
Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 pada 2021, PSB bertanding sebagai parti pembangkang dan hanya mampu memenangi empat daripada 82 kerusi yang dipertandingkan, menerusi Soon Koh di Bawang Assan, Dr Rayong (Engkili), Baru Bian (Ba Kelalan) dan See Chee How (Batu Lintang).
Pada Ogos tahun lepas, See telah bertindak keluar dari PSB dan menjadi ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) bebas dalam DUN Sarawak.
Pada 13 Julai lepas, PDP yang diwakili Presidennya Datuk Seri Tiong King Sing dan Soon Koh yang mewakili PSB telah menandatangani satu memorandum persefahaman bagi menjalin kerjasama untuk melihat kemakmuran dan kestabilan politik dalam negara.
Selain PDP, GPS yang merupakan gabungan parti tempatan Sarawak turut melibatkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).
Dr Rayong berkata langkah menyertai PDP adalah tanpa syarat dengan hasrat untuk sama-sama memainkan peranan membangun dan memajukan Sarawak menjadi negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.
"Kami lupakan latar belakang politik dan ideologi. Kami bergabung dalam satu parti dan menyokong kepimpinan Premier (Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg) dan seterusnya menyokong kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) di peringkat Persekutuan," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 25 2023

Dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 pada 2021, PSB bertanding sebagai parti pembangkang dan hanya mampu memenangi empat daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

PSB dijangka dibubar sebelum Tahun Baharu Cina 2024 - Timbalan Presiden
Rayong berkata, mereka akan merujuk kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) terlebih dahulu bagi mengetahui prosedur pembubarannya.

MoU PDP-PSB tiada kaitan dengan GPS - Abang Johari
Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama antara Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) semalam tidak secara rasmi melibatkan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

PRU15: PSB sasar bertanding tidak lebih 10 kerusi
Parti Sarawak Bersatu (PSB) menyasarkan tidak lebih 10 kerusi parlimen yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

See Chee How keluar PSB, pembangkang DUN Sarawak kini tinggal lima orang
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How sah meninggalkan Parti Sarawak Bersatu (PSB) berkuat kuasa Jumaat lalu menjadikan beliau satu-satunya ADUN bebas di Sarawak.

Pembangkang Sarawak masih goyah berbanding GPS - Penganalisis Politik
Blok pembangkang di Sarawak dilihat masih goyah walaupun terdapat kerjasama antara Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Bumi Kenyalang (PBK).

PSB, PBK akan meterai MoU, fokus pembahagian kerusi menjelang PRU15
PSB dan PBK akan menandatangani memorandum persefahamanan (MOU) bagi memfokuskan pembahagian kerusi di antara kedua-dua parti itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRN Sarawak: Kesepakatan dengan PSB gagal, DAP umum dua lagi calon
Chong Chieng Jen sehingga ke saat ini, tiada kata putus daripada PSB untuk bekerjasama dalam agihan kerusi pada PRN12 Sarawak.

PRN Sarawak: 'Tiada parti politik mahu menjadi pembangkang selamanya' - Chieng Jen
Chong Chieng Jen berkata, tiada parti pembangkang mahu menjadi pembangkang selamanya, tetapi semua pihak perlu berpijak di bumi yang nyata.

PRN Sarawak: Bekas pemimpin dan anggota PSB bertanding atas tiket bebas
Dua bekas pemimpin dan seorang anggota Parti Sarawak Bersatu (PSB) hari ini memaklumkan, mereka akan bertanding atas tiket bebas pada pilihan raya negeri Sarawak ke-12 (PRN-12) pada 18 Dis depan.

PRN Sarawak: Perbincangan kerjasama PH-PSB tergendala - PKR Sarawak
Permintaan agihan kerusi yang bertindih jadi punca rundingan PH dan PSB di Sarawak tergendala buat masa ini.