Calon Pakatan Harapan (PH) itu meraih majoriti 48,296 undi. menewaskan pencabar daripada Perikatan Nasional (PN), Muhammad Farique Zubir Albak yang hanya berpuas hati dengan undian sebanyak 25,706.
Ini diikuti calon Barisan Nasional (BN) Datuk Leong Kok Wee sebanyak 11,664 undi manakala Tan Sri Ong Tee Keat (Warisan) sebanyak 3,323 undian.
Sementara Nadia Hanafiah (Pejuang) memperoleh 961 undi.
Sebelum ini, Rafizi merupakan penyandang Parlimen Pandan selepas meraih 48,183 undi pada PRU13 sekali gus menewaskan calon BN, Lim Chin Yee (21,454 undi) dan Allan Tan (Bebas) pula mendapat 2,415 undi.
Pada PRU14, kerusi Parlimen Pandan dimenangi bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang meraih 64,733 undi sekali gus mengenepikan empat calon lain.