Pilihan Raya ke-14 (PRU 14) bakal dikenali sebagai 'Pilihan Raya Facebook'.

Pemerhatian itu dibuat berdasarkan penyertaan dan penglibatan orang ramai yang bercakap tentang isu politik menggunakan platform media sosial tersebut.

Penganalisis Politik dan Media Sosial Universtii Teknologi Mara (UiTM) Prof Madya Dr C. Sara berkata salah satu sebabnya adalah jumlah pemilik akaun Facebook di Malaysia.

"Kalau kita lihat populasi di Malaysia, penggunanya sudah mencapai 31 juta orang.

"World Internet Statitic pula menunjukkan terdapat 20 juta pengguna Facebook di negara ini. Jadi, kita dapat lihat situasi di mana lebih tiga per empat daripada populasi negara ini memiliki akaun Facebook," kata beliau.

Tambahnya, dengan ledakan maklumat yang pelbagai di media sosial tersebut, ia menjadikan Facebook sebagai satu medium yang boleh mempengaruhi pengundi dalam membuat pilihan.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual di Buletin Astro AWANI Malaysia Memilih pada hari ini berhubung media sosial sebagai medan pertempuran PRU14.