BAGAN SERAI: Ramalan tokoh politik veteran, Tun Daim Zainuddin bahawa Pas bakal memperoleh lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) boleh menjadi pembakar semangat untuk mendorong parti itu bekerja lebih kuat bagi menghadapi pilihan raya itu.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah bagaimanapun berkata, ramalan itu mungkin benar dan mungkin juga sebaliknya.
Menurutnya, sama ada ramalan itu benar atau tidak, hanya akan ditentukan pada PRU15 nanti.
“Sekurang-kurangnya kita boleh jadikan sebagai satu semangat dorongan untuk lebih lagi bekerja keras bagi menghadapi PRU,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Bagan Serai kali ke-67 di Bukit Merah Laketown Resort, di sini, hari ini.
Hadir sama, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dan Yang Dipertua Pas Bagan Serai, Abdul Aziz Abdul Majid.
Pada Isnin, Daim menjangkakan Pas bakal memperoleh lebih banyak kerusi pada PRU15 susulan perpecahan dalam Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).
Bukan sahaja itu, beliau turut menjangkakan parti dalam PH bakal kehilangan sebilangan kerusi yang dimenanginya pada 2018 yang lalu.
Mohd Amar berkata, mereka bukan hanya mahu Pas yang menang, sebaliknya mahu kemenangan berpihak kepada Perikatan Nasional (PN) kerana Pas tidak mungkin menjadi kerajaan jika bersendirian.
"Pas sedar, sekiranya bersendirian, kita tidak akan boleh menjadi kerajaan dan kita memerlukan sokongan daripada rakan-rakan yang ada di dalam PN,” ujarnya.
Beliau memberitahu, perbincangan dalam kalangan parti komponen PN telah dibuat namun setakat ini belum ada keputusan mutlak dalam pembahagian kerusi termasuk kerusi-kerusi di Perak seperti kerusi Parlimen Bagan Serai, Parit Buntar dan Bukit Gantang yang sedang hangat diperkatakan.
“Masing-masing punya rasa minat dan kita tak boleh nak halang, cumanya penentuan keputusan itu akan dibuat oleh pihak tertinggi dalam PN nanti.
“Perkara itu akan dibincangkan dan ditentukan apabila tiba masanya,” tambah beliau lagi.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Jul 17 2022

Datuk Mohd Amar Abdullah menyampaikan sijil penghargaan kepada ahli Pas pada Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Bagan Serai kali ke-67 di Bukit Merah Laketown Resort, hari ini. - Gambar Astro AWANI

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

PRU15: Ramalan Tun Daim dorong Pas kerja lebih kuat
Namun begitu, Pas juga harus realistik kerana ramalan itu boleh jadi benar dan sebaliknya.