KLANG: Rundingan agihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor dijangka selesai selepas sambutan perayaan Aidiladha.
Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, masih berbaki satu atau dua kerusi lagi yang belum diputuskan.
"Saya percaya (Pengerusi PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah ada sesi dengan Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) dan sudah ada peningkatan yang baik daripada jumlah kerusi keseluruhan.
"Saya harap sebaik lepas Raya Haji (Aidiladha) ini, kita dah selesaikan (pembahagian) kerusi," katanya selepas melancarkan Jentera Perpaduan Harapan dan BN PRN Selangor Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di Tapak Rakan Muda Sri Andalas, di sini, malam tadi.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai kriteria bakal calon PH-BN yang akan dipertaruhkan pada PRN Selangor tidak lama lagi, Amirudin berkata gabungan itu akan mengetengahkan calon yang berkredibiliti dan 'boleh menang'.
"Formula kami kemenangan, maknanya semua parti harus menampilkan calon (yang mempunyai) kredibiliti dan asas sokongan terhadap parti-parti yang bergabung bawah Kerajaan Perpaduan.
"Sudah pasti kami akan cuba letakkan (calon boleh menang), sebab pilihan raya kami nak menang. Kami datang sebagai penyandang dan ada rekod pencapaian tadbir negeri," katanya.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga berkata beliau percaya kerjasama PH-BN adalah gabungan yang baik bagi memastikan kestabilan dalam penggal ini yang sangat getir untuk pulihkan ekonomi negara.
"Kami datang dengan rekod prestasi negeri dan juga corak pentadbiran Pakatan Harapan selama 15 tahun. Insya-Allah, rasional rakyat dengan kami, lagi pula sekarang ada sebahagian rakan dari BN yang juga berpengalaman dalam pentadbiran," katanya.
Pada 23 Jun lepas, DUN Selangor bagi penggal ke-14 secara rasminya dibubarkan sekali gus membuka laluan kepada PRN untuk diadakan.
Di Selangor mempunyai 56 kerusi DUN dan untuk mendapat majoriti mudah, parti bertanding perlu memenangi 29 kerusi bagi membentuk kerajaan.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), PH yang bertanding menggunakan logo PKR ketika itu mendominasi negeri merah kuning apabila menang 51 daripada 56 kerusi DUN, diikuti BN dan PAS masing-masing mendapat empat dan satu kerusi. - BERNAMA
Bernama
Mon Jun 26 2023

Rundingan agihan kerusi antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Negeri Selangor dijangka selesai selepas sambutan perayaan Aidiladha, kata Datuk Seri Amirudin Shari. - Gambar BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Keputusan PRN: Hanya petisyen DUN Gombak Setia dikemukakan - Amirudin
Hanya satu petisyen pilihan raya dikemukakan bagi membatalkan keputusan kerusi yang dimenangi PN pada Pilihan Raya Negeri Selangor, Ogos lepas.

Selangor realisasi tiga tawaran dalam tempoh 100 hari menang PRN
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor merealisasikan tiga daripada lima 'Tawaran Kita Selangor' dalam tempoh 100 hari selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada 12 Ogos lalu.

Bekas ADUN Banting, Lau Weng San dilantik Speaker DUN Selangor
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banting, Lau Weng San mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi penggal ke-15 pada Selasa.

PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.

Pasca PRN Selangor: Perang sudah tamat, kini masa berkhidmat untuk rakyat
Persoalan siapa memiliki 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor telah berakhir dan mandat telah diberikan rakyat kepada pemimpin yang dipilih.

'Azmin berjaya raih simpati pengundi' - KJ
Menurut Khairy, walaupun Azmin dilabel sebagai pengkhianat, namun PRN kali ini memberi kejutan apabila undi masyarakat Melayu mula beralih kepada Perikatan Nasional (PN).

Ragu kiraan undi, wakil PH Sungai Kandis buat laporan polis
Shaari Abdul Malik berkata beliau hadir membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada 3.56 petang tadi mewakili Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang bertanding di DUN tersebut.

PRN: Dakwa hampir 2,000 kertas undi hilang, calon PH mahu fail petisyen
Zawawi Ahmad Mughni akan memfailkan petisyen pilihan raya susulan dakwaan hampir 2,000 kertas undi di kawasan itu hilang ketika proses penjumlahan undi pada Sabtu.

Selangor umum Isnin cuti peristiwa sempena kejayaan PH-BN
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengisytiharkan 14 Ogos 2023 (Isnin) sebagai cuti kelepasan am.

PRN: Dua daripada tiga Exco Selangor daripada PKR tewas
Dua daripada tiga Exco kerajaan Selangor daripada PKR gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada PRN.