KUCHING: Pengumuman Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhubung sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pembentukan kerajaan campuran antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bukan bermakna parti itu tidak menghormati Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pendirian GPS itu hanya bersandarkan kepada jumlah kerusi yang praktikal untuk menentukan parti manakah yang akan menerajui Kerajaan.
“Ahmad Zahid dia adalah ketua kepada BN, BN hanya menang 30 kerusi sahaja jadi macam mana nak tubuhkan kerajaan dengan 30 kerusi, jadi mestilah kita melihat dari segi praktikalnya parti mana yang kita rasa akan menerajui kerajaan, parti mana yang mempunyai wakil-wakil rakyat atau ahli parlimen yang besar.
“Dan sebab itu kemungkinan tidak ada perbincangan, perbincangan itu lebih kurang parti yang kita rasa boleh dan akan diberi mandat untuk menerajui kerajaan sebab itulah bagi pandangan saya situasinya seperti itu bukannya GPS tidak hormat kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,” katanya selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 di sini pada Isnin.
Tambahnya, dalam situasi sebegini, semua pihak perlu yakin kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan kerajaan yang stabil selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Secara peribadi beliau yakin mekanisme terbaik yang mungkin akan dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong ialah dengan mengadakan perjumpaan secara empat mata dengan pemimpin parti seperti apa yang berlaku semasa pemilihan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.
“Cara yang terbaik bagi pandangan peribadi saya untuk mengetahui siapa yang mendapat kepercayaan ahli-ahli parlimen untuk memimpin sama seperti bagaimana Yang di-Pertuan Agong menentukan Datuk Seri Ismail Sabri dahulu.
KEPUTUSAN PRU14 DI SINI
“Baginda memanggil seorang demi seorang dan daripada itu kita akan dapat tahu siapa yang dapat lebih kepercayaan, secara tertutup, mungkin makan masa sedikit tetapi pada penghujungnya kita dapat tahu siapa yang tekah diberi kepercayaan oleh ahli-ahli Parlimen,” ujarnya.
Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada sebarang rundingan yang dilakukan bersama ahli kepimpinan parti berkenaan penyertaan BN dalam gabungan lain untuk membentuk kerajaan.
Ia sekaligus membidas kenyataan Pengerusi GPS, Abang Johari bahawa kerajaan campuran itu berupaya membentuk kerajaan persekutuan selari dengan peruntukan Perlembagaan Malaysia dengan jumlah keseluruhan 131 daripada 222 kerusi Parlimen.
Nuzuluddin Abdul Razak
Mon Nov 21 2022

Pendirian GPS itu hanya bersandarkan kepada jumlah kerusi yang praktikal untuk menentukan parti manakah yang akan menerajui Kerajaan. - Foto Astro AWANI

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

PRU15: GPS mahu bentuk kerajaan stabil, masih hormat Pengerusi BN
Pengumuman Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhubung sokongan GPS untuk pembentukan kerajaan campuran antara BN, PN, dan GRS bukan bermakna parti itu tidak menghormati Datuk Seri Ahmad Zahidi.