GEORGE TOWN: UMNO Pulau Pinang akan bertanding di enam daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang 12 Ogos nanti, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir.
"Setakat ini, enam kerusi sah UMNO bertanding di Pulau Pinang iaitu kita akan pertahankan dua kerusi di DUN Permatang Berangan dan DUN Sungai Dua di Parlimen Tasek Gelugor seterusnya bertanding di DUN Penaga dan DUN Bertam di Parlimen Kepala Batas.
"Selain itu, kami juga akan bertanding di DUN Sungai Acheh di Parlimen Nibong Tebal dan DUN Teluk Bahang di Balik Pulau iaitu satu-satunya kerusi untuk UMNO di bahagian pulau," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Beliau berkata ketika ini UMNO Pulau Pinang sedang mengumpul nama-nama calon yang akan bertanding pada PRN nanti sebelum beliau sendiri menyerahkan nama mereka kepada pucuk pimpinan parti untuk dipilih.
"Tiga nama calon terpilih bertanding bagi setiap DUN akan diserahkan kepada pucuk pimpinan dalam tempoh terdekat ini. Dari segi calon kali ini, kita akan mengemukakan muka baharu dan orang muda terutama dalam kalangan Pemuda UMNO," katanya.
Menurut Musa calon-calon muda diketengahkan dalam PRN kali ini bagi membawa pembaharuan dan berharap pengundi dapat memberi sokongan kepada UMNO serta gabungan parti-parti Kerajaan Perpaduan di Pulau Pinang.
"Tumpuan kita di kawasan majoriti Melayu dan dipercayai UMNO dapat memenangi sekurang-kurangnya lima kerusi," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Rabu lepas telah menetapkan PRN di Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu berjalan serentak pada 12 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 12 2023
![PRN: UMNO Pulau Pinang bakal bertanding enam kerusi DUN PRN: UMNO Pulau Pinang bakal bertanding enam kerusi DUN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71667300633_DatukMusaSheikhFa.jpg)
Musa berkata ketika ini UMNO Pulau Pinang sedang mengumpul nama-nama calon yang akan bertanding pada PRN nanti sebelum beliau sendiri menyerahkan nama mereka kepada pucuk pimpinan parti untuk dipilih. - Gambar fail/BERNAMA
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![Guan Eng cabar Ku Nan bahas cadangan Pulau Pinang jadi Wilayah Persekutuan Guan Eng cabar Ku Nan bahas cadangan Pulau Pinang jadi Wilayah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/51458734360_LimGuanEng.jpg)
Guan Eng cabar Ku Nan bahas cadangan Pulau Pinang jadi Wilayah Persekutuan
Lim Guan Eng mencabar Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk berbahas secara terbuka berhubung cadangan menjadikan Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada Wilayah Persekutuan.
![Tengku Adnan sedia beri keterangan kepada polis Tengku Adnan sedia beri keterangan kepada polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/41485828810_KuNan.jpg)
Tengku Adnan sedia beri keterangan kepada polis
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau sedia memberikan keterangan kepada polis berhubung kenyataannya mengenai kerajaan Pulau Pinang meminggirkan kaum Melayu baru-baru ini.
![Umno negeri jumpa Ku Nan bincang cadangan P. Pinang jadi Wilayah Persekutuan Umno negeri jumpa Ku Nan bincang cadangan P. Pinang jadi Wilayah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/51483969971_Penangferry.jpg)
Umno negeri jumpa Ku Nan bincang cadangan P. Pinang jadi Wilayah Persekutuan
UMNO Pulau Pinang akan mengadakan perbincangan dengan Tengku Mansor berhubung cadangan menjadikan Pulau Pinang sebagai sebahagian Wilayah Persekutuan.
![Umno Pulau Pinang sokong Ismail Sabri boikot barangan peniaga degil Umno Pulau Pinang sokong Ismail Sabri boikot barangan peniaga degil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/81377042252_295x200.jpg)
Umno Pulau Pinang sokong Ismail Sabri boikot barangan peniaga degil
Umno Pulau Pinang menyokong gesaan Datuk Seri Ismail Sabri yang meminta pengguna memboikot peniaga yang enggan menurunkan harga barang.
![UMNO PP tiada kaitan dengan laporan polis terhadap 1MDB UMNO PP tiada kaitan dengan laporan polis terhadap 1MDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-12/41418392272_295x200.jpg)
UMNO PP tiada kaitan dengan laporan polis terhadap 1MDB
Setiausahanya Datuk Musa Sheikh Fadzir juga menegaskan bahawa Umno negeri itu tidak menyokong tindakan Khairuddin kerana beliau tidak berbincang dengan mereka mengenai perkara itu.