SHAH ALAM : Pimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah memuktamadkan keputusan meletakkan Mohamad Zaidi Selamat mewakili parti itu selaku calon Perikatan Nasional (PN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.
Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari berkata, keputusan meletakkan Mohamad Zaidi telahpun dibuat dan tiada perubahan calon dilakukan di DUN berkenaan.
"Beliau (Mohamad Zaidi) bertanding atas tiket PN dan kita mesti menang walau di mana sekali pun," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat
Abdul Rashid memberitahu, setiap ahli dan mana-mana pimpinan Bersatu Bahagian Sabak Bernam perlu akur dengan keputusan terbabit.
"Walaupun perasaan kecewa masih ada, tetapi saya minta semua ini tolak tepi dahulu dan memenangkan calon yang telah dipersetujui di peringkat (Bersatu) Pusat," ujar beliau.
Sinar Harian pada Khamis melaporkan, Bersatu Bahagian Sabak Bernam sebulat suara membantah calon PN bagi kerusi DUN Sungai Air Tawar yang akan bertanding pada PRN Selangor 12 Ogos depan.
Ketuanya, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh berkata, hasil mesyuarat bersama peringkat cawangan Bersatu pada malam Khamis mengambil keputusan menolak pencalonan Mohamad Zaidi di kerusi DUN itu yang disifatkan sebagai calon luar.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Mohamad Zaidi sebagai calon DUN dalam Majlis Pengisytiharan Calon PN Selangor di Taman Medan pada malam Rabu.
Mohamad Zaidi dijangka menentang penyandang kerusi DUN itu dari Barisan Nasional (BN), Datuk Rizam Ismail.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Rizam memenangi kerusi DUN itu selepas memperoleh majoriti 1,440 undi.
Rizam meraih 5,437 undi menewaskan calon Pas, Zamri Yahya yang memperoleh 3,997 undi dan calon Bersatu, Mohd Hamizar Sulaiman yang mendapat 3,921 undi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jul 28 2023
Datuk Abdul Rashid Asari berkata, keputusan meletakkan Mohamad Zaidi telahpun dibuat dan tiada perubahan calon dilakukan di DUN berkenaan. - Gambar fail
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.
Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.