KUCHING: Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing menafikan isu beli undi yang melibatkan dirinya seperti yang tersebar di laman media sosial baru-baru ini.
Beliau yang bertanding atas tiket Gabungan Parti Sarawak (GPS) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong itu menegaskan bahawa pihaknya tidak menggunakan taktik kotor seperti itu demi memenangi kerusi tersebut.
“Apabila saya melawat Dudong, saya terkejut apabila ditanya mengenai pemberian mesin rumput dan peralatan lain kepada penduduk di sana. Cerita ini sudah mula tersebar.
“Ada daripada penduduk menunjukkan mesej mengenai setiap pintu di rumah panjang tersebut akan mendapat RM1,000 sekiranya meletakkan nama untuk menyokong saya.
“Saya tegaskan di sini, untuk kaum Melayu, Iban, Cina yang berada di Dudong, mesej tersebut bukan daripada saya ataupun daripada parti GPS,” katanya menerusi laman media sosial beliau.
Jelas King Sing, sokongan yang diperolehnya selama lima penggal menjadi Ahli Parlimen Bintulu adalah hasil daripada penilaian rekod prestasi beliau terhadap masyarakat di kawasan tersebut.
“Saya sudah lama bertanding di Parlimen Bintulu sebelum ini dan saya tidak pernah beli undi daripada rakyat.
"Saya mahu rakyat menyokong saya atas khidmat bakti yang telah saya berikan, bukan melalui beli undi.
“Kegiatan beli undi ini sama seperti rasuah, kita di GPS tidak mengamalkan perkara seperti ini kerana ia sesuatu yang salah dan tidak beretika,” tegasnya lagi.
Sehubungan itu, beliau menyeru agar penduduk di DUN Dudong tidak terperdaya dengan tipu helah yang cuba untuk menjatuhkan nama baiknya itu dan berharap agar tindakan keras akan dikenakan terhadap si pelaku.
DUN Dudong menjadi kerusi paling panas bagi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak kali ini apabila menyaksikan pertembungan lapan penjuru.
King Sing yang mewakili GPS akan ditentang oleh Paul Ling Fung daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP), Wong Hie Ping daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB), Josephine Lau Kiw Peng daripada Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI), Julius Enchana daripada Parti Bansa Dayak Sarawak Bersatu (PBDSB), Jane Lau Sung Yee daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK) serta dua calon Bebas iaitu Engga Uncat dan Fadhil Mohd Isa.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 11 2021
![PRN Sarawak: Tiong King Sing nafi isu beli undi libatkan dirinya PRN Sarawak: Tiong King Sing nafi isu beli undi libatkan dirinya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41639181897_DatukSeriTiongKin.jpg)
Tiong berkata, sokongan yang diperolehnya selama lima penggal menjadi Ahli Parlimen Bintulu adalah hasil daripada penilaian rekod prestasi beliau terhadap masyarakat di kawasan tersebut. - Gambar fail Astro AWANI
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Dakwaan beli undi: Pas serah kepada siasatan SPRM - Mohd Amar Dakwaan beli undi: Pas serah kepada siasatan SPRM - Mohd Amar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661135674_NikMohdAmarNikAb.jpg)
Dakwaan beli undi: Pas serah kepada siasatan SPRM - Mohd Amar
Pas menyerahkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM untuk menjalankan siasatan isu tular video pemberian wang kepada pengundi.
![Pemilihan PKR 2022: Hans Isaac nafi terlibat dengan politik wang raih undi Pemilihan PKR 2022: Hans Isaac nafi terlibat dengan politik wang raih undi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41656686900_HansIsaac.jpg)
Pemilihan PKR 2022: Hans Isaac nafi terlibat dengan politik wang raih undi
Pelakon dan pengarah, Datuk Hans Isaac menafikan dakwaan mengamalkan politik wang bagi meraih undi dalam Pemilihan PKR 2022 yang berlangsung baru-baru ini.
![PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61646808551_TBTUNM.jpg)
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.
![PRN Sarawak: Tiong King Sing nafi isu beli undi libatkan dirinya PRN Sarawak: Tiong King Sing nafi isu beli undi libatkan dirinya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41639181897_DatukSeriTiongKin.jpg)
PRN Sarawak: Tiong King Sing nafi isu beli undi libatkan dirinya
Tegasnya, pihaknya tidak menggunakan taktik kotor seperti itu demi memenangi kerusi tersebut.
![PRN Sabah: SPRM tahan dua anggota pasukan keselamatan bawa wang parti politik PRN Sabah: SPRM tahan dua anggota pasukan keselamatan bawa wang parti politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81600764418_SPRMMDBrasuah.jpg)
PRN Sabah: SPRM tahan dua anggota pasukan keselamatan bawa wang parti politik
Kedua-dua anggota itu ditahan di sekitar Lahad Datu, semalam.