GUA MUSANG: Pembangunan di Gua Musang harus seiring dengan pendapatan dan kemampuan penduduk kerana jika tersilap langkah ia akan menguntungkan pihak lain, kata calon Barisan Nasional (BN) Tengku Razaleigh Hamzah.
Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li berkata kemajuan pembangunan itu adalah bersifat subjektif dan ia seharusnya dilihat kepada taraf hidup masyarakat di sesuatu tempat itu.
"Jadi kalaulah kita buat sesuatu di luar kemampuan rakyat, orang lain yang akan menikmati," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya dekat Bukit Cekati di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen paling lama daripada BN di kawasan itu berkata terlalu banyak perubahan telah dilakukan BN jika dibandingkan seawal pembukaannya dahulu seiring dengan masa dan kemampuan rakyat.
Beliau berkata antara pembangunan yang dilakukannya adalah mewujudkan Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) yang berfungsi untuk mengimbangi komposisi penduduk antara kawasan selatan dan barat, serta untuk membasmi kemiskinan penduduk.
"Hal ini jelas membuktikan kerajaan telah memberi kehidupan yang selesa buat rakyat di Gua Musang seperti isu pengagihan tanah kepada peneroka lot ladang sawit di sini yang seterusnya membolehkan 2,228 peneroka daripada sembilan kawasan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR menerima lot tanah di atas nama mereka sendiri," katanya.
Tengku Razaleigh melakar sejarah tersendiri apabila bertanding buat kali ke-13 pada Pilihan Raya Umum (PRU) selain mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana akan berdepan dengan calon lawan daripada PAS, Putra-Pejuang dan PH-PKR.
Pada PRU14, Tengku Razaleigh memenangi kerusi itu dengan majoriti 3,913 undi menewaskan pencabarnya daripada PAS dan PKR.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 06 2022
Tengku Razaleigh berkata kemajuan pembangunan itu adalah bersifat subjektif dan ia seharusnya dilihat kepada taraf hidup masyarakat di sesuatu tempat itu. - Foto BERNAMA
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
PM Singapura Wong bercakap dengan PM Anwar, pemimpin lain pada hari pertama bertugas
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong hari ini bercakap dengan pemimpin di rantau ini melalui telefon pada hari pertama beliau memegang jawatan, termasuk dengan Anwar.
PM ucap Hari Guru, rakam jutaan penghargaan buat warga pendidik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa.
AWANI Tonight: NHMS 2023: Number of people with depression doubles in 4 years
The number of people with depression had doubled from 2019 to 2023 with one million people aged 15 and above suffering from depression in Malaysia.
AWANI Tonight: Supporting educators’ growth in the age of AI
On Teachers’ Day, Assoc Prof Dr Adelina Asmawi from Universiti Malaya shares the main challenges lecturers face in the higher education sector, and where improvements can be made for better support.
PRU15: Pembangunan di Gua Musang harus seiring dengan kemampuan penduduk - Ku Li
Ku Li berkata kemajuan pembangunan itu adalah bersifat subjektif dan ia seharusnya dilihat kepada taraf hidup masyarakat di sesuatu tempat itu.