KUALA LUMPUR: Perkembangan politik negara ketika ini terus menjadi tumpuan warganet apabila rata-rata mereka turut sama berteka-teki mengenai pembentukan kerajaan Persekutuan baharu yang akan mentadbir negara.
Perbualan mereka yang mengikuti rapat perkara itu khususnya di media sosial menjurus kepada teka-teki gabungan parti politik yang akan memerintah negara untuk tempoh lima tahun akan datang.
Platform media sosial hari ini dibanjiri dengan kata kunci 'PH-BN', 'Anwar', 'Zahid', 'DSAI' dan 'Seri Pacific' yang sohor kini di laman Twitter susulan pertemuan beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Hotel Seri Pacific, di sini, hari ini.
Ada dalam kalangan warganet juga mula mencadangkan nama gabungan baharu bagi kedua-dua gabungan itu antaranya 'Pakatan Nasional' dan 'Harapan National', selain turut mencipta bendera baharu untuk gabungan itu.
Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua ketua parti politik dan gabungan parti politik yang mendapat jumlah kerusi yang banyak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), memaklumkan kepada Istana Negara mengenai gabungan parti, dan menamakan calon Perdana Menteri yang dipersetujui untuk membentuk kerajaan baharu sebelum 2 petang hari ini.
Bagaimanapun, Al-Sultan Abdullah hari ini memperkenan tempoh berkenaan dilanjutkan hingga 2 petang esok susulan permohonan ketua parti politik dan gabungan parti politik yang diterima Istana Negara hari ini.
PRU15, yang paling sengit pernah dihadapi negara berakhir dengan situasi tergantung apabila tiada parti mendapat majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan baharu.
PRU15 pada Sabtu lepas menyaksikan PH memenangi 82 kerusi, Perikatan Nasional (73), BN (30), Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Parti Warisan (tiga) dan masing-masing satu kerusi daripada Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) selain dua calon Bebas turut menang. - BERNAMA
Bernama
Mon Nov 21 2022
Antara Muhyiddin Yassin dan Anwar Ibrahim, siapa agak-agaknya akan menerajui negara sebagai Perdana Menteri ke-10?
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Kerja pembersihan sisa kimia dijalankan pada Selasa
Kerja-kerja pembersihan sisa bahan kimia yang dibuang secara haram di Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Tropika, Johor bermula pada Selasa.
PRU15: Teka-teki pembentukan kerajaan baharu jadi tumpuan di media sosial
Antara Muhyiddin Yassin dan Anwar Ibrahim, siapa agak-agaknya akan menerajui negara sebagai Perdana Menteri ke-10?