Sehubungan itu, pengerusinya Tan Sri Abang Johari Tun Openg menggariskan 25 teras sekali gus mempertahankan hak Sarawak, membawa pembangunan yang menyeluruh terutamanya ke kawasan luar bandar negeri itu.
Seramai lebih 1.9 juta pengundi akan menentukan nasib Sarawak dan rakyat negeri tersebut dalam tempoh dua minggu lagi.
Sehubungan itu, manifesto berkenaan diisi dengan aku janji dan komitmen gabungan parti itu untuk rakyat Sarawak dalam tempoh lima tahun akan datang menuju negeri maju 2030.
10 SEBAB UTAMA KENAPA GPS 10 MESTI DIPILIH
1) Kepimpinan Premier Sarawak yang berpandangan jauh, berintegriti dan cemerlang.
2) Politik stabil dan hala tuju jelas ke arah 2030
3) Berjaya dan komited kembalikan hak Sarawak di bawah MA63 dan Laporan IGC
4) Memperkenalkan dan melaksanakan 120 inisiatif dan dasar utamakan rakyat
5) Dasar sosial, agama dan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif
6) Utamakan semua peringkat dan golongan masyarakat
7) Calon berwibawa dan prihatin rakyat
8) Tadbir urus kerajaan yang cekap, berintegriti dan profesional
9) Rekod prestasi cemerlang
10) Berjaya mempertingkatkan hasil dan pendapatan Sarawak
Dalam pada itu, GPS berjanji dan komited untuk melaksanakan 25 teras Manifesto GPS PRU15 untuk Sarawak Stabil, Maju dan Makmur demi menjadikan Sarawak gemilang menjelang 2030.
1) Menjamin kestabilan dan kekuatan politik Sarawak.
2) Mempertahankan hak Sarawak dalam persekutuan Malaysia selaras dengan MA53, laporan IGC dan perlembagaan Sarawak serta perlembagaan persekutuan.
3) Menjamin dan mempertahankan hak rakyat Sarawak selaras dengan perlembagaan persekutuan.
4) Memelihara kedaulatan dan menjaga keselamatan Sarawak.
5) Memperkasa perkhidmatan Kerajaan yang berteraskan integriti dan tadbir urus yang baik.
6) Membangunkan infrastruktur asas, pengangkutan jalan raya, jambatan, pelabuhan dan lapangan terbang.
7) Memperluas liputan dan kualiti bekalan air, elektrik, menara telekomunukasi dan perkhidmatan internet.
8) Mentransformasikan kawasan luar bandar, kampung dan rumah panjang.
9) Membangunkan bandar dan bandar raya moden, sejahtera, selesa dan selamat.
10) Membangunkan modal insan melalui pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional berkualiti.
11) Memperluas akses dan kualiti perkhidmatan kesihatan.
12) Merancakkan pembangunan sektor pembuatan, perkhidmatan, pelancongan dan industri kreatif untuk memacu ekonomi Sarawak.
13) Memodenkan dan mengkomersialkan sektor pertanian dan makanan.
14) Membantu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup golongan petani, penternak dan nelayan.
15) Meningkatkan hasil Sarawak dan meneroka industri baharu berasaskan teknologi hijau.
16) Menyediakan peluang perniagaan dan pekerjaan untuk meningkatkan pendapatan rakyat Sarawak.
17) Menyediakan prasarana geran, akses pasaran dan latihan keusahawanan untuk golongan usahawan kecil dan sederhana, peniaga serta penjaja.
18) Melaksanakan dasar inklusif, kebebasan beragama, mengamalkan adat resam, budaya, seni warisan demi keharmonian dan perpaduan sosial.
19) Menjaga kebajikan warga emas, golongan kelainan upaya dan kanak-kanak serta membantu golongan B40 untuk kelangsungan hidup.
20) Mengiktiraf hak tanah adat Bumiputera (NCR) dan meneruskan usaha pengukuran tanah.
21) Menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat Sarawak, memperbanyak skim penempatan semula serta pembesaran kampung, program baik pulih rumah dan bantuan pembinaan rumah panjang.
22) Memperkasa penglibatan wanita dalam pembangunan Sarawak.
23) Memastikan penyertaan aktif golongan muda dalam pembangunan Sarawak.
24) Membangunkan bidang sukan untuk melahirkan masyarakat sihat dan jaguh sukan terbilang.
25) Memelihara dan menjaga alam sekitar untuk generasi sekarang dan masa depan.