KUALA LUMPUR: Keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mendesak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini merupakan satu tindakan tergesa-gesa, kata penganalisis politik, Mohammad Tawfik Yaakub.
Menurutnya, beberapa pemimpin UMNO yang bukan ahli MKT namun memegang jawatan menteri dan timbalan menteri akan teragak-agak untuk menerima keputusan tersebut.
Begitupun, tegasnya keputusan MKT UMNO itu bukanlah bermakna PRU15 akan tetap diadakan tahun ini kerana keputusan muktamad terletak pada budi bicara Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
BACA: MKT UMNO mahu Parlimen dibubarkan tahun ini - Ahmad Maslan
“Maka kalau dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, belum tentu lagi pembubaran Parlimen itu akan dilaksana atau diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.
“Kita perlu menunggu langkah seharusnya dilakukan Perdana Menteri, dan UMNO kena ingat, kerajaan yang mentadbir Kerajaan Persekutuan sekarang bukanlah kerajaan UMNO sepenuhnya tapi kerajaan gabungan antara Pas bersama Bersatu dan GPS.
“Maka sudah semestinya keputusan konsensus perlu diambil daripada Kabinet dan tidak semestinya keputusan MKT itu satu keputusan mutlak yang perlu diperkenankan (Yang di-Pertuan Agong) dengan segera,” katanya ketika bersiaran langsung dalam Buletin AWANI pada Sabtu.
Tegasnya, keputusan satu parti tidak mewakili keputusan semua memandangkan negara masih berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan, dengan setiap keputusan parti perlu berlandaskannya.
Tambahnya, beliau tidak nampak keperluan PRU15 diadakan segera kerana kerajaan perlu bersiap sedia berhadapan bencana banjir dan pada masa sama memastikan kebajikan rakyat ketika bencana sentiasa terjaga.
Astro AWANI pada Jumaat melaporkan mesyuarat MKT UMNO bersetuju untuk Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, bagi membolehkan PRU15 diadakan tahun ini juga.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, berdasarkan keputusan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertuan Agong selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata, keputusan itu berasaskan pendirian konsisten UMNO sejak awal untuk memulangkan mandat rakyat yang tertangguh akibat COVID-19, selepas kerajaan Pakatan Harapan ‘runtuh’ akibat persengketaan dalaman.
Ridauddin Daud
Sat Oct 01 2022
![PRU15: Keputusan MKT UMNO tindakan tergesa-gesa - Penganalisis PRU15: Keputusan MKT UMNO tindakan tergesa-gesa - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81647683833_Suasanapadaharite.jpg)
Astro AWANI pada Jumaat melaporkan mesyuarat MKT UMNO bersetuju untuk Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, bagi membolehkan PRU15 diadakan tahun ini juga. - Gambar/ Shahir Omar
![La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721176547_Mbappe.jpg)
La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid
Pemain berusia 26 tahun itu akan menyarung jersi nombor 9 dan mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran daripada beberapa kelab besar.
AWANI Ringkas: Tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 17 Julai 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tumpuan pasaran telah beralih ke arah pilihan raya presiden AS menjelang November nanti, yang menunjukkan kebimbangan terhadap Donald Trump berikutan dasar ekonominya yang akan memihak kepada pemotongan cukai dan pengenaan tarif terhadap China.
![Olimpik 2024: Mampukah Pearly-Thinaah cipta 'kemanisan' di Paris? Olimpik 2024: Mampukah Pearly-Thinaah cipta 'kemanisan' di Paris?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704813566_PearlyTandanThina.jpg)
Olimpik 2024: Mampukah Pearly-Thinaah cipta 'kemanisan' di Paris?
Penganalisis berpendapat sukar buat Pearly-Thinaah menjayakan misi emas pertama Malaysia pada penampilan sulung mereka.
Niaga AWANI: [Hutang kerajaan persekutuan meningkat] Cabaran antara jimat atau langkah rangsangan
Perdana Menteri pada Selasa umum hutang kerajaan persekutuan meningkat kepada RM1.22 trilion berbanding RM1.17 trilion. Apakah cabaran mengurus hutang ini untuk memasihkan ia kekal di bawah had statutori? Adakah dasar fikal kita masih utuh?
![Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721175184_Pemudaberatkgk.jpg)
Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg
Dia melalui episod kehidupan yang panjang untuk mendapatkan berat terkini.
![Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709006000_RINGGIT.jpg)
Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Rabu ketika minat terhadap risiko kembali ketara.
Jiwa SME: Sabun Pro One Active sasar perluas pasaran global
Sabun Pro One Active tidak menggunakan sebarang lemak haiwan dalam pembuatannya selain ia mesra pengguna dan alam lantaran ia bercirikan biochemical.
Niaga AWANI: Potensi sebenar AI Generatif dalam sektor kewangan
Kecerdasan Buatan Generatif (Generative AI) adalah teknologi yang semakin mendapat perhatian dalam sektor kewangan. Ia menawarkan potensi besar untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan, dan ketepatan dalam pelbagai aspek perkhidmatan kewangan. Apakah langkah yang boleh diambil Malaysia untuk membina infrastruktur yang baik bagi menyokong penggunaan AI generatif dalam sektor kewangan?
![Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721173567_tbbusplummetsoffc.jpg)
Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru
Kemalangan itu berlaku di lebuh raya Los Libertadores di Ayacucho di selatan-tengah Andes.
![Stoking kalimah Allah: UMNO arah Dr Akmal henti keluar kenyataan Stoking kalimah Allah: UMNO arah Dr Akmal henti keluar kenyataan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712137633_TBBungMoktar.jpg)
Stoking kalimah Allah: UMNO arah Dr Akmal henti keluar kenyataan
UMNO sudah meminta Ketua Pemuda, Dr Muhamad Akmal Saleh berhenti daripada mengeluarkan kenyataan berhubung isu stoking kalimah Allah.
![Pengampunan Najib: UMNO hormati keputusan YDPA, teruskan usaha dapatkan pembelaan Pengampunan Najib: UMNO hormati keputusan YDPA, teruskan usaha dapatkan pembelaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81669046460_UMNOLogoUMNOBen.jpg)
Pengampunan Najib: UMNO hormati keputusan YDPA, teruskan usaha dapatkan pembelaan
Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) hari ini bersetuju meneruskan usaha mendapatkan pembelaan terhadap bekas presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak.
![Pengampunan Najib: Mesyuarat Khas MKT UMNO bermula Pengampunan Najib: Mesyuarat Khas MKT UMNO bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51706938207_TBJohariAbdulGhani.jpg)
Pengampunan Najib: Mesyuarat Khas MKT UMNO bermula
Antara pemimpin yang hadir ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Datuk Seri Ahmad Said.
![MKT UMNO pecat Isham Jalil MKT UMNO pecat Isham Jalil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701902583_IshamJalil.jpg)
MKT UMNO pecat Isham Jalil
Keputusan pemecatan itu dibuat setelah parti mendapati Isham melakukan pelbagai kesalahan terhadap UMNO.
![UMNO adakan Konvesyen Bahagian-bahagian, perkukuh Kerajaan Perpaduan UMNO adakan Konvesyen Bahagian-bahagian, perkukuh Kerajaan Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693816346_PengerusiMARA.jpg)
UMNO adakan Konvesyen Bahagian-bahagian, perkukuh Kerajaan Perpaduan
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat ketetapan untuk mengadakan Konvensyen UMNO Bahagian-bahagian.
![Mesyuarat MKT UMNO dijangka buat keputusan besar malam ini? Mesyuarat MKT UMNO dijangka buat keputusan besar malam ini?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694614389_UMNO.jpg)
Mesyuarat MKT UMNO dijangka buat keputusan besar malam ini?
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) menjadi tumpuan malam ini.
![PAU2023: Lembaga Disiplin UMNO teliti rayuan ahli dikenakan tindakan disiplin PAU2023: Lembaga Disiplin UMNO teliti rayuan ahli dikenakan tindakan disiplin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686409353_TBZahidHamidi.jpg)
PAU2023: Lembaga Disiplin UMNO teliti rayuan ahli dikenakan tindakan disiplin
Lembaga Disiplin UMNO akan meneliti kesemua rayuan yang dikemukakan oleh ahli-ahli parti itu yang dikenakan tindakan disiplin.
![Pengampunan Najib: Kita tak boleh paksa-paksa, biarlah Yang di-Pertuan Agong buat keputusan... Pengampunan Najib: Kita tak boleh paksa-paksa, biarlah Yang di-Pertuan Agong buat keputusan...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71680783628_AzalinaOthman.jpg)
Pengampunan Najib: "Kita tak boleh paksa-paksa, biarlah Yang di-Pertuan Agong buat keputusan..."
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi itu berkata, isu tersebut kini bukan lagi di bawah urusan kementeriannya.
![Perhimpunan Agung UMNO 2023 dari 7 hingga 10 Jun Perhimpunan Agung UMNO 2023 dari 7 hingga 10 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61680873135_ZahidHamidi.jpg)
Perhimpunan Agung UMNO 2023 dari 7 hingga 10 Jun
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini menetapkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2023 dari 7 hingga 10 Jun depan, kata Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
![MKT UMNO mohon Agong beri pengampunan penuh kepada Najib MKT UMNO mohon Agong beri pengampunan penuh kepada Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41677817702_NajibRazak.jpg)
MKT UMNO mohon Agong beri pengampunan penuh kepada Najib
Pertimbangan tersebut selaras dengan kuasa Seri Paduka Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.