Menteri Besar Perak itu berkata, beliau jauh lebih miskin daripada beberapa pemimpin pembangkang termasuk Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli serta pemimpin-pemimpin DAP Perak lain.
Bagaimanapun, katanya, pengisytiharan harta itu bukanlah disyaratkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Tiada masalah, (tetapi) ia tidak disyaratkan oleh SPR. Boleh saja, kita tak adalah kaya mana. Nak berbanding saya dengan Rafizi, saya jauh miskinlah,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Manifesto BN Perak di Taman Meru Permai, di sini, malam tadi.
Beliau mengulas kemungkinan perlunya calon BN Perak mengisytiharkan harta mereka, seperti yang dilakukan oleh calon-calon PKR.
Rafizi menjadi calon PKR pertama yang mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih sebanyak RM18.85 juta.
Saarani berkata, beliau tidak bimbang dan tiada masalah sekiranya diminta untuk mengisytiharkan harta.
Bagaimanapun, katanya, bagi sesetengah orang takut untuk berbuat demikian kerana bimbang keselamatan keluarga.
“Tapi saya, kalau disyaratkan, saya tak ada masalah, saya tahu saya jauh lebih miskin berbanding dengan Nga Kor Ming, Ngeh Koo Ham dan Rafizi,” ujarnya memetik nama beberapa pemimpin DAP.