JERLUN: Separuh daripada calon yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) Kedah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terdiri daripada muka baharu.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz, berkata pihaknya telah selesai menyenaraikan nama calon terbabit.
Beliau berkata, semua 15 bahagian telah selesai menghantar nama berkenaan kepada pucuk pimpinan UMNO Pusat.
Katanya, setiap bahagian diarahkan menghantar lima nama calon kawasan masing-masing bagi mewakili Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Jelas Othman, pihaknya sudah meneliti semua senarai calon yang diharap dapat memberi keyakinan kepada pengundi untuk menyokong BN.
"Kita akan menggabungkan tenaga muda, saya rasa mungkin lebih separuh muka baharu... muka baharu ini, tidak kiralah sama ada muda mahupun belum pernah bertanding sebelum ini... dan juga di kalangan wanita.
"Jadi kita gabungkan orang-orang berpengalaman, mungkin ada yang ‘recycle’... mungkin ada pernah bertanding kalah... ataupun mungkin dia akan bertanding semula.
"Dan juga muka muka baharu di kalangan Pemuda, mahupun muka-muka baharu daripada kepimpinan bahagian itu sendiri... (seperti) naib ketua dan juga di kalangan kepimpinan wanita," katanya.
Othman berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Karnival Mini Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi Parlimen Jerlun di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Bonglai, hari ini.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Oct 08 2022

Datuk Othman Aziz, berkata pihaknya telah selesai menyenaraikan nama calon PRU15 di Kedah dan sudah diserahkan kepada UMNO Pusat. - Gambar/ Astro AWANI
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.
Malaysia gesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India
Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dalam beberapa bidang utama. Ia termasuk keselamatan siber, tadbir urus digital, perdagangan serta pembangunan mampan sejajar keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan keterangkuman dan kemampanan.
Vietnam kaji semula duit terhadap barangan AS
Vietnam sedang mengkaji semula duti terhadap barangan Amerika Syarikat termasuk gas asli cecair, produk pertanian, dan produk teknologi tinggi.
Thailand perlu turunkan cukai import ke atas barangan AS
Sebuah Kumpulan perniagaan Thailand menggesa Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra untuk berunding dengan Amerika Syarikat bagi menurunkan cukai import ke atas barangan dari negara barat itu
Gesaan itu hadir dalam pertemuan di antara sektor swasta dan kerajaan thailand bagi membincangkan tentang impak polisi perdagangan Amerika.
Gesaan itu hadir dalam pertemuan di antara sektor swasta dan kerajaan thailand bagi membincangkan tentang impak polisi perdagangan Amerika.

Salah identiti: Mahkamah benar wang jaminan RM1 juta dikembalikan kepada ahli perniagaan
Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan seorang ahli perniagaan warga Indonesia agar wang RM1 juta yang dibayar sebagai jaminan dikembalikan kepadanya.
Desas-desus Sri Mulyani letak jawatan tidak benar
Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati belum ada cadangan untuk meletak jawatan dari Kabinet Prabowo, kata Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Indonesia, Sufmi Dasco Ahmad
Pakar PBB beri amaran krisis makanan di Myanmar semakin parah
Myanmar berdepan krisis makanan pada tahap yang belum pernah terjadi sebelumnya, dengan keadaan yang semakin merosot menjejaskan hak asasi manusia di seluruh negara itu, menurut PBB.h

Usaha beri penekanan pelajar asrama penuh sertai STEM penting untuk capai sasaran 60,000 jurutera
Usaha memberikan penekanan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran STEM adalah penting untuk mencapai sasaran 60,000 jurutera diperlukan.
Ekonomi: Kabinet UK gesa Reeves fikir semula pemotongan perbelanjaan
Dengan latar belakang pertumbuhan yang tidak stabil, Reeves cuba untuk memastikan perbelanjaan kerajaan tidak melebihi pendapatan bagi memenuhi peraturan bahawa perbelanjaan semasa mesti dibayar daripada resit cukai.
Tenaga kerja: Hakim arah Trump kembalikan semula ribuan pekerja yang dipecat
Keputusan itu merupakan tamparan paling hebat terhadap usaha Trump dan penasihat tertinggi, Elon Musk untuk mengecilkan birokrasi persekutuan secara drastik.

PRN: BN, PH Kedah umum manifesto 27 Julai depan
BN dan PH negeri Kedah akan mengumumkan manifesto gabungan berkenaan dalam satu majlis yang akan diadakan di Sungai Petani, 27 Julai depan.

PRN: Sokongan pengundi muda kepada PN tidak sama ketika PRU15 - Mahdzir
BN Kedah berpandangan bahawa perkembangan sokongan golongan muda pada PRU15 lalu, yang dilihat memihak kepada PN, tidak boleh dijadikan ukuran sebenar dalam PRN akan datang.

PRU15: BN Kedah tampil separuh calon muka baharu
Separuh daripada calon yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) Kedah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terdiri daripada calon baharu.

Ahmad Bashah sedia undur diri dari jawatan Pengerusi UMNO/BN Kedah
Tindakan itu adalah bagi memberi laluan kepada barisan pelapis baharu untuk meneruskan dan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada perjuangan BN di Kedah.

PRU14: BN Kedah sudah siap sedia jika Parlimen bubar awal
Kepimpinan dan jentera Barisan Nasional Kedah tidak gusar sama sekali untuk menghadapi PRU14 sekiranya Parlimen dibubarkan dalam tempoh terdekat.