Norma baharu susulan pandemik COVID-19 dijangka tidak menghalang para pengundi untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah.
Menurut kajian Pertubuhan Pengupayaan Masyarakat dan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEEDS), pematuhan Prosedur Operasi Standart (SOP) akan mendorong kepada keupayaan itu.
Pengerusinya, Dr Arnold Puyok berkata, kejayaan pengendalian dalam beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK) pada era norma baharu ini juga mempengaruhi sentimen berkenaan.
"Kajian menunjukkan bahawa yang ingin mengundi itu memang ramai mereka tidak terkesan dengan COVID-19, bahkan sekarang pun ramai yang sudah keluar dan mengamalkan SOP tapi maksudnya di sini, SOP itu tidak menghalang orang berinteraksi di luar. Itu yang pertama.
"Yang kedua, kerana kita berjaya mengendalikan beberapa pilihan raya yang terdapat di Malaysia, dengan menggunakan SOP dan itu sedikit sebanyak memberikan keyakinan kepada pengundi walaupun bahawa dalam keadaan COVID-19 kalau SOP itu jelas, itu tidak menjejaskan mereka untuk keluar mengundi," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Seminar SEEDS berkaitan Pilihan Raya di Sabah, di Kota Kinabalu, pada Ahad.
Ulas Arnold lagi, SEEDS telah melakukan kajian secara rawak melibatkan seluruh negeri ini bermula 4 hingga 31 Ogos lalu.
Terdahulu dalam seminar berkenaan, turut membincangkan hasil kajian mereka terhadap populariti dan momentum parti-parti akan bertanding pada PRN kali ini.
Jelas SEEDS, PRN Sabah bakal memperlihatkan satu saingan sengit di antara Parti Warisan Sabah (Warisan) dan sekutu, Perikatan Nasional (PN) dan sekutu, Barisan Nasional (BN) dan sekutu.
Bahkan jelas Arnold, kemunculan beberapa parti tempatan seperti Parti Cinta Sabah (PCS) dan Parti Liberal Demokratik (LDP) juga dilihat berupaya menjadi third force (kuasa ketiga) serta kingmaker (penentu) sekiranya keputusan PRN menjadi seri sepertimana berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu.
Ridzal Abdullah, Ruzaini Zulkepli
Sun Sep 06 2020
Dr Arnold Puyok berkata, kejayaan pengendalian dalam beberapa siri PRK pada era norma baharu ini juga mempengaruhi sentimen berkenaan. - Foto Arnold Puyok
72 kampung Orang Asli diwartakan di Perak setakat ini - Exco
Sebanyak 72 pewartaan kawasan yang melibatkan 99 Kampung Orang Asli (KOA) telah diwartakan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di Perak setakat ini.
AWANI 7:45 [29/11/2024] – Semua diarah turun padang | Mangsa banjir terus meningkat | Amaran MetMlaysia | Lapan hari lalu hantar aset
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Beku cuti semua menteri dan timbalan menteri
Banjir semakin kritikal, sembilan negeri lepasi 90,000 mangsa
Sejak Oktober MetMalaysia keluar amaran, persiapan belum mantap?
Lebih 7,000 pasukan keselamatan gerak ke Kelantan bantu mangsa banjir
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Beku cuti semua menteri dan timbalan menteri
Banjir semakin kritikal, sembilan negeri lepasi 90,000 mangsa
Sejak Oktober MetMalaysia keluar amaran, persiapan belum mantap?
Lebih 7,000 pasukan keselamatan gerak ke Kelantan bantu mangsa banjir
Cuti semua Menteri Kabinet dibekukan banjir
Cuti semua Menteri Kabinet dibekukan susulan situasi bnecana banjir di negara ini yang semakin memburuk.
Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Pudina, Presint 17, Putrajaya
Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Pudina, Presint 17, Putrajaya
Bekalan air 37,000 pengguna terjejas SWSI pulih sepenuhnya
Gangguan bekalan air yang dialami kira-kira 37,000 pengguna di kawasan tepi pantai utara di bahagian pulau di sini sejak pukul 10 malam tadi, telah pulih sepenuhnya sekitar pukul 10.45 pagi ini.
Pusat peperiksaan SPM bagi negeri terjejas banjir sedang dimuktamad
Bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM bermula 2 Disember ini, Kementerian Pendidikan sedang memuktamadkan pusat peperiksaan dan akan dimaklumkan kelak. #AWANInews
Banjir di sembilan negeri memburuk, hampir 100,000 dipindahkan setakat petang ini
Situasi banjir di lapan negeri kian buruk dengan angka keseluruhan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 96,883 orang setakat 4 petang ini.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat berikutan kebimbangan mengenai gangguan bekalan yang disebabkan oleh hujan dan banjir di negara pengeluar utama, kata peniaga.
Pahang bina pangsapuri bantu orang muda dan B40 miliki rumah
Kerajaan Pahang akan membina pangsapuri bagi membantu golongan muda dan berpendapatan rendah memiliki rumah sejajar misi memastikan tiada lapisan masyarakat di negeri ini terpinggir.
Dialog Anak Muda: Pantau Agenda Reformasi
Apa penilaian anak muda berdasarkan prestasi dua tahun pentadbiran kerajaan perpaduan? Agenda reformasi, kalau tidak dibuat apa jadi? Dialog Anak Muda bersama Hawa Rizwana 8.30 malam.
RMHC Malaysia komited ringankan beban keluarga dengan 10,000 Pek Kembali ke Sekolah
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) meneruskan komitmennya membantu kanak-kanak kurang berkemampuan menerusi Program Pek Kembali ke Sekolah, yang kini memasuki tahun kesembilan pelaksanaannya.
PRU15: Tiada gabungan boleh bentuk kerajaan sendirian - Penganalisis
Ketika ini, tiada mana-mana gabungan parti yang mampu mendapat majoriti yang diperlukan, kata Prof Arnold Puyok.
PRN Sabah: Norma baharu tidak halang pengundi tunai tanggungjawab - SEEDS
Menurut kajian Pertubuhan Pengupayaan Masyarakat dan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEEDS), pematuhan Prosedur Operasi Standart (SOP) akan mendorong kepada keupayaan itu.