KUCHING: Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) mengingatkan agar pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian agar tidak memangkah Datuk Ali Biju.
Sebaliknya, Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sokongan perlu diberikan kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Friday Belik meskipun nama Ali akan terpapar pada kertas undi pada 18 Disember ini.
“Itu sudah dijelaskan oleh Ali yang beliau tidak bertanding. Jadi beliau memaklumkan kepada rakyat, jangan pangkah beliau.
“… dan saya juga nak cakap sekarang ini, jangan pangkah beliau sebab Ali tak bertanding. Cuma peraturan beliau tidak boleh tarik nama keluar (kertas undi). Jadi rakyat perlu mengundi GPS di kerusi Krian,” katanya dalam sidang media di sini, pada Rabu.
Beliau berkata demikian selepas sesi Town Hall Bersama Majlis Pemulihan Negara (MPN).
BACA: PRN Sarawak: 'Tidak perlu pangkah saya... pangkah GPS' - Ali Biju
BACA: PRN Sarawak: Keputusan Ali Biju tarik diri bertanding DUN Krian langkah terpuji - Muhyiddin
BACA: 'Terima kasih Ali Biju, ini merupakan satu pengorbanan besar' - Hamzah
Menurut bekas Perdana Menteri itu, berdasarkan peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), nama seseorang calon tidak boleh dikeluarkan selepas penamaan calon.
Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengesahkan tiga ahli Bersatu yang bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak dilucutkan keahlian.
Tiga ahli tersebut ialah Siki Balarik yang bertanding di Belaga, Ismawi Muhammad (Muara Tuang) dan Ricky Enteri (Bawang Assan).
“Mereka yang daripada Bersatu yang bertanding atas kemahuan mereka… (berdasarkan) undang-undang atau Perlembagaan Bersatu, maka keahliannya tergugur. Ada tiga nama. Itu tergugur,” ujarnya lagi.
Sementara Ali memutuskan untuk menarik diri daripada terus bertanding selepas empat hari penamaan calon.
Hasimi Muhamad
Wed Dec 15 2021
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sokongan perlu diberikan kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Friday Belik meskipun nama Ali Biju akan terpapar pada kertas undi pada 18 Disember ini. - Gambar fail BERNAMA
[TERKINI] JPS ramal banjir melanda Kuantan, Pekan dan Rompin
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan banjir akan berlaku di tiga daerah di Pahang susulan amaran hujan berterusan tahap waspada bermula hari ini dan Isnin.
3 Suara kembali? Shila Amzah kongsi harapan lagu baharu bersama Jaclyn Victor dan Ning Baizura
Album kolaborasi mereka, 3 Suara, yang dikeluarkan pada 6 Januari 2011, pernah mencipta fenomena.
AWANI Ringkas: UNICEF anggar 473 juta kanak-kanak tinggal dalam kawasan konflik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] Reformasi perkhidmatan awam tunjang agenda MADANI
Ternyata bahawa reformasi perkhidmatan awam bukan lagi sekadar proses teknikal tetap ia adalah satu seruan nasional.
Sembilan jajahan di Kelantan dijangka dilanda banjir
Khamis lalu, Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula hari ini.
Menurut JPS, jajahan yang dijangka terlibat adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.
Bersama wakil Astro AWANI di Kelantan, Muahafandi Muhamad untuk perkembangannya.
Menurut JPS, jajahan yang dijangka terlibat adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.
Bersama wakil Astro AWANI di Kelantan, Muahafandi Muhamad untuk perkembangannya.
Masalah teknikal mungkin punca nahas pesawat di Muan - Pihak berkuasa
Kerosakan pada fungsi gear pendaratan dipercayai menjadi punca pesawat Jeju Air terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan.
Tren My Sawasdee Edisi Penang mula operasi hari ini
Pengenalan laluan baharu itu memberi peluang kepada penumpang untuk menikmati perjalanan yang selesa tanpa perlu menukar tren.
8 termasuk 3 kanak-kanak cedera dalam kemalangan babit MPV, treler
Lapan termasuk tiga kanak-kanak cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Mersing Jalan Mersing Nitar dekat Felda Nitar 1, Mersing pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Wajibkan peranti dijual di EU hanya guna pengecas USB-CV
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kelindan lori tersepit disahkan maut
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali, berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kemalangan.
Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.
Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.
Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri
Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN
Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.
Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS
Sarawak memilih dengan senyap bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS); di sebalik harum segarnya, telah terbenam ke dalam sanubari setiap warganya.
'Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari
Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri.
PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala menang di kerusi DUN Mulu selepas meraih 3,731 undi
PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.
PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan
Chong berkata, DAP akan teruskan perjuangan politiknya ke arah menjadikan Sarawak dan rakyatnya lebih baik secara keseluruhan.