Pengumuman calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah oleh beberapa parti utama turut menyaksikan Warisan Plus, mengambil strategi mengekalkan muka lama di kawasan yang menjadi kubu kuatnya, meliputi beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pantai Timur Sabah.
Berdasarkan rekod menyapu bersih semua kerusi dalam Parlimen Semporna pada PRU-14, Warisan dilihat mengekalkan penyandang sebagai calon bagi tiga kerusi iaitu Ketua Wanita Warisan Semporna Manis Muka Mohd Darah (Bugaya), Naib Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Dr Jaujan Sambakong (Sulabayan) dan Presiden Parti Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sendiri yang mempertahankan kerusi DUN Senallang.
Mohd Shafie antara lain bakal dicabar calon Perikatan Nasional (PN) yang juga anak buahnya sendiri, Norazman Utoh Nain yang juga Naib Ketua Bersatu Bahagian Semporna.
Pada PRU14 yang lepas, kerusi DUN berkenaan turut menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Shafie dengan sepupunya, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Nasir Tun Sakaran, dengan keputusan memihak kepada Mohd Shafie yang memperoleh 7,754 undi.
Ketika dihubungi Bernama, Norazman, 45, berkata walaupun berstatus muka baharu, tiada istilah gentar dalam kamus hidup beliau walaupun perlu berhadapan dengan Mohd Shafie, yang juga merupakan rakan seperjuangannya ketika bersama dalam UMNO sebelum ini.
"Bapa saya dengan Mohd Shafie ini dua pupu, saya panggil dia pak cik.
"Saya tidak boleh mendabik dada dan yakin saya boleh menang, tapi saya yakin insya-Allah kerja keras sudah pasti akan membuahkan hasil," katanya.
Selain di Parlimen Semporna, Warisan turut mengekalkan penyandang sebagai calon di kerusi DUN di bawah Parlimen Lahad Datu iaitu Dumi Pg Masdal (Silam), Norazlinah Arif (Kunak) dan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Warisan, Assafal P Alian (Tungku).
Turut mencuri tumpuan ialah apabila Ahli Parlimen Lahad Datu yang juga bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohammadin Ketapi diumum sebagai calon bagi kerusi baharu Segama, satu daripada 13 DUN baharu di Sabah.
Sementara itu, penganalisis politik Sabah Dr Syahruddin Awg Ahmad berkata terdapat dua sebab utama mengapa Warisan bertindak mengekalkan muka lama sebagai calon iaitu faktor sokongan yang masih kuat di peringkat akar umbi terhadap parti itu serta faktor kekeluargaan dan kekerabatan di kawasan tersebut.
"Sentimen pengundi agak berbeza, mereka lebih selesa sekiranya individu yang mereka sudah kenali menjadi wakil rakyat. Mereka akan pilih calon bukannya parti.
"Sementara itu, pemimpin Warisan negeri juga mahu calon-calon yang sudah biasa bekerja sesama mereka kerana mereka sudah ada network sesama sendiri dan ini akan memudahkan kerja mereka kelak," katanya.
Mengulas mengenai strategi Barisan Nasional (BN) yang meletakkan banyak muka baharu kali ini pula, Syahruddin yang juga Pensyarah Kanan di Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah berkata ia bagi mendengar suara akar umbi yang mahukan pembaharuan serta cuba memberi nafas baharu kepada parti itu.
"Ia selaras dengan autonomi diberikan oleh BN pusat," katanya.
Warisan turut bertanding di kesemua tiga kerusi di bawah Parlimen Tawau serta empat kerusi di bawah Parlimen Kalabakan, dengan turut menamakan semula calon yang kalah pada PRU14 lepas seperti Hassan A Gani Pg Amir (Sebatik), Andi Rus Diana Andi Paladjareng (Balung) selain mengekalkan Ketua Warisan Kalabakan Sariffudin Hata sebagai calon di kerusi DUN Merotai.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 10 2020

Mohd Shafie antara lain bakal dicabar calon Perikatan Nasional (PN) yang juga anak buahnya sendiri, Norazman Utoh Nain yang juga Naib Ketua Bersatu Bahagian Semporna. -Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Apa jadi kalau kes Tanduo berulang? Warisan desak sidang DUN khas bincang isu keselamatan Sabah
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyatakan sesi itu penting bagi membahaskan semua aspek keselamatan terutamanya membabitkan negeri itu.

Rakyat Sabah, Sarawak mahu MA63 ditunaikan, bukan perjanjian baharu - Shafie Apdal
Katanya, apa yang benar-benar diminta oleh rakyat Sabah dan Sarawak selama ini adalah untuk melihat janji MA63 ditunaikan sepenuhnya.

Hanya Agong yang boleh batalkan Proklamasi Darurat - Shafie Apdal
Sebarang keputusan berkaitan Proklamasi dan Ordinan Darurat sepatutnya dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri.

Politik Sabah: Adun DAP setia bersama Warisan Plus
Selepas Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah tampil menjelaskan tiada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu bertindak keluar parti.

Sabah tidak boleh terlalu bergantung kepada Persekutuan kekang COVID-19
Kerajaan negeri sendiri perlu mengambil langkah agresif dan berkesan termasuk kawalan di pintu masuk Sabah serta kemudahan kesihatan untuk rakyat.

Warisan mahu lebarkan sayap ke Semenanjung dengan semangat 'Unity' - Shafie Apdal
Parti Warisan Sabah (Warisan) akan melebarkan sayapnya ke Semenanjung dalam usaha mengukuhkan parti itu termasuk sama-sama terlibat dalam pembuat keputusan dan pentadbiran Malaysia.

Bubarkan sahaja Pakatan Harapan jika tiada semangat setiakawan - Pemuda Keadilan Sabah
Razeef berkata, jika semangat setiakawan dalam PH itu sudah hilang apa yang boleh dilakukan adalah dengan membubarkan sahaja pakatan tersebut.

PRN Sabah: Dulu lawan sepupu, kini Mohd Shafie bakal lawan anak buah
Mohd Shafie antara lain bakal dicabar calon Perikatan Nasional (PN) yang juga anak buahnya sendiri, Norazman Utoh Nain yang juga Naib Ketua Bersatu Bahagian Semporna.

Malaysia-Filipina perlu duduk semeja bincang isu berbangkit
Sebarang tindakan dan rundingan yang bakal diadakan selepas ini juga harus berpaksikan kepada kedaulatan negara dan kepentingan rakyat Malaysia.

Bubar DUN Sabah: Kronologi kes cabar keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah oleh Musa Aman
Tarikh 17 Ogos merupakan tarikh penting dalam diari politik Sabah.