Ia melibatkan kerusi Parlimen Puncak Borneo, Lanang, Bintulu, Kanowit dan Mas Gading, selain mengintai dua kerusi lain iaitu Bandar Kuching atau Stampin.
Lee Shan berkata, enam kawasan yang ditandingi akan menggunakan logo Parti Sarawak Bersatu (PSB) selain Mas Gading yang mana PBK akan menggunakan lambang sendiri.
Antara calon yang telah menerima watikah pelantikan ialah Tomson Ango (Puncak Borneo), Priscilla Lau (Lanang), Leighton Manjah (Bintulu), Sim Min Leong (Mas Gading) dan Soekarno Lanyau (Kanowit).
Tegas Lee Shan, kalah atau menang ia perkara kedua, langkah yang diambil ini adalah untuk memenuhi permintaan pengundi yang mahukan PBK turun bertanding dalam PRU-15
Mengulas mengenai penggunaan logo PSB, katanya ia merupakan kerjasama antara PBK dan Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS).
“Ini bermakna kita ada kerjasama dengan PBDS dan PSB, bermakna kita tidak menyerapkan diri di dalam PSB, kita adala bebas cuma kita menggunakan lambang mereka, tetapi di Mas Gading kita gunakan lambang PBK sendiri,” katanya.
Difahamkan PSB akan bertanding di tujuh melibatkan Serian (Elsiy Tinggang), Sri Aman (Wilson Entabang), Lubok Antu (Dr Johnical Rayong), Sibu (Datuk Seri Wong Soon Koh), Selangau (Simon Joseph Usau), Miri (Datuk Lawrence Lai) dan Lawas (Baru Bian).