GUA MUSANG: Tengku Razaleigh Hamzah menyerahkan kepada pucuk pimpinan UMNO untuk menentukan sama ada beliau akan disenaraikan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Tengku Razaleigh, 85, yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata beliau tidak menolak untuk terus bertanding seandainya diminta parti untuk berbuat demikian.
"Saya sendiri, saya serah kepada parti. Di dalam Gua Musang ini setiap tahun tak nak bagi saya bersara," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gua Musang di Balai Rakyat, Bukit Cekati di sini hari ini
Pada mesyuarat tersebut, UMNO Bahagian Gua Musang sebulat suara menyokong usul mengekalkan Tengku Razaleigh sebagai calon Ahli Parlimen Gua Musang pada PRU15.
Mengulas lanjut, Tengku Razaleigh berkata masyarakat Orang Asli juga mahu beliau kekal sebagai calon Ahli Parlimen Gua Musang.
"Terutama sekali Orang Asli, mereka buat keputusan ramai-ramai tak mahu calon lain, dia nak saya.
"Setiausaha UMNO Bahagian (Ahli Dewan Undangan Negeri Nenggiri Ab Aziz Yusoff), dia kata selagi saya tak 'gogek' (goyah) saya kena tawar diri saya untuk bekerja lagi. Saya ikut perintah parti," katanya.
Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li memegang rekod sebagai wakil rakyat paling lama berkhidmat di negara ini.
Beliau mula bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ulu Kelantan Barat pada 1969 dan berjaya menewaskan calon PAS, Hussin Abdullah.
Kemudian beliau beralih ke kerusi Parlimen pada 1974 bertanding di kawasan Gua Musang, yang sebelum ini dikenali sebagai Parlimen Ulu Kelantan dan kekal sebagai wakil rakyat Gua Musang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 15 2022
Tengku Razaleigh Hamzah menyerahkan kepada pucuk pimpinan UMNO untuk menentukan sama ada beliau akan disenaraikan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
Mahkamah batal petisyen pilihan raya Gua Musang, Pas terkejut pempetisyen pecat peguam
Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini membatalkan petisyen pilihan raya dikemukakan Barisan Nasional (BN) berhubung keputusan kerusi Parlimen Gua Musang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Wakil Ku Li gagal batalkan keputusan PRU15 Parlimen Gua Musang
Petisyen ini didapati difailkan dengan tidak mematuhi undang-undang kerana melepasi had masa 28 hari.
Petisyen pilihan raya Parlimen Gua Musang: Penyandang buat bantahan
Sesi notis bantahan itu akan difailkan oleh Mohd Faizi Che Abu dan Peguam Persekutuan, Tuan Mohammad Sallehuddin Md Ali.
Wakil calon Parlimen Gua Musang fail petisyen cabar keputusan PRU15
Petisyen berkenaan antara lain meminta supaya keputusan PRU15 bagi Parlimen Gua Musang dibatalkan.
PRU15: Ku Li tak 'gogek' bertanding kali ke-13
Tengku Razaleigh melakar sejarah apabila bertanding buat kali ke-13 untuk mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang pada PRU15.
PRU15: Ku Li serah kepada parti tentukan kedudukan
Tengku Razaleigh Hamzah menyerahkan kepada pucuk pimpinan UMNO untuk menentukan sama ada beliau akan disenaraikan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
ADUN Galas Mohd Syahbuddin sahkan positif COVID-19
Perkara itu disahkan sendiri ADUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim menerusi hantaran Facebook miliknya sebentar tadi.
Ku Li bakal kukuh kedudukan sebagai wakil rakyat paling lama
Tengku Razaleigh Hamzah bakal mengukuhkan statusnya sebagai wakil rakyat paling lama berkhidmat di negara ini, selama 12 penggal di peringkat Parlimen dan negeri,