KUALA LUMPUR: Walaupun nama Gabungan Parti Sarawak (GPS) hanya muncul secara rasmi pada 2018, hakikatnya parti itu mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang yang cukup lama dalam mentadbir negeri Sarawak.
Malah, rekod perkhidmatan parti-parti dalam gabungan itu - Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) - mampu menjadi aset dan modal besar untuk menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 akan datang.
Keyakinan untuk memegang mandat baharu di Sarawak dalam tempoh lima tahun seterusnya disuarakan Setiausaha Agung GPS Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, walaupun parti itu buat pertama bakal bergerak sendiri selepas keluar daripada gabungan Barisan Nasional (BN) pada Jun 2018, dan tidak lagi menggunakan simbol dacing pada PRN kali ini.
"Berapa jumlah kerusi yang akan dimenangi saya tidak mahu buat ramalan, tapi track record kita ini adalah modal besar lebih-lebih lagi dalam dua tiga tahun kebelakangan ini sahaja projek pembangunan kerajaan negeri berlipat ganda," katanya dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini.
GPS akan bertanding di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN ke-12.
Sebagai individu yang mendaftarkan GPS dan logo itu sendiri, Nanta berkata walaupun penggunaan logo Kenyalang mungkin menimbulkan sedikit kekeliruan kepada pengundi, namun beliau berkata 'tidak banyak boleh merisaukan' kerana baginya rakyat tahu siapa yang bekerja.
Katanya, cabaran mungkin tertumpu kepada muka-muka baharu akan dicalonkan pada PRN nanti, namun mahu tidak mahu generasi muda yang lebih bertenaga perlu juga diketengahkan dan diberi peluang menjadi calon.
"Walaupun muka baharu sebagai calon, tapi mereka ini bukan orang asing dalam kalangan rakyat, sebab itu kita pilih mereka jadi calon. Saya sudah lima kali bertanding (kerusi Parlimen), menang besar tiga kali, dua kali tanpa bertanding, saya tidak pernah over confident. Lebih baik kalau kita bersedia selengkap-lengkapnya jangan terlalu yakin hingga kita leka dengan persediaan," katanya yang juga Ahli Parlimen Kapit.
Nanta berkata Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pembangunan infrastruktur dan sosioekonomi Sarawak, sama ada bandar mahu pun luar bandar.
Tidak hanya sekadar janji kosong, beliau berkata perkara itu dibuktikan dengan penubuhan Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA), Badan Pembangunan Tanah Tinggi (HDA), Badan Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) dan Jawatankuasa Pembangunan Sri Aman (SADA) misalnya bagi mencungkil potensi daerah dan kawasan berkenaan.
Sementara itu, Nanta yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata perjuangan Sarawak dalam menuntut hak sepertimana terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), satu daripadanya untuk mendapat sumber kewangan lebih besar, adalah untuk faedah rakyat negeri itu.
Beliau berkata misalnya dengan pelaksanaan cukai jualan lima peratus ke atas produk petroleum dieksport yang membolehkan Sarawak mendapat tambahan kira-kira RM3 bilion setahun, ia disalurkan semula kepada rakyat bagi membantu mereka
"Rakyat faham mengapa kita bersungguh-sungguh minta hak kita...kita bersungguh-sungguh mohon bayaran lima peratus ini, jadi kerajaan guna untuk projek, tangani masalah COVID-19, bakul makanan, semua lengkap," katanya.
Bukan hanya projek pembangunan fizikal, Nanta berkata sewaktu pandemik COVID-19, Kerajaan Negeri Sarawak banyak menggunakan dana sendiri bagi membantu mereka yang terkesan dengan pandemik itu selain bantuan daripada Kerajaan Persekutuan.
Malah, katanya kadar vaksinasi lengkap cepat di Sarawak sebelum ini juga disumbang faktor kerajaan negeri mengeluarkan dana sendiri bagi membantu pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk bergerak ke kawasan pedalaman yang sukar dihubungi bagi memberikan suntikan vaksin COVID-19.
Ketua Menteri juga memperkasa peranan dan tanggungjawab wakil-wakil rakyat GPS dengan pemberian peruntukan bagi mereka 'melayan' dengan sebaiknya kawasan masing-masing, termasuk memberikan bantuan bakul makanan ketika COVID-19 dan bantuan persekolahan.
"Bagi saya kita bukan sekadar berjanji tapi kita sudah buktikan (dengan) kerajaan dipimpin Ketua Menteri dan ahli kabinet di Sarawak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 04 2021
Nanta berkata walaupun penggunaan logo Kenyalang mungkin menimbulkan sedikit kekeliruan kepada pengundi, namun beliau berkata 'tidak banyak boleh merisaukan' kerana baginya rakyat tahu siapa yang bekerja. - Gambar fail
LRT Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen, libat jajaran 29.5 km - Loke
Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen di lokasi-lokasi yang strategik, termasuk satu stesen provisional di Pulau Reklamasi Selatan Pulau Pinang.
AWANI Ringkas: Bantu negara jadi hebat- PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pendatang warga Bangladesh ditahan di sempadan Malaysia-Thailand
Lelaki itu ditahan setelah dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di tebing Sungai Golok.
Kejayaan bersejarah rangkul Piala Dunia seperti mimpi - Natasha
Atlet berusia 28 tahun itu sangat gembira kerana kerja keras selama bertahun-tahun akhirnya berhasil.
Limpahan air Sungai Johor memburukkan situasi
Air Sungai Johor di tengah Kota Tinggi berpotensi melimpah, sekiranya hujan berterusan dan air pasang besar terjadi dalam waktu sama.
Penternak digesa kawal haiwan ternakan, elak bahayakan pengguna jalan raya
Penternak digesa mengawal haiwan ternakan daripada berkeliaran di kawasan jalan raya berikutan laporan kematian yang tinggi akibat kemalangan membabitkan binatang peliharaan atau ternakan.
Pegawai tertinggi syarikat penyiaran direman, disyaki terlibat pengubahan wang haram
Seorang pegawai pengurusan tertinggi sebuah syarikat penyiaran tempatan dan seorang wanita ditahan reman di Kuching kerana disyaki terbabit dalam kes pengubahan wang haram.
Terbuka Australia: Kehadiran Jannik Sinner, motivasi terbaik buat Carlos Alcaraz
Pemenang empat kali trofi Grand Slam tenis perseorangan lelaki, Carlos Alcaraz menyifatkan persaingan dengan Jannik Sinner yang kini berada di ranking pertama dunia sebagi satu motivasi buatnya.
Lagi nahas pesawat, 10 maut di Colombia
Sekurang-kurangnya 10 orang maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas di barat laut Colombia, menurut pihak berkuasa pada Jumaat, lapor Xinhua.
DBKL arah henti serta merta, tiada lesen, ganggu lalu lintas
Penganjuran Karnival Havoc Food Festival di tempat letak kereta Sama Square di Setapak, Kuala Lumpur sejak Khamis lalu dan dijadual berakhir esok, diarah dihentikan bermula hari ini.
Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.
Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.
Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri
Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN
Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.
Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS
Sarawak memilih dengan senyap bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS); di sebalik harum segarnya, telah terbenam ke dalam sanubari setiap warganya.
'Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari
Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri.
PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala menang di kerusi DUN Mulu selepas meraih 3,731 undi
PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.
PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan
Chong berkata, DAP akan teruskan perjuangan politiknya ke arah menjadikan Sarawak dan rakyatnya lebih baik secara keseluruhan.