Ujarnya lagi, soal untuk membangunkan kawasan berkenaan tidak semestinya perlu ditukarkan sebagai bandar maju termasuk dengan membangunkan projek-projek mega di kawasan berkenaan.
Beliau berkata demikian sebagai membidas kenyataan Ketua Bersatu Bahagian Kota Tinggi, Rasman Ithnain yang sebelum ini mendakwa beliau tidak melakukan sebarang perubahan sewaktu menggalas jawatan Menteri Besar Johor.
“Adakah bermaksud Kota Tinggi yang luar bandar ini perlu dibandarkan, perlu ada pusat beli-belah dan bangunan pencakar langit?
“Kita perlu betulkan persepsi bahawa kemajuan di Kota Tinggi untuk diubah menjadi bandar akan hilangkan jati diri Kota Tinggi itu sendiri, dan ia perlu dibangunkan berasaskan kekuatan tempatan.
“Kalau nak kata saya tak buat apa-apa sewaktu jadi Menteri Besar, hak milik tanah semua kawasan dapat dan amatlah dangkal kerana sewaktu itu saya selesaikan juga isu air dan semuanya telah dilaksanakan,” katanya ketika ditemui di ceramah perdana BN di PPR Stulang baru-baru ini.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO itu berpendirian, isu berkenaan bersifat murahan dan hanya dijadikan bahan serangan parti pihak lawan.
Khaled turut menjelaskan kawasan Kota Tinggi mempunyai beberapa pecahan kawasan antaranya melibatkan sektor pertanian dan perikanan yang perlu diberikan penekanan untuk dibangunkan.
Bahkan, Khaled meletakkan sasaran untuk menjadikan Kota Tinggi sebagai hab pengeluaran makanan utama selari dengan manifesto parti itu.
Ini termasuklah memperkasa pengeluaran produk desa serta mempromosikan ia sebagai salah satu destinasi pelancongan.
Sebelum ini, tindakan BN meletakkan Khaled bertanding di Kota Tinggi dipersoal Ketua Bersatu Bahagian Kota Tinggi, Rasman Ithnain.
Menurutnya, Khaled hanya menaburkan janji-janji manis selain perancangan yang dibuat sebelum ini masih belum ditunaikan.
Keputusan undian pada PRU14 lalu: