KUCHING: Hari ini cukup berbeza buat seorang anggota polis Lynne Ginju Law.
Buat pertama kali, wanita berusia 35 tahun ini menunaikan tanggungjawab kepada negeri tercinta dengan menggendong anak kecil yang baru berusia setahun.
Anaknya, Fatimah Sopiah Kamafarkhan, dibawa bersama ketika membuang undi di Dewan Mes Pegawai IPK Sarawak di sini.
Namun bagi Lynne, semua itu bukan halangan, sebaliknya membuatkan dia teruja dengan situasi itu.
“Hari ini lain daripada yang lain. Dulu saya mengundi seorang, kini ditemani anak saya.
“Perasaan itu lain macam, tetapi seronok. Tanggungjawab mengundi perlu ditunaikan,” katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Lynne turut memberitahu, dia terpaksa membawa anaknya membuang undi disebabkan pengasuhnya masih bercuti.
Katanya, SOP dan keutamaan yang diberikan kepada pengundi yang membawa bayi serta wanita mengandung memudahkan urusan pengundian awal buatnya.
“Semua senang… diberikan keutamaan kepada kami. Senang sangat,” katanya.
Seramai 872 pengundi awal melibatkan pegawai, anggota dan pasangan daripada tiga DUN iaitu Tupong, Samariang serta Satok akan membuang undi di dewan ini.
Assim Hassan
Tue Dec 14 2021

Lynne terpaksa membawa anaknya membuang undi disebabkan pengasuhnya masih bercuti. - Foto Astro AWANI
Singapore Airlines larang guna, cas power bank mulai 1 April
Singapore Airlines akan mula menguatkuasakan polisi larangan menggunakan dan mengecas bank kuasa dalam pesawat bermula 1 April.

Penganggur, ibu tunggal mengaku siar video pertubuhan Geng 36, Geng 04
R Elaango didenda RM3,500 atau penjara dua bulan, manakala Tan Lee Sim didenda RM2,000 atau penjara enam bulan.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

PRN Sarawak: Lynne buang undi awal bersama bayi
Anaknya, Fatimah Sopiah Kamafarkhan, berusia setahun, digendong ketika membuang undi di Dewan Mes Pegawai IPK Sarawak di Kuching.