KUCHING: Kehadiran pengunjung ke pusat ekopelancongan Kampung Telaga Air, Kuching memberi limpahan rezeki buat peniaga kecil di sekitar kawasan tersebut.
Waktu hujung minggu antara hari sibuk buat mereka, sekali gus menjana pendapatan yang lebih lumayan.
Ada yang sebelum ini terhimpit kerana pandemik COVID-19, kini kembali mengukir senyuman.
Namun, segelintir peniaga yang ditemui memaklumkan kekurangan kawasan parkir kenderaan sedikit sebanyak menjejaskan kehadiran pengunjung.
Jelas peniaga kerepek, Ali Umar Mahidi, 60, pihak berkaitan perlu menyediakan kawasan parkir khas untuk memudahkan orang ramai dan peniaga kecil.
“Jadi, kami minta lah daripada pihak-pihak berkenaan supaya aturkan tempat ini.
“Selesai dulu (lokasi parkir) apa masalah yang dihadapi peniaga-peniaga supaya mereka dapat berniaga secara betul,” katanya kepada Astro AWANI, di sini.
Dia yang telah berniaga di kawasan itu sejak lima tahun lalu turut mengakui terkesan sejak pandemik COVID-19.
“Kalau diikutkan kawasan ini pada hari minggu memang penuh dengan kereta orang ramai.
“Sejak COVID-19, memang agak berkurangan, kadang-kadang satu hari dapat nak dapat RM2 pun susah,” luahnya lagi.
Sementara itu, peniaga rojak buah dan sotong, Mujahid Ahmad, 28, berpandangan bantuan yang disalurkan Kerajaan Negeri sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.
Namun, dia berharap kerajaan boleh memperluaskan kemudahan pinjaman perniagaan kepada peniaga kecil sepertinya.
“Bantuan kepada kami kalau dapat memudahkan pinjaman (kerana) ekonomi menurun.
“Sekarang COVID-19, memang susah… Jadi kalau dapat salurkan bantuan untuk peniaga-peniaga kecil seperti kami,” katanya.
Dalam masa yang sama, segelintir peniaga yang ditemui memaklumkan transformasi kawasan perniagaan, dan kemahiran kepada peniaga wanita wajar diberikan tumpuan pada masa akan datang.
“(Transformasi tempat berniaga) memang membantu peniaga untuk menambah pendapatan. Seperti nelayan, kalau sekarang musim tengkujuh, jadi mereka dapat berniaga di sini,” ujar peniaga air, Norlia Ramdi, 35.
Peniaga jeruk, Norzila Ramdi, 32, pula menambah: “Kalau dapat dipertingkatkan lagi kemahiran kepada peniaga kecil-kecil agar dapat memajukan perniagaan.”
Kampung Telaga Air terletak di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) N.04 Pantai Damai.
Hasimi Muhamad
Tue Nov 09 2021
Dari kiri atas: Ali; Mujahid; Norlia; dan Norzila ketika ditemui Astro AWANI di Kampung Telaga Air baru-baru ini. - Foto Astro AWANI
Insiden kematian kucing: Pihak universiti jalankan operasi dalaman tangani anjing liar
ACP Ku Mashariman berkata, pihak universiti itu sentiasa memaklumkan kepada polis mengenai tindakan mereka untuk membasmi anjing liar.
PABM tekad pastikan sukan angkat berat kekal bebas isu doping
Pemeriksaan mengejut oleh ADAMAS adalah antara inisiatif berterusan persekutuan itu bagi memastikan insiden doping tidak berulang.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama pendidikan di bawah perkongsian strategik baharu
Anwar dan Ishiba membincangkan pelbagai inisiatif dalam sektor pendidikan termasuk penubuhan kampus cawangan University Tsukuba di Malaysia.
Empat lelaki cedera diserang sekumpulan individu bersenjatakan parang di Nilai
Kejadian membabitkan empat lelaki berumur 44 hingga 59 tahun diserang pada kira-kira pukul 10 malam.
Anwar anjur majlis makan tengah hari raikan Perdana Menteri Jepun
Hubungan Malaysia-Jepun bertambah kukuh dengan peningkatan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Disember 2023.
Raja Permaisuri Perak berkenan lancar buku 'Women In Energy'
Buku itu bertujuan untuk meraikan sumbangan wanita dalam membentuk peralihan tenaga di Malaysia.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Ahad
Kawasan yang terlibat adalah Rompin, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
AWANI Ringkas: Mula dibayar 13 Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Indonesia sedia pemeriksaan kesihatan percuma bermula Februari
Kementerian Kesihatan Indonesia akan menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk rakyat negara itu yang dijadual akan dilaksanakan pada Februari ini.
Penyanyi Rasathi Unna Kanatha Nenju, Jayachandran meninggal dunia
Penyanyi legenda India, P Jayachandran yang terkenal sebagai Bhava Gayakan meninggal dunia akibat kanser di Hospital Amala, Kerala pada usia 80 tahun.Jayachandran, meninggal dunia, kanser, penyanyi india, Buletin AWANI
Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.
Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.
Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri
Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN
Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.
Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS
Sarawak memilih dengan senyap bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS); di sebalik harum segarnya, telah terbenam ke dalam sanubari setiap warganya.
'Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari
Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri.
PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala menang di kerusi DUN Mulu selepas meraih 3,731 undi
PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.
PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan
Chong berkata, DAP akan teruskan perjuangan politiknya ke arah menjadikan Sarawak dan rakyatnya lebih baik secara keseluruhan.