KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mendakwa tindakan pemimpin UMNO sebagai menderhaka kerana sanggup menggadaikan pertahanan negara susulan kegagalan perolehan kapal tempur pesisir (LCS) yang telah menelan kos lebih RM6 bilion.
Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, dana yang diperuntukkan itu sepatutnya digunakan untuk pertahanan negara, dan bukan kepentingan peribadi.
"Lebih menjengkelkan ialah dana berbilion itu sepatutnya dibelanjakan untuk pertahanan negara, ada juga pemimpin UMNO yang sanggup gadaikan pertahanan perairan negara ini demi kepentingan peribadi.
"Apa punya manusia yang sanggup buat begini, menderhaka namanya," katanya dalam rakaman video yang dimuat naik di laman sosial pada Ahad.
BACA: Laporan PAC: Bayaran perolehan kapal tempur pesisir tidak digunakan sepenuhnya
Khamis lalu, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengumumkan sembilan rumusannya sebagai punca kepincangan projek LCS bernilai RM9 bilion.
Melalui laporan berkenaan, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal diterima setakat ini.
Laporan PAC turut mendedahkan BNS tidak menggunakan sepenuhnya bayaran yang diterima daripada kerajaan untuk projek tersebut, menyebabkan syarikat itu menghadapi 'cost overrun' sebanyak RM1.4005 bilion.
Selain itu, Kementerian Pertahanan (MinDef) dan BNS juga didapati mengabaikan pandangan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selaku pengguna akhir.
Mengulas lanjut, bekas Menteri Besar Kedah itu mempersoalkan apakah Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Ahmad Zahid ketika itu menerima 'bahagian' mereka dalam projek tersebut.
Beliau turut menyifatkan, pendedahan mengenai RM6.08 bilion yang habis dibelanjakan untuk membina kapal LCS tanpa satu pun yang siap, sebagai sangat mengejutkan.
"Mengecewakan bukan hanya kapal yang tak siap, walaupun sudah berbilion dibelanja tetapi berkenaan teguran demi teguran yang dibuat oleh Panglima Tentera Laut ketika itu, Tan Sri Abdul Aziz tidak siapa, pun baik menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid hamidi, mahupun Perdana ketika itu, Datuk Seri Najib Razak, yang mendengar aduan beliau.
"Adakah mereka juga mendapat bahagian mereka dari wang yang hilang?," soal Mukhriz.
Dalam masa yang sama, beliau berkata projek perolehan LCS itu satu lagi skandal yang disifatkan mirip 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan berpunca daripada pemimpin-pemimpin UMNO.
"Tolak penderhaka negara," katanya lagi.
Terdahulu, Ahmad Zahid berkata adalah tidak wajar menuding kepadanya berkait isu kegagalan perolehan LCS kerana mendakwa belum menjawat sebagai Menteri Pertahanan ketika projek itu diberikan.
Hasimi Muhamad
Sun Aug 07 2022
Mukhriz berkata, dana yang diperuntukkan itu sepatutnya digunakan untuk pertahanan negara, dan bukan kepentingan peribadi. - Gambar fail
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Projek LCS: Gadai pertahanan negara, itu satu penderhakaan - Mukhriz
Mukhriz berkata berkata projek perolehan LCS itu satu lagi skandal yang disifatkan mirip 1Malaysia Development Berhad (1MDB).